wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu STPM Penggal 2

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang benar tentang morfologi?

a)

mengkaji makna atau erti dalam sesuatu bahasa

b)

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata

c)

mengkaji proses pembinaan dan pembentukan ayat

d)

mengkaji bunyi bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa

2.

empat bentuk kata dalam bahasa Melayu mengikut Tatabahasa Dewan ialah

a)

kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas

b)

kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda

c)

kata arah, kata pemeri, kata bilangan, dan kata ganti nama

d)

subjek, predikat, kata kerja tak transitif dan kata kerja tak transitif

3.

keterangan yang benar tentang kata tunggal dalam bahasa Melayu ialah

a)

tidak menerima sebarang imbuhan

b)

tidak mengalami proses pembentukan kata

c)

terdiri dariapda empat jenis kata tunggal

d)

boleh terdiri daripada sekurang-kurangnya dua suku kata

4.

tawa - ketawa

tapa - pertapa

kasa- perkasa

kata bergaris di atas ialah jenis kata

a)

inti

b)

akar

c)

dasar

d)

tunggal

5.

pernyataan yang berikut benar tentang kata tunggal, kecuali

a)

tidak menerima sebarang imbuhan

b)

akronim sebahagian dariapda kata tunggal

c)

melalui proses pemajmukan dan penggandaan

d)

terdiri daripada satu suku kata dan dua suku kata atau lebih

6.

pernyataan yang manakah benar tentang kata terbitan?

a)

pembentukan perkataan melalui proses pengimbuhan

b)

pembentukan perkataan melalui proses pengakroniman

c)

pembentukan perkataan melalui proses merangkaikan perkataan

d)

pembentukan perkataan melalui proses menggandakan perkataan

7.

Antara kata akronim yang berikut, yang manakah bukan terbentuk daripada cantuman suku kata awal perkataan?

I Purata

II Komsas

III berdikari

IV pawagam

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

II dan IV

8.

Akronim yang manakah yang dieja dengan betul?

I. Tabika

II INTAN

III FELDA

IV radar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

9.

Pernyataan yang manakah tentang pengakroniman?

I Bermula dengan huruf besar

II tergolong dalam bentuk kata tunggal

III ditulis dengan huruf besar sepenuhnya

IV terbentuk melalui pencantuman bunyi-bunyi

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Pernyataan yang berikut benar tentang pengimbuhan, kecuali

a)

imbuhan terdiri daripada morfem bebas

b)

proses penggandingan imbuhan pada kata dasar

c)

kewujudan imbuhan amat dominan dalam bahasa Melayu

d)

imbuhan awal ialah awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata adjektif

11.

antara yang berikut, perkataan yang manakah yang menunjukkan penggunaan awalan kata nama?

I tatanegara

II Terasa

III ekabahasa

IV sejernih

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Antara yang berikut ialah imbuhan akhiran pada kata kerja, kecuali

a)

jalani

b)

silaan

c)

sertai

d)

tunjukkan

13.

Yang manakah perkataan yang berakhiran - an yang menunjukkan makna yang banyak dalam kata dasar?

a)

ampaian

b)

rantaian

c)

rantauan

d)

manisan

14.

pernyataan yang berikut benar tentang imbuhan apitan, kecuali

I menyatakan darjah bandingan antara dua cara

II imbuhan yang diselitkan di antara dua unsur

III tiga jenis apitan, iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif

IV terbentuk apabila kata dasar menerima imbuhan awalan dan akhiran

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

15.

perkataan-perkataan yang berikut mengandungi apitan, kecuali

a)

pertapaan

b)

pendidikan

c)

perkembangan

d)

penyambungan

16.

pilih kumpulan yang menunjukkan penggunaan apitan kata kerja

a)

pelaksanaan, perlakuan, pengambilan

b)

perjumpaan, pengunduran, keakraban

c)

kecantikan, membanjiri, petempatan

d)

memperdengarkan, kehujanan, memperingati

17.

