WorksheetsHEBAT TATABAHASA
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Pilih jawapan yang paling tepat.
1) Perbuatan ________ dinding-dinding bangunan merupakan perbuatan vandalisme yang sering dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
mencarik
mencorak
mencanting
menconteng
Pilih jawapan yang paling tepat.
2) Penyanyi yang bersuara ________ itu telah berjaya menewaskan peserta-peserta lain.
lunak
serak
sengau
sumbang
Pilih jawapan yang paling tepat.
3) Hari Kebangsaan disambut pada setiap tahun sebagai tanda ______ tarikh kemerdekaan negara kita.
memperingatkan
memperingati
diperingatkan
diperingati
Pilih jawapan yang paling tepat.
4) Pokok-pokok padi yang hidup subur di sawah _______ apabila ditiup angin.
melayang-layang
melentur-lentur
meliuk-liuk
melibas-libas
Pilih jawapan yang paling tepat.
5) Cikgu Faridah membimbing anak-anak muridnya mengulang kaji pelajaran ________ mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
supaya
bagi
untuk
jikalau
Pilih jawapan yang paling tepat.
6) Pak Saad menyandang se______ senapang sewaktu dia memburu di hutan.
butir
laras
batang
keping
Pilih jawapan yang paling tepat.
7) Kelawar tidur dengan berpaut ________ dahan pokok.
ke
dari
pada
daripada
Pilih jawapan yang paling tepat.
8) "Berapakah harga lima _______ petai ini?" tanya Puan Maria kepada peniaga itu.
biji
ulas
papan
buah
Pilih jawapan yang paling tepat.
9) Encik Hadi ialah pembentang kertas kerja ________muda dalam seminar itu.
nian
benar
paling
sekali
Pilih jawapan yang paling tepat.
10) Orang ramai _________ ke pusat beli-belah untuk membeli barangan keperluan hari raya.
bertolak-tolak
berpusu-pusu
berbaris-baris
bersusup-sasap
Nabil agak _______ semasa mula-mula bergaul dengan kawan-kawan di sekolah baharu itu.
kelam
kekok
kelakar
gempar
Pandemik COVID-19 telah ________ ke seluruh negara.
menurun
menjalar
menular
menjulur
_______, kasihan sungguh anak-anak itu telah hilang tempat bermanja!
Cis
Eh
Aduh
Aduhai
Cara membuat kuih tradisional ini ________?
mengapa
kenapa
bagaimana
bila
Amir sering mengikuti _______ kegemarannya melalui televisyen pada setiap hari Selasa.
sketsa
agenda
rancangan
susunan
Syarikat elektronik itu mengadakan ________ bagi mengambil pekerja baharu.
temu bual
temu janji
temu ramah
temu duga
Daerah Kuala Muda dijangka menerima jumlah hujan yang banyak mengikut _______ Jabatan Meteorologi Malaysia.
ramalan
larangan
saranan
cadangan
Puan Aini menggantung baju dan kain yang baru dicuci pada _______ di belakang rumahnya.
penyidai
pengait
penyendal
penyangkut
Mereka sekeluarga ______ pergi bercuti ke Disneyland pada bulan Disember nanti.
pernah
belum
masih
akan
Petani itu _______ di bawah pokok rambutan kerana terlalu penat membanting tulang.
tersenyum
terdiam
tertidur
terdiam
Air sungai di hujung kampung itu mengalir _______ selepas hujan lebat.
kuat
deras
pantas
kencang
Harga sehelai tudung sutera ini _________?
kenapa
bila
berapa
siapa
Puan Hamidah menyapu _______ kering di halaman rumahnya.
dedaun
kekisi
bebola
peparu
Rambut adik __________ kerana baru bangun daripada tidur.
lintang-pukang
riuh-rendah
kusut-masai
huru-hara
_________ itu sudah bersedia di lorong larian masing-masing.
Pelari-pelari
Penari-penari
Penyanyi-penyanyi
pendatang-pendatang
Murid yang rajin itu menjadi ________ Cikgu Aini.
