WorksheetsBahasa Melayu UPSR
Total questions: 71
Worksheet time: 36mins
"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.
cik
beliau
saudara
dia
Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.
kita
dia
kamu
beliau
"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.
Nah
Oh
Wah
Hai
Darnessa segera menanggalkan _________nya lalu berlari masuk ke dalam rumah.
topi
kaki
kasut
kepala
Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.
Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?
Bersantap
Bersiram
Mengadap
Berangkat
Abu menggunakan ____________ untuk memasang palang untuk membina pondok.
bebiri
kekuda
kekabu
tetupai
"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.
Ada
Apa
Siapa
Bagaimana
Darren bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.
jika
hingga
apabila
sejak
Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.
lapik perut
angkat kaki
buah mulut
angkat tangan
"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.
Pilih perkataan sinonim bagi tulen.
unik
benar
asli
istimewa
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.
II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
III Semakin pendek umur,semakin uzur.
IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.
Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?
Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?
Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?
Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.
Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.
Memang belum rezeki aku lagi.
Wah, sindir aku nampaknya!
Tidak, engkau apa peduli!
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.
"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.
"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.
"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.
Pilih ayat yang betul.
I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.
II Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.
III Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.
IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hanim.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
"Hasrul, tolong ambilkan _________ buku cerita di atas meja itu," kata Benny.
kamu
beliau
mereka
saya
Ibu menyediakan makanan dan minuman sebagai _________ semasa berkelah di tepi pantai nanti.
membekalkan
berbekalkan
bekalan
pembekal
Semua murid makan di kantin sekolah sewaktu rehat _________ John kerana dia tidak membawa wang saku.
walaupun
kecuali
sementara
sekiranya
Pilih dua jawapan yang betul
Majlis itu diadakan adalah untuk meraikan kejayaan pasukan sekolah yang menjadi johan dalam perlawanan bola sepak peringkat negeri.
Pak Ali membuat batas sayur daripada menggunakan cangkul.
Ayah menghadiahkan sebuah basikal ke abang sempena hari lahirnya yang ke-12 tahun.
Sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya, Firdaus menjadi seorang murid yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang.
Pilih ayat yang betul
Wendy memberikan bungkusan yang berisi pakaian itu kepada Xiao Mei.
Yazid akan bertolak ke Pahang di jam 8.00 pagi.
Beg tangan berjenama itu diperbuat pada kulit.
Encik Lee menebas rumput ke belakang rumah menggunakan sabit.
Mona tersepak kaki kerusi semasa mencari wangnya yang tercicir lalu berkata, "_________, apalah nasib aku ini.
Aduhai
Eh
Syabas
Cis
Pustakawan itu sedang _________ buku-buku yang ___________.
menyusun ... diselerakkan
disusun ... berselerakan
menyusun ... berselerakan
tersusun ... diselerakkan
"Anakanda ingin __________ di air terjun di hujung kampung bersama dayang-dayang," kata Puteri Seroja kepada bonda dan ayahandanya.
bersemayam
bersiram
beradu
bersantap
Pihak polis sudah memerhatikan _________ penjenayah itu sejak sekian lama.
lalu-lalang
mundar-mandir
kusut-masai
tindak-tanduk
Wen Jing menjadi murid kesayangan para guru di sekolah kerana sikapnya yang suka menolong.
putih tulang
ringan tulang
berat tulang
berat hati
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Telefon bimbit berjenama Hei Yo itu milik adik.
Telefon bimbit adik berjenama Hei Yo telah hilang.
Adik membeli telefon bimbit berjenama Hei Yo.
Telefon bimbit berjenama Hei Yo diberikan kepada adik.
Adik memiliki telefon bimbit berjenama Hei Yo.
Encik Joshua telah menerima ___________ untuk menghadiri majlis makan malam di Hotel Permaisuri pada minggu hadapan.
undangan
diundang
mengundang
pengundang
Kabel elektrik itu menjadi ___________ pada waktu petang.
ketat
kendur
padat
tebal
Puan Nayla menggunakan _________ kain untuk menampal kainnya yang koyak.
sebungkus
sebuah
secarik
sebidang
Pilih ayat yang betul
Yana mengenali Amin dari kecil lagi.
Rumah Pak Hamid dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat kepada kerjasama penduduk kampung.
