Font size
WorksheetsKANUN KESEKSAAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
APAKAH TAFSIRAN 'MAHKAMAH' MENGIKUT KANUN KESEKSAAN
Seorang hakim yang ditetapkan secara rasminya sebagai hakim
Seorang atau sekumpulan hakim yang diberikan kuasa oleh undang-undang bagi bertindak secara kehakiman
Seorang hakim yang diberikan kuasa oleh mahkamah
Sekumpulan hakim yang diberikan kuasa oleh mahkamah
APAKAH KATEGORI HARTA DALAM GAMBAR TERSEBUT?
(a)
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA ALIH
Harta alih termasuk harta zahir dari segala rupa, kecuali tanah dan benda-benda yang bercantum kepada bumi atau dipasang kekal dengan benda yang bercantum dengan bumi
Harta alih termasuk harta zahir dari segala rupa, termasuk tanah dan benda-benda yang bercantum kepada bumi atau dipasang kekal dengan benda yang bercantum dengan bumi
APAKAH YANG DIKATAKAN
"KEDAPATAN SALAH"
Kedapatan yang dmelakukan tindakan yang melanggar hukum
Kedapatan harta dengan jalan yang menyalahi undang-undang, yang orang mendapatnya itu berhak disisi undang-undang
Kedapatan harta dengan jalan yang menyalahi undang-undang, yang orang mendapatnya itu tidak berhak disisi undang-undang
Kedapatan harta dengan niat jahat dan apabila orang yang itu ditahan dengan salah dari apa-apa harta bukan miliknya
APAKAH YANG DITAFSIRKAN PERBUATAN MENGIKUT KANUN KESEKSAAN
Suatu siri ketinggalan serta jua suatu ketinggalan tunggal
Suatu siri perbuatan serta jua suatu perbuatan tunggal
Mens Rea
Actus reus
Apakah yang dikatakan "Bencana" mengikut Kanun Keseksaan
Apa jua kemudaratan yang disebabkan oleh kelalaian atau kecuaian seseorang.
Apa jua kemudaratan kepada tubuh manusia sahaja
Apa jua kemudaratan yang disebabkan menyalahi undang-undang kepada tubuh, akal fikiran, nama baik atau harta seseorang
Kemudaratan kepada nyawa seorang manusia melainkan jika yang berlawanan nampak daripada konteksnya
Berapakah hukuman pemenjaraan untuk "kesalahan tidak serius"
Lebih 10 tahun
Tidak melebihi 5 tahun
10 tahun dan kebawah
Tidak melebihi 10 tahun
Berikut merupakan keadaan bila hak pertahanan persendirian mengenai tubuh termasuk menyebabkan kematian kecuali
Sesuatu serangan dengan niat melakukan rogol
Pecah rumah pada waktu malam
Sesuatu serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii
Sesuatu serangan dengan niat menculik atau melarikan orang
Berikut ialah keadaan bila hak pertahanan persendirian mengenai harta termasuk menyebabkan kematian kecuali..
Suatu serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan kematian akan berakibat dari serangan itu jika hak pertahanan persendirian tidak dijalankan
Rompakan
Pecah Rumah pada waktu malam
Khianat dengan api yang dilakukan keatas bangunan, khemah atau perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau tempat simpan harta
Seseorang adalah dikatakan bersubahat melakukan suatu perkara jika dia melakukan perbuatan berikut kecuali
Menghasut mana-mana orang melakukan perkara itu
Mengarahkan mana-mana orang supaya melakukan perkara itu
Seseorang menyubahati sesuatu kesalahan
Dengan sengaja membantu melakukan perkara itu dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang
Apakah takrif pakatjahat jenayah
Beberapa pihak suci hati melakukan jenayah
Seseorang melakukan sesuatu dengan niat jahat
Apabila seseorang bersetuju melakukan suatu perbuatan menyalahi undang² atau suatu perbuatan tidak menyalahi undang² dengan jalan menyalahi undang²
Apabila dua orang atau lebih bersetuju melakukan suatu perbuatan menyalahi undang² atau suatu perbuatan tidak menyalahi undang² dengan jalan menyalahi undang²
Berapakah jumlah orang yang dikatakan menyertai perhimpunan yang menyalahi undang²
Lebih 2 orang
2 orang atau lebih
Lebih 5 orang
5 orang atau lebih
Apakah yang dikatakan Gaduh gempar mengikut Kanun Keseksaan
Apabila dua orang atau lebih mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di tempat awam
Apabila lima orang atau lebih mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di tempat awam
Apabila dua orang bergaduh dengan niat yang jahat
Apabila lima orang keatas bergaduh dengan niat jahat
Ali tutup suatu lubang dengan kayu dan tanah berumput, dengan niat menyebabkan kematian kepada Bob. Bob yang percaya tanah itu teguh, memijaknya, jatuh dan terbunuh. Apakah kesalahan Ali?
Membunuh orang
Mematikan orang dengan salah
Menyebabkan kematian dengan cuai
Mencuba membunuh orang
Berikut ialah 'Cedera Parah' kecuali
Hilang tenaga kelelakian
Hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata
Hilang sementara pendengaran salah satu telinga
Hilang sesuatu anggota atau sendi
Apakah dikatakan halangan salah
Menghalang dengan salah mana-mana orang secara menahan orang itu keluar dari sesuatu had yang terlingkung
Sesiapa dengan sengaja menggalang mana-mana orang bagi menahan orang itu daripada pergi ke arah mana-mana yang orang itu berhak pergi
Mengurung mana-mana orang dengan salah selama 10 hari
Pengurungan salah selama 3 hari atau lebih
Tandakan 2 jenis penculikan mengikut Kanun Keseksaan
(Terdapat 2 jawapan yang betul, klik kedua2 jawapan tersebut)
Melarikan orang
Penculikan dari Malaysia
Menculik dan melarikan orang
Penculikan dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang
Berikut ialah kesalahan rogol kecuali
Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu
Dengan tiada kerelaan perempuan itu
Dengan kerelaannya, jika masa beri kerelaan itu dia tidak memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan
Dengan kerelaan perempuan diatas umur enam belas tahun
Berikut ialah elemen kesalahan mencuri kecuali
Siapa mengambil secara tidak jujur
Harta yang tidak boleh dialih
Dari milik mana-mana orang tanpa kerelaan org itu
Menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya
Berikut ialah salah satu cara pecah rumah seperti yang termaktub dalam Kanun Keseksaan kecuali
Masuk atau keluar melalui suatu lubang yang dibuat oleh pemilik rumah
Masuk atau keluar melalui mana-mana lubang yang tidak dimaksudkan dimasuki mana-mana orang
Jika dia masuk atau keluar dengan membuka mana-mana kunci bagi maksud melakukan pencerobohan rumah itu
Jika dia masuk atau keluar dengan menggunakan kekerasan jenayah atau melakukan sesuatu serangan