ayat yang manakah menggunakan aptian peN-...-an dan peR-...-an dengan betul

I. Kerja-kejra pedalaman longkang itu berjalan dengan lancar.

II. Perkarangan rumah itu ditanam dengan pelbagai jenis bunga.

III. Pelaksanaan projek itu mendapat kerjasama semua pihak.

IV. Nelayan pesisiran pantai telah diberikan bantuan sara hidup.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

18.

yang manakah prenyataan yang benar tentang imbuhan sisipan?

a)

terdiri daripada kata adjektif sahaja

b)

terbahagi kepada sisipan kata nama dan kata adjektif

c)

bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbutan

d)

semakin banyak digunakan dalam istilah-istilah baharu

19.

pernyataan yang berikut benar tentang kata majmuk , kecuali

I. rangkaian dua kata atau lebih

II. tidak dapat disisipkan perkataan yang

III. biasanya ejaan dieja secara bercantum

IV. merupakan sebahagian daripada frasa

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

20.

Pilih padanan yang betul antara jenis kata majmuk dengan contohnya.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata majmuk yang berhuruf condong yang dieja dengan betul?

I Pelajar-pelajar diingatkan oleh guru supaya membuat ulang kaji di rumah.

II Satu suruhanjaya telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat kes itu.

III Sikap pilih kasih pemimpin itu menyebabkan beliau tidak disenangi oleh rakyat.

IV. Dia telah menjawat jawatan pesuruh jaya sumpah di syarikat guaman itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

22.

Pilih kumpulan perkataan yang terdiri daripada kata ganda berentak.

a)

besar-besaran, awur-awuran, kehijau-hijauan

b)

jejari, lelangit, dedaun

c)

kontang-kanting, gelap-gelita, titik-bengik

d)

rendah-rendah, kecil-kecilan, kegila-gilaan

23.

Pernyataan yang manakah benar tentang kata penggandaan berentak?

I. Terdapat penggandaan penuh dan penggandaan separa

II Proses menggnadakan kata dasar mengikut rentak tertentu

III terdapat penggandaan berentak pengulangan vokal, konsonan, dan bebas

IV Proses menggandakan perkataan sama ada di hadapan atau di belakang kata dasar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

24.

Antara perkataan yang berikut, penggandaan kata nama yang manakah yang menunjukkan makna kesamaan?

a)

kura-kura

b)

langit-langit

c)

sayur-mayur

d)

gunung-ganang

25.

yang manakah benar tentang kata ganda separa?

a)

bentuk gandaan hanya terletak di belakang kata dasar

b)

terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar

c)

pengulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja

d)

seluruh kata dasar digandakan dan bunyi tertentu diulang

26.

perkataan-perkataan yang berikut ialah kata nama, kecuali

a)

keadilan

b)

perjuangan

c)

kebasahan

d)

ketenteraman

27.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja yang betul?

a)

Aliya menghidangkan tetamunya dengan secawan teh.

b)

Mereka menghadiahi guru mereka sebuah komputer riba.

c)

Sultan Perak berkenan mengurniakan ahli sukan itu pingat kebaktian.

d)

Pada setiap bulan, abang tidak lupa untuk mengirimi wang kepada ibu.

28.

Ayat yang manakah yang menggunakan kata kerja yang membawa maksud kausatif atau menyebabkan sesuatu?

a)

Mereka merundingkan perkara itu dengan jawatankuasa masing-masing.

b)

Penduduk kampung itu mendirikan rumah secara bergotong-royong.

c)

Apabila suaminya pulang, Azmah membuatkan suaminya secawan kopi panas.

d)

Perbuatan pegawai itu menerima rasuah telah memalukan nama baik keluarganya.

29.

Ayat yang manakah yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?

I Pegawai itu sedang menjalani kursus di luar negara.

II. Apabila waktu sudah larut malam, barulah mereka pulang.

III. Penyakitnya beransur baik setelah mendapat rawatan tradisional.

IV. Mereka sekeluarga akan balik ke kampung pada hujung minggu ini.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

30.

Ayat yang manakah yang menggunakan awalan teR- sebagai kata kerja transitif?

I Nenek tua yang berusia 67 tahun itu terdaki gunung yang tinggi itu.

II Budak itu tersepak batu yang bertaburan di tepi jalan besar itu.