Baki wang saku yang diberi oleh ibu, saya simpan kepada dalam tabung.
Para guru sedang berbincang tentang masalah disiplin murid-murid.
Fatonah bekerja sebagai pembantu kedai ______ keputusan peperiksaan SPM diumumkan
sehingga
sementara
sewaktu
apabila
Encik Razali dan keluarganya akan berhijrah ke Sarawak pada bulan depan.
Pilih perkataan berlawan bagi berhijrah.
berpindah
menetap
mendiami
beralih
Amin pulang ke kampung untuk menjengah neneknya yang sudah lama tidak ditemui.
tPilih perkataan seerti bagi menjengah.
berhijrah
memasuki
mengunjungi
menasihati
Fatihah _______ untuk menjadi ketua murid yang berwibawa.
ada akal
ada otak
ada umur
ada gaya
Seseorang pekerja yang bertangungjawab dan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya tanpa _________.
usul-asal
dolak-dalik
kontang-kanting
lambat-laun
Sekumpulan pelancong ______ ketika masuk ke kawasan hutan simpan itu.
salah sangka
silap langkah
pecah peluh
sesat barat
"Budaya membaca patut dipupuk ______ zaman kanak-kanak lagi," kata Puan Damia kepada Puan Juwita.
apabila
di
manakala
sejak
Negara kita _____ menghadapi gangguan jerebu lagi pada tahun ini.
bukan
mungkin
telah
pernah
Orang ramai _____ supaya menghulurkan derma kepada mangsa gempa bumi di negara jiran.
dipaksa
diseru
dikerah
ditanya
Kita perlulah mengamalkan _____ yang baik apabila berada dalam sesuatu majlis.
tatacara
tatakerja
tatabahasa
tatasusila
Menurut Saufi, kemalangan itu berlaku ketika ______ dan Kamarul sedang menunggu bas.
aku
mereka
dia
awak
Kawan-kawan tidak lagi ______ kebolehan Farzana yang telah berjaya menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah.
kecil-kecil
kecil-mengecil
memperkecil-kecilkan
kecil-kecilkan
Abang menggunakan _______ pahat untuk mengukir permukaan kayu di bengkelnya.
seruas
sebatang
sebilah
setongkol
Encik Adam ________ sebatang kayu untuk dijadikan bingkai tingkap rumahnya.
menggergaji
mengetam
mencantas
memahat
Hidayat dan Taufik sedang melihat jadual pertandingan bola baling yang dipamerkan pada ______ di sekolahnya.
papan tulis
papan notis
papan hitam
papan kekunci
Pasukan bola tampar sekolah kami terpaksa bermain berhempas-pulas agar _______ hasrat untuk menjadi juara.
terjadi
terjalan
terjulang
terlanjur
Anak kecil itu bermain di _______ ibunya yang sedang melipat pakaian.
belakang
antara
samping
bucu
Setelah sekian lama merantau, Noizani terkejut apabila melihat kampungnya sudah menjadi taman perumahan yang ______ dengan penduduk.
padat
semak
pekat
sendat
Fauzan berasa ______ apabila mendengar berita tentang nasib malang yang menimpa sahabatnya.
teruja
bangga
terharu
tertawan
Ruang tamu rumah Cikgu Noraini sentiasa ______ dengan bau jambangan bunga mawar.
sebati
semerbak
sejambak
seharum
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja
A atau
B jika
C agar
D kerana
Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun
Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya
Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka
Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu
B agar
C maka
D kerana
Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A dan
B serta
C tetapi
D malahan
Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A kerana
B sambil
C maka
D lalu
Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusanyang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal
__________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara
Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka.
A dan
B lalu
C atau
D agar
Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.
A untuk
B jikalau
C bahawa
D semoga
___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.
A Semoga
B Sewaktu
C Supaya
D Setelah
Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.
A apabila
B manakala
C walaupun
D sedangkan
Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________ ditentang oleh ibunya.
A sementara
B walaupun
C sejak
D agar
Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas.
A semenjak
B sewaktu
C kerana
D selagi
Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.
A ketika
B setelah
C semenjak
D sementara
Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.
A lalu
B maka
C serta
D atau
__________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah- dekah.
A Apabila
B Kerana
C Sambil
D Semasa
Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar.
A sementara
B malahan
C tatkala
D sambil
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan?
atau
lalu
dan
maka
