Font size
WorksheetsSKOR A SEJARAH B1T4
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Maklumat berikut merujuk kerajaan Alam Melayu.
- Kerajaan Funan
- Kerajaan Champa
Kerajaan manakah yang meneruskan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh kerajaan Alam Melayu tersebut?
BTMS 4
Angkor
Srivijaya
Majapahit
Johor-Riau
Mengapakah Raja Champa dikaitkan dengan Dewa Siva?
BTMS 4
Pemerintah yang suci
Pemerintah berkuasa mutlak
Menguasai rantau Alam Melayu
Melaksanakan konsep orde kosmos
Kerajaan Alam Melayu melaksanakan undang-undang bagi memastikan kesejahteraan kerajaan masing-masing.
Apakah undang-undang yang diamalkan oleh kerajaan Majapahit?
BTMS 4
Kutara Manawa
Kanun Mahkota Alam
Hukum Kanun Manu
Tuhfat al-Nafis
Bagaimanakah DUA cara rakyat Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya?
BTMS 4
Meminum air sumpah
Membuat perjanjian
Menyerahkan ufti
Menjalani upacara persetiaan
Gambar berikut menunjukkan inskripsi Telaga Batu yang digunakan dalam upacara oleh rakyat kerajaan Srivijaya.
Mengapakah upacara tersebut dijalankan?
BTMS 4
Membuktikan kesetiaan rakyat kepada raja
Memperkembang agama Hindu-Buddha
Melambangkan kesucian pemerintah
Mengekalkan kedaulatan kerajaan
Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau memperkukuh ciri-ciri negara bangsa selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?
BTMS 5
Memperkukuh pentadbiran
Meluaskan wilayah pengaruh
Menekankan kepentingan Islam
Meneruskan Adat Temenggung
Nama Srivijaya diambil daripada bahasa Sanskrit.
Apakah maksud nama tersebut?
BTMS 5
Kemakmuran Bumi
Semenanjung Emas
Cahaya Kemenangan
Tanah Bebas
Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah perubahan tersebut?
BTMS 6
Penggunaan gelaran sultan
Pembebasan golongan hamba
Pedagang membayar zakat
Pemansuhan undang-undang adat
Maklumat berikut merujuk ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
- Memperkukuh pemerintah beraja
- Menjadi tonggak pentadbiran Melaka
Apakah sistem tersebut?
BTMS 6
Sistem feudal
Sistem pewarisan
Sistem Pembesar Berempat
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Golongan yang diperintah menumpahkan taat setia kepada golongan yang memerintah.
Siapakah DUA golongan X tersebut?
BTMS 6
Pembesar
Pedagang
Orang Laut
Orang Melayu
Apakah DUA cara hubungan timbal balik dilaksanakan bagi mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah?
BTMS 6
Kekuasaan sultan diakui oleh rakyat
Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan
Kedaulatan raja diiktiraf kuasa asing
Kesetiaan pembesar terhadap kerajaan
Mengapakah kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain?
BTMS 6
Melambangkan kehebatan negara
Mengeratkan hubungan diplomatik
Memastikan kelancaran pentadbiran
Mengelakkan campur tangan asing
Mengapakah Laksamana Cheng Ho dihantar oleh kerajaan Dinasti Ming ke Melaka?
BTMS 6
Memeterai perjanjian
Mengeratkan hubungan
Menjalankan perdagangan
Melakukan peluasan kuasa
Bagaimanakah Siantan menjadi sebahagian daripada wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka?
BTMS 7
Peperangan
Persahabatan
Perkahwinan
Perdagangan
Apakah DUA kepentingan undang-undang berikut?
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-Undang Laut Melaka
BTMS 7
Melindungi rakyat
Menjamin kedudukan raja
Meluaskan wilayah pengaruh
Memperkukuh kerajaan
Gambar merujuk lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah DUA kepentingan lambang kebesaran tersebut?
BTMS 7
Identiti kerajaan
Keistimewaan sultan
Diiktiraf kuasa luar
Perpaduan rakyat
Gambar berikut menunjukkan cap mohor.
Apakah kegunaan cap mohor dalam sesebuah kerajaan?
BTMS 7
Menandakan kekuasaan sultan
Mengesahkan arahan sultan
Memudahkan jalinan hubungan
Membuktikan kewibawaan pemerintah
Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
BTMS 8
Menentang imperialisme Barat
Memastikan warisan terpelihara
Memastikan pentadbiran tersusun
Mempertahankan kuasa pemerintahan
Apakah jawatan X ?
BTMS 8
Bentara
Hulubalang
Temenggung
Syahbandar
X => Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat.
