Font size
WorksheetsGerak Gempur Perniagaan Tingkatan 4
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Apakah maksud perniagaan?
I Memperoleh keuntungan
II Menyediakan peluang pekerjaan
III Bersikap kreatif
IV Berani menanggung risiko
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.
Perniagaan Prihatin menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma, pada harga kos atau di bawah kos. Ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
Ciri-ciri tersebut menerangkan
perkongsian
milikan tunggal
organisasi bukan bermotifkan untung
organisasi bermotifkan keuntungan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk milikan perniagaan.
· Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela.
· Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.
Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?
Maxis Berhad
Pasar Raya Jimat
Bank Simpanan Nasional
Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
MATRADE yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia berfungsi untuk membantu perniagaan yang terlibat dalam
Skala global
Skala negeri
Skala tempatan
Skala kebangsaan
Apakah yang menyebabkan trend guna tenaga di negara maju semakin berkurang.
Perkembangan dalam teknologi
Tidak terlibat dalam bidang professional
Banyak terlibat dalam sektor utama
Banyak perniagaan mengurangkan operasi pengeluaran
Punca-punca berlakunya pengangguran dalam sesebuah perniagaan ialah…
I kemelesetan ekonomi
II penggantian buruh kepada mesin
III penggantian mesin kepada buruh
IV kemahiran tenaga buruh yang tinggi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah objektif sesebuah organisasi mesti selaras dengan visi dan misi?
objektif dibentuk setelah ditetapkan visi dan misi
objektif pendokong kepada pencapaian visi dan misi
pencapaian misi dan visi bergantung kepada pencapaian objektif
objektif dijadikan sebagai penjelasan lanjut tentang misi dan visi
Apakah maksud syer pasaran ?
jumlah penduduk yang terdapat di sesebuah pasaran
jumlah barang yang dijual oleh penjual di pasaran
peratus barang yang dikeluarkan di sesebuah perniagaan
peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan
Bagaimana pelepasan cukai dapat membantu perkembangan perniagaan
Mengurangkan kos perniagaan
Menjana kreativiti dan inovatif
Memberi motivasi kepada peniaga
Dapat meningkatkan hasil perniagaan
Apakah yang dimaksudkan dengan taraf perintis
Mendapat status perniagaan tidak perlu membayar cukai
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport makanan
Perniagaan baharu tidak perlu membayar cukai dalam satu tempoh masa tertentu
Potongan cukai diberi kepada peniaga yang mengeksport barang tempatan
Yang manakah antara berikut bukan pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan
Taraf perintis
Elaun Cukai Pelaburan
Elaun Cukai Eksport
Elaun pelaburan semula
Apakah maksud bahagian fungsian?
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi
Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut
Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut
Pernyataan manakah yang merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi?
Pembahagian kuasa
Pengasingan kuasa
Pembahagian kerja
Pengkhususan kerja
Pernyataan manakah yang merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
Merancang kewangan organisasi perniagaan
Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
Merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi
Pernyataan manakah yang tepat tentang tujuan bahagian fungsian sumber manusia?
Menjawab pertanyaan pelanggan
Memastikan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran mencukupi
Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran
Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan?
Mengawal kewangan setiap bahagian
Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi
Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan
Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan aktiviti pemasaran kepada organisasi perniagaan?
Menjimatkan kos
Meluaskan pasaran produk
Meningkatkan kualiti produk
Meningkatkan kecekapan pengeluaran
Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi bahagian jualan?
Merancang pengeluaran
Mengawal kualiti produk
Mengemas kini rekod pelanggan
Memberi maklum balas kepada pelanggan
Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi bahagian penyelidikan dan pembangunan?
Menetapkan harga produk
Memasarkan produk di pasaran
Menambahbaikan produk sedia ada
Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan
Pernyataan yang manakah benar tentang peranan bahagian fungsian pengagihan?
Menentukan cara untuk mempromosikan barang dan perkhidmatan
Memastikan maklumat tentang produk disebarkan kepada pengguna
Memastikan produk yang diagihkan kepada pelanggan menepati piawaian
Memastikan produk yang dihasilkan dapat disampaikan kepada pengguna tepat pada masanya
Saluran agihan manakah yang sesuai dengan produk tersebut?
Pengeluar kepada Pengguna
Pengeluar kepada peruncit kepada Pengguna
Pengeluar kepada ejen kepada peruncit kepada Pengguna
Pengeluar kepada pemborong kepada peruncit kepada Pengguna
Antara peranan bahagian fungsian ICT ialah
bertanggungjawab terhadap keselamatan sistem
bertanggungjawab bagi memperluas skop perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan alpikasi teknologi maklumat dalam perniagaan:
· Urusan perniagaan dilakukan secara atas talian (online)
· Memenuhi kehendak pelanggan dengan segera
· Meluaskan rangkaian rakan perniagaan
Apakah kaedah tersebut?
e pemasaran
e - goverment
e-banking
e-dagang
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif Syarikat Baju Abadi.
Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam
tempoh 2 tahun.
Nyatakan ciri-ciri SMART yang ada dalam pernyataan objektif tersebut.
A. Boleh diukur dan spesifik
B. Munasabah dan jangka masa
C. Boleh diukur dan jangka masa
D. Munasabah dan boleh diukur
17.Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?
Internet
Intranet
e-dagang
e-banking
16.Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian.
Encik Ahmad Dani telah dilantik sebagai pegawai di syarikat Nusantara Sdn. Bhd. Antara tugas yang diamanahkan padanya adalah mengemas kini fail peribadi setiap pekerja serta menyediakan penyata gaji pekerja di syarikat itu.
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Kewangan
Pengurusan
Pentadbiran
Sumber Manusia
13.Strategi promosi jualan manakah yang membolehkan pengguna mengetahui kualiti sesuatu barang sebelum membuat keputusan pembelian?
Peraduan
Kupon Percuma
Jualan murah
Sampel
Yang manakah merupakan antara tujuan penggunaan teknologi maklumat....
memperoleh maklumat dengan mudah dan cepat
membuat urusan perniagaan dengan pihak kerajaan
memperluaskan skop perniagaan
mewujudakan hubungan dan jaringan yang lebih luas
Apakah yang dimaksudkan dengan e-pemasaran?
memasarkan produk melalui risalah dan majalah
memasarkan produk dengan menggunakan rakan strategik
memasarkan produk secara dalam talian(online)
Bagaimanakan sesebuah perniagaan dapat mewujudkan hubungan dan jaringan yang lebih luas untuk menambahkan kemajuan perniagaan
penggunan laman sosial bagi mengiklan perkhidmatan dan barangan
melaksanakan jaringan dengan pelanggan dan rakan strategik dalam perniagaan yang dilaksanakan.
memasarkan produk melalui aplikasi e-government
e-dagang ialah suatu sistem yang melibatkan urusan perniagan berkaitan...secara dalam talian.
pembelian
tempahan
pembayaran
Penggunaan email pada masa ini membolehkan perniagaan sampaikan maklumat kepada pelanggan dengan...
secara di luar talian
cepat
jimat kos perniagaan
Segala urusan perniagaaan dengan kerajaan seperti jabatan kerajaan dan kementerian boleh menggunakan perkhidmatan seperti.....
e-dagang
e-government
e-banking
Twitter, Instagram, dan Facebook merupakan.....yang memudahkan perniaggan mengiklankan barang atau perkhidmatan
kemudahan media cetak
kemudahan laman sosial
kemudahan mel elektronik
e-banking memberi kemudahan seperti..
membayar bil
pelaburan
urusan keluar masuk bayaran invois