III Pemanjat kelapa itu terjatuh dari atas pokok kelapa pagi tadi.

IV Mereka tertidur di bawah pokok itu kerana keletihan.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

31.

Pilih ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera bau.

a)

Gadis yang molek itu ialah anak ketua kampung.

b)

Gulai itu tidak lemak kerana tidak cukup santan .

c)

Permukaan lantai itu kasar kerana belum dijubin.

d)

Minyak tengik itu sepatutnya dibuang dengan segera.

32.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata adjektif perasaan dengan betul?

I. Pegawai itu masih meragui kejujuran pekerjanya.

II Budak itu gembira sekali apabila melihat datuk dan neneknya.

III Gadis itu segan sungguh dengan bakal ibu mentuannya.

IV Kertas kerja itu telah dibentangkan dengan jelas.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

33.

Pilih padanan yang betul antara huraian tentang kata adjektif dalam bentuk perbandingan

I . Wanita yang berpakaian tradisional itu secantik bidadari.

II. selicik-licik penjenayah itu akhirnya diberkas polis.

III Pencapaian akademiknya sederhana sahaja kerana dia malas.

X = Darjah biasaU

Y = darjah bandingan

Z= Darjah penghabisan

a)

I = X

II = Y

III = Z

b)

I = Y

II = Z

III = x

c)

I = X

II = Z

III = Y

d)

I = Z

II= X

III = Y

34.

Antara yang berikut, ayat yang manakah yang menggunakan kata penguat dengan betul?

a)

Suasana di pantai itu paling indah sekali pada ketika matahari terbenam.

b)

Bangunan KLCC merupakan bangunan yang tertinggi sekali di Asia Tenggara.

c)

Suara penyanyi nasyid itu amat merdu sekali sehingga memukau para pendengar.

d)

Dia berasa paling gembira sekali apabila diumumkan sebagai olahragawan sekolah.

35.

Ayat-ayat yang berikut menggunakan kata pemeri yang betul, kecuali

I Orang yang memakai cermin mata itu adalah rakan baik ayah saya.

II Antara isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu adalah pentingnya tindakan menangani masalah remaja.

III. Jalan menuju ke kampung itu adalah berbelok-belok sehingga menyulitkan pengunjung.

IV. Kereta Proton Suprima ialah kereta terbaharu keluaran syarikat pembuat kereta nasional.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

36.

Antara yang berikut, ayat yang manakah yang menggunakan kata sendi nama yang betul?

a)

Ubat-ubatan itu dibuat dengan akar kayu.

b)

Dia menerima surat dari Kementerian Pendidikan.

c)

Dari pagi tadi mereka telah berbincang tentang perkara itu.

d)

Markah yang diperolehnya hanya separuh pada markah rakannya.

37.

Ayat-ayat yang berikut menggunakna kata sendi nama pada dengan betul, kecuali

a)

Kemalangan itu perlu dilaporkan pada polis dengan seberapa segera.

b)

Majalah keluaran terbaharu syarikat penerbitan itu ada pada pengurus.

c)

Pada zaman penjajahan Jepun, rakyat negara kita mengalami penderitaan.

d)

Ahli gimnastik itu berpaut pada palang besi sebelum menghayunkan badannya.

38.

Pernyataan yang berikut benar tentang penggunaan kata tanya, kecuali

a)

kata tanya digunakan untuk menyoal perkara

b)

kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat

c)

terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu susunan biasa dan susunan songsang

d)

apabila kata tanya di hadapan, kata tanya itu hendaklah disertai partikel -kah

39.

Ayat yang manakah menggunakan kata tanya dengan betul?

a)

Pukul berapa mereka dijangka sampai di sini?

b)

Orang yang memakai kemeja berwarna biru itu siapa?

c)

Keputusan mesyuarat tentang perkara itu bagaimanakah?

d)

Ada para pengunjung berpuas hati terhadap mutu perkhidmatan kita?

40.

Setiap usahawan mesti berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka boleh memohon bantuan kerajaan untuk mendapatkan bimbingan.

Kata yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

a)

kata penegas

b)

kata bantu aspek

c)

kata bantu ragam

d)

kata penguat bebas