wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah kssm tingkatan 5

Total questions: 80

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Kedaulatan diiktirafkan sebagai ________________ dan _______________ sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

a)

kekuasaan

b)

kebebasan

c)

kewibawaan

d)

keamanan

2.

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

3.

Kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

4.

Berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

5.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Kedaulatan negara kita terletak pada kekuasaan Raja-raja Melayu yang merupakan pemerintah tertinggi yang diperkukuh oleh taat setia rakyat

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

6.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

7.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

8.

Apakah bentuk pemerintahan negara kita?

a)

Raja Berperlembagaan

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Sistem presiden

d)

Demokrasi Berparlimen

9.

Apakah institusi yang bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita?

a)

Badan Kehakiman

b)

Institusi Parlimen

c)

Badan Pelaksana

d)

Institusi Tadbir Negara

10.

Apakah tujuan pengenalan Rukun Negara?

a)

menjalinkan hubungan diplomatik

b)

memahami budaya kaum lain

c)

meningkatkan semangat perpaduan

d)

menjadikan negara maju

11.

Bagaimanakah negara kita mampu melahirkan generasi yang mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan?

a)

Melalui perpaduan kaum

b)

Melalui sistem pendidikan

c)

Melalui kemakmuran ekonomi

d)

Melalui kewibawaan pemimpin

12.

Mengapakah kerjasama antara pemerintah dan rakyat penting bagi sesebuah negara?

a)

Dapat memastikan kedaulatan negara dipertahankan

b)

Dapat meningkatkan kemajuan negara

c)

Dapat memupuk semangat cintakan negara

d)

Dapat mengukuhkan pertahanan negara

e)

Semua di atas

13.

Tandakan 4 langkah mempertahankan kedaulatan negara.

a)

Mengekalkan perpaduan kaum

b)

Memupuk semangat cintakan negara

c)

Menambahkan sumber pendapatan

d)

Mengukuhkan pertahanan

e)

Mewujudkan kestabilan politik

14.

Tandakan SATU peranan pemerintah dan SATU peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara.

a)

Pemerintah - Menganggotai pasukan keselamatan

b)

Pemerintah - Menggubal dasar dan undang-undang

c)

Rakyat - Mengadakan perjanjian pertahanan

d)

Rakyat - Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar

15.

Apakah jawatan utama bagi ketua negara di Malaysia? (Buku teks m.s 8)

a)

Raja

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

16.

Antara peristiwa berikut yang manakah yang telah mencetuskan kedaulatan moden?

a)

Kemerdekaan Amerika

b)

Perang Dunia Kedua

c)

Revolusi Perancis

d)

Penubuhan Liga Bangsa

17.

Apakah kepentingan penubuhan institusi Istana Kehakiman?

a)

Menjamin keadilan

b)

Memperkuat pertahanan

c)

Mengukuhkan perpaduan

d)

Memantapkan pentadbiran

18.

Ciri negara berdaulat;

- Pemerintahan

- Perundangan

- Rakyat

- X


Apakah X?

a)

Pilihan raya

b)

Parlimen

c)

Bendera

d)

Sempadan

19.

Apakah institusi yang menggubal sistem perundangan negara?

a)
b)
c)
d)
20.

Peta berikut menunjukkan sempadan Malaysia dengan negara jiran di Asia Tenggara.

Apakah kesan penentuan garisan sempadan tersebut?

a)

Menjamin keadilan

b)

Memperkuat pertahanan

c)

Memantapkan patriotisme

d)

Menamatkan persengketaan

21.

Majlis Perunding Negara (MAPEN) ditubuhkan pada Januari 1970.

Apakah tujuan penubuhannya? BT-MS-166

a)

Memupuk identiti kebangsaan

b)

Meningkatkan ekonomi negara

22.

Apakah dasar yang dilaksanakan bermula tahun 1970 hingga 1990 sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara? [BT MS 166]

a)

Dasar Pembangunan Negara

b)

Dasar Ekonomi Negara

23.

"Menyusun Semula Masyarakat"

Berikut adalah strategi Dasar Ekonomi Baru.

Bagaimanakah strategi tersebut dapat dicapai? [BT MS 167]


I Membasmi kemiskinan

II Menambahkan pendapatan penduduk

III Memperbanyakan peluang perkerjaan

IV Menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi

a)

I dan IV

b)

II dan III

24.

" Menghapuskanpengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi"


Maklumat berikut adalah salah satu matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Apakah strategi yang digunakan dalam DEB untuk mencapai matlamat tersebut?

[ BT-MS-167 ]

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Merangka dasar pembangunan

25.

Apakah matlamat Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974?[ BT-MS 169 ]

a)

Menggalakkan pertanian komersial

b)

Menambah pengeluaran makanan

26.

" Meningkatkan taraf hidup nelayan dan memodenkan industri perikanan"

Maklumat berikut berkaitan fungsi sebuah agensi kerajaan.

Apakah agensi tersebut?[BT MS 169]

a)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)

b)

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

27.

Apakah badan yang bertanggunjawab dalam pembukaan tanah baru dan membangunkan tanah pertanian? [BT MS 170]

a)

FELDA

b)

RISDA

28.

Apakah agensi terlibat dalam pembangunan wilayah? [BT MS 170]

I RISDA

II SALCRA

III KEJORA

IV DARA

a)

I dan II

b)

III dan IV

29.

Matlamat utama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.

Apakah kesan pelaksanaan IKS? [BT MS 172]

a)

Meningkatkan bilangan usahawan muda

b)

Mewujudkan masyarakat bersatupadu

30.

. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

. Amanah Saham Nasional (ASN)

Apakah kepentingan kedua-dua program tersebut? [BT-MS 172]

a)

Menyediakan pinjaman modal kepada bumiputera

b)

Mengimbangi pemilikan harta dan saham bumiputera

31.

Apakah dasar baru yang dianggap sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru?

[BT MS 174]

a)

Dasar Perindustrian Negara

b)

Dasar Pembangunan Nasional

32.

Kerajaan turut menitikberatkan pembangunan fizikal dan alam sekitar dalam DPN.

Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?[ BT-MS 175]

a)

Penggunaan teknologi hijau

b)

Penanaman secara tradisional

33.

" Pemberian subsidi dan sokongan kepada penanam padi dan nelayan"

Pernyataan berikut adalah pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Mengapakah usaha tersebut diambil?[BT-MS 176]

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Membasmi kemiskinan

34.

. MARA

. PERNAS

. PKEN

Apakah persamaan agensi tersebut ? [BT-MS 178]

a)

Memberi bantuan kepakaran dan khidmat nasihat

b)

Agensi amanah bumiputera yang diswastakan

35.

. DEB (1970-1990)

. DPN (1991-2000)

Apakah bukti pencapaian aspek sosial kedua-dua dasar tersebut? [BT-MS 180]

I Kemunculan tenaga pakar

II Penurunan kadar kemiskinan

III Kemunculan golongan pertengahan

IV Kelahiran golongan intelektual

a)

I dan II

b)

II dan III

36.

. Tan Sri Mustapha Kamal ( Tokoh Hartanah)

. Tan Sri Azman Hashim (Tokoh Perbankan)

. Tan Sri Mohd Effandi Norwawi ( Tokoh Perniagaan)

Apakah sumbangan tokoh korporat tersebut kepada rakyat? [BT-MS 182]

a)

Membentuk kelas bumiputera komersial

b)

Memberi tawaran pekerjaan dalam syarikat

37.

Apakah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan projek industri berat negara kita?

a)

PETRONAS

b)

HICOM

38.

Apakah ciri-ciri Zon Perindustrian Bebas? [ BT-MS 186]

a)

Kawasan perdagangan yang diberikan pelepasan cukai

b)

Pusat penyelidikan dan pembangunan industri

39.

Apakah kementerian yang bertangungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi membangunkan teknologi peridustrian?[BT MS 186]

a)

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi Malaysia

b)

Kementerian Sumber manusia

40.

. PROTON

. PERODUA

. MODENAS

Apakah kesan pertumbuhan industri tersebut terhadap negara? [BT-MS 187]

a)

Melahirkan golongan korporat

b)

Meningkatkan pendapatan rakyat

41.

Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh Yang di-Pertuan Agong

42.

Apakah jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Ketua Kerajaan

b)

Ketua Pentadbiran

c)

Ketua Persekutuan

d)

Ketua Pemerintahan

43.

Apakah kebaikan pelaksanaan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Menjamin keselamatan perairan negara

b)

Mendapat pengiktirafan dari negara luar

c)

Menyeragamkan undang-undang negara

d)

Mengelakkan permasalahan antara kerajaan

44.