anak angkat
anak tunggal
anak pungut
anak emas
Rizal digelar _______ kerana tidak pandai bermain bola sepak.
kaki kerusi
kaki tipu
kaki pendek
kaki bangku
Kerepek yang diusahakan oleh Puan Senah mula memasuki pasaran __________.
antarabangsa
antara bangsa
antarebangsa
antarebangse
Menjaga kebersihan merupakan ________ setiap orang.
tanggungan
tanggungjawab
tanggung jawab
kebertangungjawaban
__________, terdapat seorang remaja lelaki yang bergelar Hang Nadim di Temasik.
Hatta
Alkisah
Maka
Syahadan
Singa itu mengaum.
FN+FN
FN+FK
FN+FS
FN+FA
Filem itu tentang sejarah Jepun.
FN+FS
FN+FK
FN+FA
FN+FN
Putera raja itu tampan.
FN+FN
FN+FA
FN+FS
FN+FK
Wanita itu pelakon hebat.
FN+FS
FN+FN
FN+FS
FN+FA
Cikgu Aina sedang menanda kertas UASA murid-murid.
FN+FK
FN+FN
FN+FA
FN+FS
Mesin basuh itu di belakang rumah.
FN+FK
FN+FS
FN+FN
FN+FA
Banyak ________ datang ke Pelabuhan Melaka untuk berniaga.
dagangan
dagang
pedagang
pedagangan
________, kamu berjaya ke peringkat seterusnya!
Aduh
Syabas
Eh
Amboi
_________ tarikh lahir ibu kamu?
Manakah
Apakah
Siapakah
Bilakah
Nyatakan jenis kata ganda dalam ayat di bawah.
Kerusi-kerusi yang rosak telah dibaiki oleh Pak Hamid.
kata ganda penuh
kata ganda berentak
kata ganda separa
kata ganda berentak
Nyatakan jenis kata ganda dalam ayat di bawah.
Ibu menghidangkan lauk-pauk di meja makan.
kata ganda berentak
kata ganda separa
kata ganda penuh
kata ganda berimbuhan
Nyatakan jenis kata ganda dalam ayat di bawah.
Aktiviti gotong-royong akan diadakan pada hari Sabtu ini.
kata ganda berimbuhan
kata ganda separa
kata ganda penuh
kata ganda berima
Nyatakan jenis kata ganda dalam ayat di bawah.
Beberapa ekor jejentik ditemukan dalam tempayan itu.
kata ganda penuh
kata ganda separa
kata ganda berimbuhan
kata ganda berima
Nyatakan jenis kata ganda dalam ayat di bawah.
Datuk mundar-mandir di ruang tamu rumahnya,
kata ganda berentak
kata ganda penuh
kata ganda berimbuhan
kata ganda separa
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat di bawah.
Bendera negeri dan Jalur Gemilang berkibar-kibaran di Istana Negara.
Bendera negeri
Jalur Gemilang
Istana Negara
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat di bawah.
Halim, Chua dan Muthu akan mendaki Gunung Kinabalu.
Halim
Muthu
Chua
Gunung Kinabalu
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat di bawah.
Datuk menaiki kereta Proton X70 yang dipandu oleh ayah untuk ke Hospital Sultan Abdul Halim.
Proton X70
ayah
Hospital Sultan Abdul Halim
kereta
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat di bawah.
Amina sedang membaca novel yang bertajuk 'Pengembaraan Misteri Lima Sahabat'
novel
Amina
membaca
'Pengembaraan Misteri Lima Sahabat'
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat di bawah.
Sang Kancil memperdaya Sang Rangkak untuk menyeberangi sungai.
sungai
Sang Kancil
Sang Rangkak
memperdaya
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat di bawah.
Evelyn membelai kucing yang berekor panjang itu. Si Putih kucing kesayangannya.
Evelyn
kucing
panjang
Si Putih