Apakah X ?
BTMS 8-9
Kawasan pegangan
Kawasan jajahan
Kawasan empayar
Kawasan petempatan
Mengapakah permuafakatan antara sultan dengan pembesar penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan?
BTMS 9
Meluaskan wilayah pengaruh
Mewujudkan pentadbiran yang sempurna
Menguruskan perbendaharaan secara teratur
Mengiktiraf kuasa pemerintahan
Bendahara mempunyai tugasan dan peranan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah DUA tugas Bendahara?
BTMS 9
Ketua pentadbir
Pemangku sultan
Ketua perbendaharaan
Panglima angkatan laut
Bagaimanakah DUA cara Kesultanan Melayu Melaka memperoleh sumber pendapatan?
BTMS 9
Pembayaran cukai
Harta rampasan perang
Pengenalan zakat
Urusan perdagangan
A didapati mengingkari arahan dan memalsukan titah sultan.
Apakah hukuman yang akan dikenakan kepada A ?
BTMS 10
Dikenakan sebatan
Dibuang negeri
Dihukum bunuh
Dipenjarakan
Apakah perkara berkaitan kekeluargaan yang dinyatakan dalam Fasal 26 Hukum Kanun Melaka?
BTMS 10
Pembahagian harta melalui sistem faraid
Pernikahan memerlukan empat orang saksi
Penjagaan anak setelah berlaku perceraian
Pelaksanaan undang-undang keluarga Islam
Apakah yang membuktikan bahawa agama Islam mempengaruhi aktiviti perdagangan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
BTMS 10
Penubuhan baitulmal
Pengharaman amalan riba
Pembayaran zakat perniagaan
Perbendaharaan diurus oleh ulama
Apakah sumbangan pembesar berikut terhadap kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka?
- Nakhoda Jenal
- Nakhoda Diri
- Nakhoda Sahak
BTMS 11
Memajukan pusat perdagangan
Menambahbaik kemudahan pelabuhan
Menyusun sistem sukat dan timbang
Menggubal Undang-Undang Laut Melaka
Mengapakah semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda?
(PILIH DUA JAWAPAN) BTMS 11
Berkuasa penuh
Arif ilmu pelayaran
Berhak menjatuhkan hukuman
Raja dalam pelayaran
Apakah situasi yang menyebabkan nakhoda perlu mengadakan mesyuarat dengan semua orang di dalam kapal?
BTMS 11
Menjatuhkan hukuman kesalahan membunuh
Menentukan jumlah cukai hasil penumpang
Berlaku pelanggaran dan kerosakan kapal
Singgah di tempat yang tiada dalam senarai
Apakah jawatan X ?
BTMS 11
Nakhoda
Jurumudi
Jurubatu
Malim
Seorang malim didapati lalai sehingga menyebabkan berlakunya pelanggaran dan kerosakan kapal.
Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap malim tersebut?
BTMS 11
Dipenjara seumur hidup
Dikenakan ganti rugi
Dijatuhi hukuman bunuh
Digantung sampai mati
Apakah DUA jenis cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan?
BTMS 11
Cukai diraja
Cukai perjalanan
Hasil perniagaan
Hasil perbendaharaan
Apakah persamaan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka?
BTMS 10 - 11
Jenayah
Ekonomi
Pelayaran
Percukaian
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep waadat?
BTMS 12 - 13
Perjanjian
Persefahaman
Perundangan
Perpaduan
Suatu waadat telah berlaku antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Apakah kepentingan waadat tersebut?
BTMS 12
Mengukuhkan perpaduan
Menjamin kesejahteraan rakyat
Menghalang campur tangan asing
Memelihara kedaulatan undang-undang
X => menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
Siapakah X ?
Mufti
Ulama
Pembesar
Kerabat diraja
Apakah DUA sistem yang diuruskan oleh pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka?
BTMS 12
Sistem serah
Sistem kerah
Sistem barter
Sistem monarki
Apakah akibat daripada perbuatan rakyat menderhaka kepada raja?
BTMS 13
Dijadikan hamba
Ditimpa tulah
Dibuang daerah
Dipaksa menjadi tentera
Apakah DUA cara rakyat menunjukkan taat setia kepada pemerintah?
BTMS 13
Menjadi tentera
Membayar cukai
Melafaz ikrar taat setia
Menghadiri majlis umum
Apakah DUA situasi yang menyebabkan seseorang rakyat ditimpa tulah atau kecelakaan?
BTMS 13
Menderhaka kepada raja
Melarikan diri daripada medan perang
Mewujudkan perbalahan dalam masyarakat
Melanggar larangan atau titah