Apakah instituisi yang berperanan menggubal undang-undang peringkat negeri?

a)

Badan Perundangan

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Majlis Perundangan Negera

45.

Apakah peruntukan tambahan yang diberi kepada Senarai Negeri bagi Sarawak dan Sabah?

a)

Kesihatan awam

b)

Hari Perlepasan Negeri

c)

Mahkamah Anak Negeri

d)

Kewarganegaraan

46.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga. Apakah kawasan yang menjadi tanggungjawab kerajaan tersebut?

a)

Negeri

b)

Kampung

c)

Daerah Kecil

d)

Perbandaran

47.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program In-Situ. Apakah maksud pembangunan In-Situ?

a)

Membangunkan fizikal desa

b)

Memajukan kawasan bandar

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Meningkatkan ekonomi negara

48.

Apakah Rancangan Pembangunan Wilayah pertama yang diusahakan oleh FELDA?

a)

Felda Palong

b)

Felda Jerangau

c)

Segitiga Jengka

d)

Felda Lurah Bilut

49.

Apakah pihak yang menguruskan taman negara di Sabah?

a)

Jabatan Hidupan Liar Sabah

b)

Perbadanan Perhutanan Sabah

c)

Jabatan Taman Negara Malaysia

d)

Perbadanan Pemuliharaan Hidupan

50.

Apakah taman negara yang diisytharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama di negara kita?

a)

Taman Negara Mulu, Sarawak

b)

Taman Negara Kinabalu, Sabah

c)

Taman Hidupan Liar Krau, Pahang

d)

Taman Negeri Royal Belum, Perak

51.

Kerajaan Negeri memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina perumahan kos rendah. Bagaimanakah kerjasama tersebut dilaksanakan.

a)

Pembekalan bekalan buruh yang ramai

b)

Penyediaan bahan binaan yang mencukupi

c)

Penyelarasan harga rumah yang berpatutuan

d)

Penyediaan tanah dengan harga yang murah

52.

Apakah pihak yang terlibat dalam merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik?

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Majlis Perumahan Negara

c)

Jabatan Perangkaan Negara

d)

Jabatan Perancangan Bandar

53.

Apakah kementerian yang berperanan untuk menjamin ketenteraan awam di negara kita?

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Pertahanan Negara

c)

Kementerian Penerangan Negara

d)

Kementerian Perancangan Bandar

54.

Apakah program untuk mengatasi pencerobohan pengganas Kepulauan Sulu di Lahad Datu?

a)

Ops Daulat

b)

Perang Gerila

c)

Ops Benteng

d)

Serangan Kilat

55.

Mengapakah Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri dilaksanakan?

a)

Menjamin keselarasan pentadbiran negeri

b)

Mengukuhkan keselamatan dalam negara

c)

Memutuskan pembangunan sosioekonomi

d)

Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar

56.

Pindaan Perlembagaan negara pada tahun 1965 berikutan _______________ keluar dari Persekutuan Malaysia.

a)

Singapura

b)

Thailand

c)

Brunei

d)

Semua di atas

57.

Pada tahun 1963,pindaan Perlembagaan persekutuan dilakukan bertujuan untuk

a)

permisahan Singapura dari Malaysia

b)

menyesuaikan peruntukan negeri baharu ke dalam perlembagaan

58.

Berdasarkan model Mahkamah Teringgi England, bentuk mahkamah dibahagikan kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah X. Apakah X?

a)

Rasmi

b)

Sederhana

c)

Rendah

d)

Rayuan

59.

Apakah peranan utama Mahkamah Tinggi Borneo ?

a)

menguruskan soal keagamaan penduduk pribumi

b)

menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah

c)

menguruskan soal kebangsaan di Sarawak dan Sabah

60.

Berikut yang manakah merupakah tarikh persidangan akhbar yang diadakan di bangunan Parlimen bagi menerangkan perkaran permisahan Singapura?

a)

8 Ogos 1965

b)

9 September 1965

c)

9 Ogos 1965

d)

8 September 1965

61.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Undang-undang Negeri Melayu

b)

Undang Undang Tubuh Johor

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Hukum Kanun Melaka

62.

Undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat

a)

The Application of Laws Ordinance 1949

b)

The Application of Laws Ordinance 1951

c)

Charter of Justice

63.

Nyatakan matlamat undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di NNS

a)

Memperkukuh kuasa British

b)

Mengurangkan kuasa raja Melayu

c)

Melindungi penduduk asal daripada penindasan

64.

1. Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf X. (BT ms 38)

Apakah X?

a)

A. Gabenor

b)

B. Residen

c)

C. Raja Berpelembagaan

d)

D. Raja berkuasa mutlak

65.

Gambar menunjukkan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mempelihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak di mana (BT ms 38)


I. Berkuasa terhadap pentadbiran

II. Berkuasa terhadap kehakiman

III. Berkuasa menasihati negara luar

IV. Berkuasa merampas kerajaan lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

66.

3. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan dengan konsep Islam . Hal ini menjadikan raja sebagai (BT ms 38)

a)

Ketua pedagang

b)

Ketua agama Islam

c)

Ketua penghulu

d)

Ketua perbendaharaan

67.

Secara tradisinya Raja-raja Melayu dianggap sebagai (BT ms 38)

I. Sumber undang-undang

II. Penulis undang-undang

III. Ketua bendahari

IV. Ketua kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

68.

British telah menggunakan teknik X untuk meluaskan pengaruhnya di negeri Melayu.

Apakah X ? (BT ms 39)

a)

Pecah perintah

b)

Mengawini anak raja

c)

Menggunakan tentera

d)

Perjanjian

69.

Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri. (BT ms 39)

Apakah X?

a)

Menteri Besar

b)

Bendahara

c)

Pegawai

d)

Residen

70.

British juga berminat untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Justeru itu, British telah meletakkan________ di negeri tersebut. (BT ms 39)

a)

Penasihat British

b)

Askar British

c)

Gabenor British

d)

Residen

71.

Apakah tujuan negeri-negeri Melayu mengubal Undang-undang Tubuh negeri. (BT ms 39)

a)

Untuk tunjuk kehebatan

b)

Meluaskan pengaruh

c)

Menghalang pengaruh British

d)

Kekuasaan

72.

Semasa Malayan Union Majlis Sultan-sultan hanya berkuasa ke atas (BT ms 43)

a)

Perbendaharaan

b)

Undangan-undang berkaitan agama Islam

c)

Pentadbiran

d)

Peperangan

73.

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan persekutuan, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berpelembagaan. (BT ms 44-45)

Antara fungsi tersebut adalah

I. Bersetuju atau tidak setuju sebarang undang-undang

II. Memperkenankan perubahan persempadanan

III. Menentukan sistem kewangan

IV. Mentakbir negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

74.

Raja Berpelembagaan merupakan sebahgian daripada pentadbiran negara. Apakah gelaran raja di peringkat Persekutuan (BT ms46)

a)

Yang Amat Mulia

b)

Yang amat Berkuasa

c)

Yang di Pertuan Agong

d)

Yang Amat Terutama

75.

Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan. (BT ms 47 )

a)

Ketua Hakim

b)

Ketua SPRM

c)

Ketua anak negeri

d)

Ketua Utama Negara

76.

Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnaya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya (BT ms 50)?

a)

Untuk memilih pemimpin yang berwibawa

b)

Untuk kebaikan pemimpin

c)

Untuk memuaskan hati raja

d)

Untuk kehebatan negara

77.

Apakah kepentingan hasil bahan asli yang disumbangkan oleh Sarawak dan Sabah kepada negara?

a)

Menyeimbangkan pembangunan

b)

Asas pertanian komersial

c)

Meningkatkan jumlah eksport

d)

Menunjukkan strategi perdagangan yang pelbagai

78.

Antara berikut yang manakah antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia?

i. Cabaran politik di Sarawak

ii. Cabaran perpaduan kaum

iii. Cabaran sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu

iv. Cabaran pembangunan di pinggir bandar

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

79.

Sarawak dan Sabah kaya dengan hasil bumi yang banyak. Mengapakah usaha pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah adalah satu cabaran?

a)

Rakyat mengamalkan pertanian sara diri

b)

Rancangan pembangunan yang tidak tersusun

c)

Rakyat tidak bersedia menghadapi pemodenan

d)

Rakyat kurang mendapat pendedahan melalui pendidikan

80.

Apakah usaha kerajaan untuk melibatkan rakyat dengan aktiviti pertanian komersial di Sarawak dan Sabah?

a)

Kerajaan menaiktaraf kemudahan awam

b)

Kerajaan mempelbagaikan pertanian komersial

c)

Kerajaan membuka peluang penduduk menyertai kegiatan ekonomi berkaitan dengan petroleum