wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SKMB 1113 Topik 7 & 8 : BFMP & Teknik pencelupan

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Teknik penghasilan Filem Darah Nipis adalah seperti berikut, kecuali

a)

menggunakan penjuru spreader.

b)

titisan darah disentuh pada sudut 45 darjah.

c)

hanya 1 titik darah sahaja disentuh pada permukaan slaid.

d)

menggunakan hujung spreader yang disentuh secara sekata.

2.

Bagi mengesan Plasmodim sp. filem darah malaria diwarnakan dengan pewarnaan

a)

Gram

b)

Albert

c)

Giemsa

d)

Methylene blue

3.

En. Z telah didapati mendapat jangkitan demam Malaria. Sebagai seorang Pembantu Kesihatan awam, anda telah diarahkan untuk mengambil slaid darah rakan-rakan En. Z.

Aktiviti pengesanan ini dikenali sebagai

a)

kajian kontek atau follow up.

b)

pengambilan darah secara aktif.

c)

pengambilan darah secara pasif.

d)

pengambilan darah secara beramai-ramai.

4.

Manakah antara berikut merupakan prosedur pengambilan slaid darah tebal?

i. Hujung slaid penyebar digunakan.

ii. Tiga titik darah diletakkan di atas slaid.

iii. Satu titik darah diletakkan di atas slaid.

iv. Slaid penyebar perlu ditolak secara bersudut 45°.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

i dan iv

5.

Apakah tujuan pengambilan Filem Darah Nipis?

a)

Menghitung bilangan parasit malaria.

b)

Mengenalpasti spesies parasit malaria.

c)

Menentukan kehadiran parasit malaria.

d)

Menentukan kepadatan parasit malaria.

6.

Golongan sasar  untuk pengambilan slaid darah malaria (BFMP) ialah

i. orang asli di pedalaman

ii. masyarakat di bandar

iii. penduduk kampung tradisional

iv. pendatang tanpa izin yang baru

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

7.

Filem darah nipis dalam pengambilan slaid darah malaria (BFMP) disediakan dengan cara

a)

satu titik darah dari pesakit diletakkan diatas slaid kaca bersih, kemudian direbakkan dengan spreader bersudut 450 ke hujung slaid.

b)

tiga titik darah dari pesakit diletakkan diatas slaid kaca bersih, kemudian dicampurkan dengan spreader bersudut 350 ke hujung slaid.

c)

satu titik darah dalam satu kelompok dari pesakit diletakkan di atas slaid kaca bersih, kemudian dicampurkan darah tersebut menjadi bulat dengan menggunakan hujung spreader.

d)

tiga titik darah dalam satu kelompok dari pesakit diletakkan di atas slaid kaca bersih, kemudian direbakkan darah tersebut menjadi bulat dengan menggunakan hujung spreader.

8.

Kesilapan berlaku apabila menggunakan slaid kaca berminyak dalam menyediakan BFMP akan mengakibatkan

a)

darah meleleh di hujung slaid.

b)

terdapat ruang kosong yang banyak di tengah – tengah filem.

c)

jumlah sel darah putih menutup pandangan ke atas parasit yang hadir.

d)

sel – sel darah merah akan kelihatan berlapis – lapis dan menyukarkan pemeriksaan

9.

· Aktiviti tayangan gambar (promosi kesihatan) di sebuah kampung orang asli sambil mengambil  darah untuk Blood Film for Malaria Parasite (BFMP).

Aktiviti pengesanan ini dikenali sebagai

a)

kajian kontek atau follow up.

b)

pengambilan darah secara aktif.

c)

pengambilan darah secara pasif.

d)

pengambilan darah secara beramai-ramai.

10.

Jenis slaid darah yang diambil semasa aktiviti pengambilan slaid darah malaria ialah

i. slaid darah nipis

ii. slaid darah tebal

iii. slaid darah basah

iv. slaid darah tergantung

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

i dan iv

11.

Prosedur pengambilan slaid darah tebal malaria adalah

a)

tiga titik darah diletakkan di atas slaid kaca yang bersih dan direbakkan menjadi bentuk bujur.

b)

60µl atau 20 µl darah diambil dengan menggunakan mikropipet dan direbakkan menjadi bentuk bujur.

c)

satu titik darah diletakkan di atas slaid kaca yang bersih dan direbakkan dengan spreader bersudut 45°.

d)

tiga titik darah dalam satu kelompok diletakkan di atas slaid kaca yang bersih dan direbakkan menjadi bulat seperti duit siling 10 sen.

12.

Borang PBV (MK) 301 digunakan untuk merekodkan pengambilan spesimen penyakit  

a)

tibi

b)

filariasis

c)

denggi

d)

malaria