NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji 3 Perniagaan SPM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan syarikat awam berhad?
Bilangan ahli dua hingga 50 orang
Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan
Pemegang syer menanggung liabiliti tidak terhad
Mempamer Sijil Perakuan Pendaftaran (Borang D)
Mengapakah Encik Mazlan lebih cenderung untuk memiliki syer dalam Syarikat Awam Berhad berbanding dengan Syarikat Sendirian Berhad?
Menanggung liabiliti terhad
Mudah memindah milik syer
Berhak memilih ahli lembaga pengarah
Dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan
Apakah peranan kerajaan negeri?
Menyediakan kemudahan infrastruktur
Mengumpulkan hasil cukai pendapatan
Membangunkan kegiatan ekonomi setempat
Melindungi pengguna daripada penipuan para peniaga
Apakah kesan trend menurun kepada ekonomi negara?
Permintaan barangan pengguna meningkat
Perbelanjaan mengurus perniagaan meningkat
Peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan
Peningkatan kawalan kuantiti pengeluaran produk
Syarikat Kodi Sdn. Bhd. terpaksa menilai semula objektif syarikat ketika wabak COVID-19. Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan?
Kewangan
Pemasaran
Demografi
Undang-undang
Maklumat di bawah berkaitan dengan objektif sebuah restoran masakan kampung.
Restoran D’Lubuk ingin meningkatkan jualan sebanyak 30% dalam masa setahun.
Apakah ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran D’Lubuk?
Realistik
Boleh diukur
Munasabah
Boleh dicapai
Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai?
Berlaku kerugian
Sumber tidak diagih dengan betul
Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai
Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul
Apakah fungsi bahagian kewangan?
Menerima dan menghantar mesej
Menerima dan merekodkan permohonan
Menyediakan penyata pembayaran gaji pekerja
Merancang, menyusun, mengarah dan mengawal penerimaan dan perbelanjaan
Maklumat berikut berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian Z dalam sesebuah organisasi.
Laman web
Blog
Laman sosial seperti Facebook dan Twitter
Apakah bahagian fungsian Z?
Jualan
Pembelian
Pemasaran
Pengeluaran
Pernyataan manakah yang menunjukkan maksud sebenar pengurusan sumber manusia?
Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi
Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi
Syarikat Pembersihan RJ ingin menggunakan lima jentera pemotong rumput dalam tempoh setahun tetapi tidak mahu menanggung kos penyelenggaraan mesin tersebut.
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai digunakan oleh Syarikat Pembersihan RJ?
Pajakan
Ar-Rahnu
Pemfaktoran
Pinjaman bank
Alan menjual air pelbagai perisa di pasar malam. Bagaimanakah dia mendapatkan modal?
Mencagarkan tanah milik ibunya
Menggunakan wang tabung miliknya
Membeli invois dari syarikat pemfaktoran
Mendapatkan pinjaman daripada bank
Apakah jenis sumber pembiayaan yang sesuai untuk perniagaan baru memulakan perniagaan?
Pemfaktoran
Jaminan kredit
Simpanan peribadi
Geran penyelidikan dan pembangunan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri aset semasa?
Aset yang dimiliki oleh perniagaan
Merupakan aset yang tahan lama
Aset yang mudah ditukar kepada tunai
Mempunyai jangka hayat yang melebihi satu tahun
Pernyataan manakah yang benar tentang titik pulang modal?
Kuantiti yang dikeluarkan oleh perniagaan
Tahap pengeluaran yang paling maksimum dikeluarkan
Jumlah hasil yang diterima mencukupi untuk menampung semua kos
Pada tahap ini, perniagaan tidak akan mengalami kerugian yang serius
Mengapakah analisis titik pulang modal sangat penting kepada sesebuah perniagaan?
Menjamin keberuntungan perniagaan
Memastikan produk yang dijual disukai ramai
Memastikan sesebuah perniagaan itu berdaya saing
Membolehkan peniaga merancang pengeluaran untuk memperoleh keuntungan sasaran
Maklumat berikut berkaitan dengan sebab pihak berkepentingan memerlukan penyata kewangan.
Mengukur dan menganalisis kedudukan kewangan
Mengukur keuntungan semasa
Mengukur potensi perniagaan pada masa hadapan
Siapakah pihak berkepentingan tersebut?
Pelabur
Pembiaya
Pelanggan
Pemegang saham
Situasi manakah yang menunjukkan usahawan yang memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif?
Puan Yasmin yakin dengan pasaran baharu
Encik Lai mengeluarkan syampu rambut minyak kelapa
Encik Harun tabah menghadapi risiko perniagaan
Cik Shuhadah mengeluar produk mengikut keperluan pelanggan
Borang manakah yang perlu digunakan untuk memohon carian nama bagi perniagaan milikan tunggal?
Borang A
Borang B
Borang PNA1
Borang PNA42
Pernyataan manakah yang benar tentang fungsi resit?
Menyatakan jumlah bayaran
Menyatakan jumlah penerimaan
Bertindak sebagai invois tambahan
Sebagai bukti bayaran telah diterima
Perniagaan manakah yang boleh diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016?
Rohan Trading
Rabiatul Enterprise
Sulizawati & Rakan Trading
Baby Tone Sendirian Berhad
Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan untuk tujuan pengiraan cukai?
Pemiutang
Para pelabur
Pihak kerajaan
Institusi kewangan
Apakah yang dimaksudkan dengan “Angkutan dibayar”?
Kos angkutan termasuk dalam harga barang
Kos angkutan tidak termasuk dalam harga barang
Kos angkutan dikenakan secara berasingan
Pembekal akan membayar kos angkutan yang dikenakan
Harun menjual kain secara dalam talian dan hanya berhubung dengan pelangannya melalui media sosial.
Apakah cara agihan yang digunakan oleh Harun?
Menjalankan perniagaan di premis tetap
Menjalankan perniagaan tanpa premis tetap
Menjalankan perniagaan menggunakan orang tengah
Menjalankan perniagaan menggunakan pembeli peribadi
Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.
Ditubuhkan dengan konsep ‘milik bersama'
Ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu
Aktiviti tidak berunsurkan politik
Perniagaan manakah yang mempunyai ciri tersebut?
Agrobank
Pasar Raya Sakura
Koperasi Pekebun Kecil
Percetakan Heng Sdn. Bhd.
