Font size
WorksheetsKLIK DENGAN BIJAK 2023
Total questions: 25
Worksheet time: 16mins
Berikan maksud internet?
gabungan media sosial yang menghubungkan manusia
gabungan rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia
gabungan alat komunikasi secara global
gabungan telefon, komputer, radio dan laptop dalam sistem komunikasi
Apakah itu jenayah siber?
jenayah yang dilakukan secara beramai-ramai melalui internet
jenayah media sosial yang merosakkan kehidupan seseorang pada masa kini
jenayah komputer yang baharu pada abad ini yang dilakukan di atas talian
jenayah kritikan, kutukan, dan fitnah yang dilakukan secara talian sejak tahun 2020
Berikan contoh jenayah siber.
Buli secara fizikal
Kecurian maklumat
Bermain PUBG
Buli siber
Apakah itu Oversharing?
Seseorang yang berkongsi terlalu banyak informasi peribadi terutamanya di laman rangkaian sosial
Seseorang yang terlalu teruja dan bangga menceritakan maklumat peribadinya pada orang asing
Seseorang yang diam dan tidak berkongsi informasi peribadi di laman sosial pada orang asing
Seseorang yang berasa gembira dan suka memberitahu maklumat peribadi diri dan orang lain kepada orang asing atas talian
Antara berikut maklumat yang mana tidak perlu dikongsi?
Alamat rumah
Nombor kad pengenalan
Jantina
Nama panggilan
Berikut merupakan ciri-ciri seseorang itu "Oversharing" :
(PILIH 2 CIRI)
Suka mengadu terutama hal peribadi dan perasaan peribadi
Selalu menyebarkan maklumat mengenai bantuan rakyat yang susah
Sering berkongsi gambar alam semula jadi setiap hari
Setiap kali keluar pergi ke mana sahaja, anda mesti 'check in' atau memberitahu satu dunia di mana anda berada
Berikut merupakan MITOS INTERNET:
(PILIH 2 BETUL)
Penipuan maklumat ada di Internet
Semua yang dibaca di Internet adalah benar
Terdapat banyak gambar dan video yang berbohong
Hanya yang benar menjadi viral
Apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat tersebar?
Menaikkan nama individu
Boleh menjana pendapatan dengan menjadi influencer
Menyebabkan kerugian jika melibatkan wang ringgit
Dikenali ramai
Apakah itu buli siber?
Perkara-perkara yang dilakukan secara fizikal sehingga mangsa mengalami kecederaan luka dan boleh mati
Perkara-perkara yang meminggirkan seseorang sehingga seseorang berasa sunyi dan sedih
Perkara-perkara bertulis atau dalam bentuk gambar yang dipaparkan di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain
Perkara-perkara bertulis atas meja atau buku seseorang dengan kata-kata kutukan serta kata -kata lucah bagi menghina seseorang itu
Pilih yang mana merupakan contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber.
Memberikan kata-kata semangat kepada seseorang
Mesej yang mengandungi nasihat dan panduan kepada orang lain
Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh dan berunsur negatif
Menghentikan penyebaran foto seseorang yang memalukan
Apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda adalah mangsa buli siber? (PILIH 2 BETUL)
Laporkan kepada guru jika anda seorang pelajar
Mendiamkan diri dan rela menjadi mangsa buli siber
Screenshot komen atau ugutan yang dihantar kepada anda
Berjumpa dengan pembuli dan bergaduh secara fizikal
Najwa akan bercuti ke luar negara. Apakah yang patut beliau lakukan?
Beritahu butiran percutian kepada ahli keluarga atau rakan rapat sahaja
Beritahu nombor kad kredit kepada hotel melalui e-mel
Siarkan gambar passport dan memberitahu lokasi percutian di laman sosial
Daftar masuk lokasi semasa di dinding media sosial
Apakah nama penuh KDB?
Klik dengan betul
Klik dengan benar
Klik dengan bijak
Klik dengan boros
Apakah nama laman sesawang yang anda boleh memeriksa kesahihan sesuatu maklumat?
Contoh-contoh jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan:
(PILIH 2)
Berita Awani Online
Gosip
Penipuan
Maklumat Artikel Jurnal
Contoh mesej yang kurang ajar/kurang sopan:
PILIH 2 BETUL
"Tahniah, awak sangat pandai"
"Kau ini cantik dan bijak betul"
"Kau ini memang bodoh lah!! itu pun tak pandai ke?"
"Aku suka tengok kau pun sebab kau seksi"
Apakah tip-tip mencegah gejala buli siber?
Jangan kongsi butiran peribadi dan perasaan peribadi anda di internet
Meluahkan perasaan yang mengandungi unsur-unsur negatif
Abaikan dan jangan balas mesej pembuli
Melakukan serangan siber semula kepada pembuli secara besar-besaran
Apakah cara melapor penyalahgunaan kepada moderator laman FACEBOOK?
Report ibubapa
Report pengawas FACEBOOK
Report tulisan
Report page
Yang manakah contoh kesihatan dalam dunia digital
Melaraskan pencahayaan pada tahap paling tinggi dalam setiap waktu
Membongkokkan badan untuk mudah melihat komputer
Melaraskan kedudukan mata bersesuaian dengan skrin kerja
Postur badan tidak berubah dan mesti kaku setiap masa
Apakah kesan kepada kesihatan jika kesihatan dalam dunia digital tidak dijaga? (PILIH 2).
Kecederaan tekanan berulang
Muka bertambah cerah dan seri
Keletihan mata
Tulang belakang menjadi lebih baik
Apakah pula kesan kepada sosial jika kesihatan dalam dunia tidak dijaga?
PILIH 2 BETUL.
Rakan-rakan dalam alam nyata bertambah ramai
Gangguan masa tidur
Mengabaikan masa bersama keluarga dan rakan-rakan
Ketagihan semakin berkurangan
Apakah kesan kepada mangsa buli siber?
PILIH 2 BETUL.
Mangsa mengalami stress dan kemurungan
Mangsa berasa gembira dan selesa hidup
Mangsa menjadi semakin lebih sihat
Mangsa berasa ketakutan dan kebimbangan melampau
Apakah tindakan yang PALING BETUL jika anda ternampak komen yang teruk dan negatif di laman media sosial?
Saya akan mengecamnya semula dengan kutukan lebih teruk
Saya akan melaporkan komen tersebut
Saya akan menceroboh maklumat privasinya
Saya akan menghantar surat ugutan kepada orang tersebut
Bagaimanakah cara menguruskan peralatan digital dengan baik?
PILIH 2.
Mencampak telefon terus ke dalam tong sampah jika telefon rosak
Menggunakan hanya bila perlu
Menggunakan pada setiap masa
Menggunakan kaedah yang betul dalam pelupusan peralatan digital yang rosak
Apakah iktibar yang anda boleh ambil daripada program ini?
Saya boleh menggunakan peralatan digital untuk buat perkara-perkara tidak bagus tanpa diketahui
Saya harus menggunakan peralatan digital untuk menjadi terkenal
Saya boleh melakukan apa sahaja dalam dunia digital
Saya harus menjadi pengguna digital yang lebih mesra dan lebih baik
