wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Kesihatan Tahun 6

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Bolehkah anda bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

2.

Gangguan seksual bukan sahaja melalui sentuhan fizikal, ganggual seksual juga boleh dikatakan berlaku secara

I) Lisan

II) Pandangan atau renungan

III) Bunyi seperti bersiul

IV) Mesej

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II, II dan IV

3.

Berikut adalah merupakan kepentingan pemakanan seimbang KECUALI...

a)

Tidak mudah jatuh sakit

b)

Otak sihat dan cerdas

c)

Mental stabil dan berdaya tahan

d)

Menyebabkan obesiti

e)

Tumbesaran fizikal yang sempurna

4.

Apakah maksud pemakanan seimbang?

a)

Makan makanan yang mempunyai sukatan yang sama

b)

Tabiat memilih makanan dengan tujuan mengekalkan kesihatan

c)

Makan makanan kegemaran

d)

Tabiat memilih makanan mengikut nafsu

5.

Makanan yang seimbang perlu...

a)

mengandungi semua zat makanan dalam kadar yang betul.

b)

tidak mengandungi apa-apa zat makanan.

c)

cuma mengandungi beberapa jenis zat makanan.

d)

mengandungi semua zat makanan mengikut kadar yang salah.

6.

Apa itu makanan segar?

a)

Makanan yang belum dimasak atau diproses.

b)

Makanan yang mudah rosak.

c)

Makanan yang telah dirawat dengan bahan kimia.

d)

Makanan yang disiap dan dihidangkan dengan pantas.

7.

Apa itu makanan diproses?

a)

Makanan yang belum dimasak atau diproses.

b)

Makanan yang mudah rosak.

c)

Makanan yang telah dirawat dengan bahan kimia.

d)

Makanan yang disiap dan dihidangkan dengan pantas.

8.

Apa itu makanan segera?

a)

Makanan yang belum dimasak atau diproses.

b)

Makanan yang mudah rosak.

c)

Makanan yang telah dirawat dengan bahan kimia.

d)

Makanan yang disiap dan dihidangkan dengan pantas.

9.

Beirkut adalah contoh makanan segar, KECUALI

a)

sayur-sayuran

b)

ikan

c)

burger

d)

daging

10.

Beirkut adalah contoh makanan diproses, KECUALI

a)

roti

b)

pisang

c)

susu tepung

d)

bebola ikan

11.

Beirkut adalah contoh makanan segera, KECUALI

a)

nuget

b)

ayam goreng

c)

piza

d)

kentang goreng

12.

Apakah kebaikan makanan segar?

a)

Tidak boleh disimpan lama

b)

Sayuran segar boleh dimakan mentah

c)

Kandungan nutrien akan hilang jika disimpan lama

d)

Sayur layu dan kecut kerana kehilangan air.

13.

Apakah keburukan makanan yang diproses?

a)

Senang disimpan di dalam almari atau peti sejuk.

b)

Mudah disediakan kerana tidak perlu banyak kemahiran.

c)

Menjimatkan masa dan tenaga.

d)

Mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi.

14.

Berikut adalah keburukan pengambilan makanan segera KECUALI

a)

Menyebabkan penyakit kronik.

b)

Tumbesaran kanak-kanak terbantut.

c)

Tahan lama dan kurang pembaziran.

d)

Masalah obesiti.

15.

GUNA SEBELUM / USE BY: 20.02.2005

Kandungan label seperti maklumat di atas adalah merujuk kepada ___________________

a)

Makanan berpengawet

b)

Senarai ramuan

c)

Komposisi khasiat makanan

d)

Tarikh luput penggunaan

16.

Antara amalan hidup sihat yang perlu kita amalkan ialah menjaga kebersihan, selalu bersenam dan _________________________.

a)

memakai pakaian yang cantik

b)

minum air berkarbonat

c)

makan makanan seimbang

d)

tidur sepuasnya.

17.

Masa peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa disebut _________

a)

alam bujang

b)

alam remaja

18.
Hubungan antara ahli keluarga penting dalam menentukan _________________ sesebuah keluarga. 
a)
keharmonian
b)
kekayaan
c)
kegagalan
d)
keruntuhan
19.

Antara perubahan-perubahan fizikal berikut, yang manakah akan dialami oleh remaja lelaki :

I. Pertumbuhan jerawat

II. Punggung menjadi lebar

III. Halkum jelas kelihatan

IV. Berat dan ketinggian bertambah

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

I, II dan IV

d)

I, III dan IV

20.

Bagaimanakah cara mencegah penyakit bawaan makanan dan penyakit bawaan air?

a)

Tidak membeli makanan yang dijual di gerai-gerai

b)

Mengamalkan makan makanan yang mentah

c)

Mengurangkan aktiviti di luar rumah

d)

Makan makanan dan minum air bersih atau dimasak dengan sempurna

21.

Bagaimanakah penyakit bawaan makanan dan bawaan air boleh berjangkit?

a)

Apabila seseorang individu terdedah secara lansung kepada makanan atau air yang tercemar.

b)

Apabila seseorang individu memasak makanannya dengan bersih.

c)

Apabila seseorang individu minum air yang sudah dimasak dan disimpan di tempat yang bersih.

d)

Apabila seseorang indvidu makan makanan yang bersih di restoran.

22.

Bagaimanakah seseorang itu mendapat penyakit bawaan air?

a)

minum air yg telah didih

b)

minum air sungai yang tidak tercemar

c)

minum air sungai yg tercemar

d)

minum susu ibu

23.

Untuk mengelakkan daripada terkena penyakit, kita hendaklah .......................

a)

mencuci tangan sehingga bersih sebelum makan dan minum.

b)

minum air dan makan dengan kuantiti yang banyak.

c)

menjaga kebersihan sepanjang waktu dan di mana-mana sahaja.

d)

makan ubat, lebih banyak lebih baik apabila terkena penyakit.

24.

Penyakit boleh dikelaskan kepada dua iaitu

a)

penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit

b)

penyakit kuat dan penyakit lemah

c)

pemindahan habuk dan pemindahan titisan

25.

Berikut merupakan tiga bahan utama yang boleh disalahguna KECUALI?

a)

rokok

b)

ubatan herba

c)

alkohol

d)

dadah