NEW
Font size
WorksheetsPensampelan dalam Kajian Kualitatif dan Kuantitatif
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Dr. Amir membuat kajian kualitatif tentang Keberkesanan Program KUMON dalam kalangan murid sekolah rendah. Namun Dr. Amir telah tetapkan setiap cawangan Program KUMON memerlukan 20 responden sahaja.
Apakah kaedah pensampelan yang digunakan oleh Dr. Amir?
Pensampelan Tujuan
Sampel Strata
Sampel Kelompok
Snow Ball
Antara kajian kualitatif dan kuantitatif, yang manakah menggunakan konsep kebarangkalian?
Kajian Kuantitatif
Kajian Kualitatif
Berikut merupakan jenis persampelan dalam kuantitatif, kecuali
Sampel Sistematik
Sampe Kelompok
Persampelan Tujuan
Sampel Rawak Mudah
Persampelan jenis ini adalah seperti persampelan tujuan, tetapi responden dipilih secara kebetulan dan telah dikategorikan mengikut kuota pengkaji. Manakah antara berikut merupakan jenis persampelan yang betul?
Persampelan Strata
Persampelan Kelompok
Persampelan Snow Ball
Persampelan Kuota
Kajian adalah berkenaan kadar tekanan guru pelatih Pendidikan Khas, Pengkaji telah merangka unit guru pelatih Pendidikan Khas dalam IPGKPM dan memastikan setiap unit mempunyai 10 responden yang menjawab soal selidik.
Apakah jenis kaedah pensampelan yang digunakan oleh pengkaji?
Snow Ball
Sampel Kelompok
Sampel strata
Persampelan Mudah
Pengkaji mempunyai masalah untuk mencari sampel kerana kajiannya merangkumi satu populasi yang besar iaitu populasi negara Malaysia. Jadi, cadangkan kaedah pensampelan yang sesuai kepada pengkaji.
Sampel Kelompok
Kaedah Undian
Persampelan Tujuan
Persampelan Mudah
Aliah ingin menggunakan sampel rawak mudah untuk kajiannya namun dia mendapati bahawa terdapat sampel lain yang lebih mudah kerana setiap ahli populasi disenaraikan dengan nombor. Apakah sampel tersebut?
Undi dan Cabut
Sampel Sistematik
Sampel Kelompok
Snow Ball
Encik Ramli menjalankan kajian kualitatif mengenai kadar perbelanjaan, namun beliau hanya sebarkan soal selidik kepada warga jiran-jirannya sahaja dalam satu taman perumahan.
Jadi, Apakah jenis pensampelan yang Encik Ramli gunakan?
Persampelan Tujuan
Sampel Sistematik
Pensampelan Mudah
Sampel Rawak Mudah
Apakah kaedah persampelan yang menggunakan cara cabut undi mana-mana nombor yang mewakili sampel dalam satu populasi untuk memastikan setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk dipilih?
Sampel Sistematik
Snow Ball
Pensampelan Mudah
Sampel Rawak Mudah
Prosedur persampelan ini diambil berdasarkan responden pertama yang memenuhi kriteria. Manakah jawapan yang betul?
Snow Ball
Sampel Kelompok
Pensampelan Tujuan
Temu Bual
