NEW
Font size
WorksheetsUjian Kelar Patah/Ujian Patah Nick
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Definisi Ujian Kelar Patah ialah:-
Sejenis ujian tanpa musnah (non-destructive testing) yang digunakan untuk menilai kualiti kimpal temu dan kambi.
Melibatkan pematahan sampel kimpalan kambi yang dikimpal pada satu sisi sahaja.
Sejenis ujian musnah (destructive testing) yang digunakan untuk menilai kualiti kimpal temu dan kambi.
Ujian kualitatif yang mudah dan murah yang boleh digunakan untuk menilai kemuluran dan kekukuhan bahan.
Namakan ujian kelar patah tersebut.
Kimpal temu
Kambi T
Kimpal tindih
Kimpal hujung
Tujuan ujian kelar patah kambi dan kelar patah kimpal temu adalah seperti di bawah KECUALI?
Untuk mematahkan spesimen kimpalan kambi atau temu.
Untuk memeriksa permukaan patah bagi kecacatan luaran (external defects)
Untuk menentukan kualiti logam dalaman kimpal
Untuk mengekalkan tahap kekuatan kimpalan
Berpakah jumlah prosedur bagi Ujian Patah Kimpal Kambi?
7
5
6
4
"Melakukan pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh di sepanjang prosedur. Selepas spesimen patah, hendaklah mengenal pasti kecacatan kimpalan dengan berhati-hati"
Berdasarkan pernyataan di atas, ia merujuk kepada tugas bagi seorang?
Pengimpal (Welder)
Jurutera
(Engineer)
Inspektor Kimpalan (Welder Inspector)
Pembekal (Supplier)
Berapakah langkah prosedur melakukan Ujian Kelar Patah Kimpal Temu?
5
6
7
8
Inspektor kimpalan hendaklah memberikan laporan yang sistematik yang mengandungi maklumat yang bermakna tentang perkara-perkara berikut, KECUALI:
Bentuk patah
Kecacatan dan jenisnya
Kedudukan kecacatan pada permukaan kimpalan temu dan kambi
Jenis kimpalan
Bagi plat ketebalan 8 mm yang dikimpal dengan sambungan T, lebar kepingan ujian 50 mm adalah paling ideal. Sebaik sahaja bahagian itu dipotong, panjang permukaan kimpalan itu perlu dibuat satu takik (notch)menggunakan gergaji besi atau cakera pemotong nipis. Berapakah kedalaman takik tersebut?
2-4mm
3-4mm
3-5mm
2-3mm
Spesimen bagi Ujian Kelar Patah boleh dipatah melalui 2 kaedah. Sebutkan dua kaedah tersebut:
Menggunakan tukul
Menggunakan mesin hidraulik
Menggunakan mesin pemotong
Menggunakan gergaji besi
Satu takik atau sempak (notch) dilakukan dengan mengergaji atau dimesin pada logam kimpal untuk membolehkan spesimen dipatah dengan mudah. Perkara-perkara kritikal berikut mesti dipertimbangkan apabila melakukan ujian ini, KECUALI:
Laporan ujian
Bilangan ujian
Lokasi ujian
Sifat dan dimensi spesimen Ujian
