NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji 8 Perniagaan SPM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Tujuan visi, misi dan objektif ialah ?
Panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan yang diambil
panduan untuk mendapat keuntungan yang tinggi
panduan dalam menuju kejayaan
panduan ke hati awak
Visi ialah ?
Penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang
merupakan pembentukan matlamat yang lebih khusus
penetapan kejayaan sesebuah syarikat
Misi ialah ?
merupakan panduan matlamat yang lebih khusus
sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi
merupakan satu penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
pemacu kepada pencapaian dan kesinambungan sesebuah organisasi perniagaan
Apakah peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu perniagaan?
Menggubal undang-undang berkaitan perniagaan
Menguruskan urusan berkaitan lesen perniagaan di kawasan perumahan
Menguruskan urusan berkaitan cukai pintu premis perniagaan
Menubuhkan perbadanan perniagaan negeri
Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?
Pengilangan dan pembuatan
Perkhidmatan Awam
Pembalakan
Pembinaan
Isu yang manakah yang perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?
Isu negara
Isu serantau
Isu dua hala
Isu tempatan
Apakah tujuan penetapan visi perniagaan?
Meningkatkan keuntungan
Mengenal pasti peluang perniagaan
Menggambarkan pencapaian yang khusus
Merancang matlamat jangka masa panjang
Pernyataan objektif "Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 3 tahun".
Nyatakan SMART yang ada dalam pernyataan objektif.
Boleh diukur dan spesifik
Munasabah dan jangkamasa
Boleh diukur dan jangkamasa
Munasabah dan boleh diukur
Apakah kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang sesuai?
Berlaku kerugian
Sumber tidak diagih dengan betul
Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai
Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul
Manakah tujuan bahagian fungsian pengagihan?
Memastikan pembekal mematuhi prosedur pembekalan
Memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang diterima
Memastikan organisasi membuat bayaran yang tepat kepada pembekal
Memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh pengguna
Penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah perniagaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat global.
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat?
Membuat promosi melalui radio dan surat khabar
Membina laman web untuk memperkenalkan barang
Menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang
Mengambil lebih ramai pekerja untuk memeasarkan barang
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan malar
Apakah maksud deflasi?
Satu keadaan di mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat
Satu keadaan kejatuhan harga barang atau perkhidmatan yang berterusan
Satu fenomena kekurangan barang atau perkhidmatan di dalam pasaran
Satu situasi di mana harga barang atau perkhidmatan meningkat mendadak
Antara berikut, yang manakah kelebihan pengambilan pekerja dari luar organisasi?
Pekerja memerlukan program induksi
Pekerja memerlukan masa untuk menyesuaikan diri
Organisasi memperoleh idea baharu daripada pekerja
Organisasi mengeluarkan kos yang tinggi untuk perekrutan pekerja
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan maklumat dalam perniagaan kecuali
e-pemasaran
e-dagang
e-operasi
e-banking
Majikan memberi ganjaran kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan berdasarkan jumlah jualan yang dilakukan oleh pekerja.
Apakah jenis faedah kepada pekerja?
Komisen
Ganjaran
Gaji pokok
Bonus tunai
Gambar di bawah merujuk kepada jenis sumber teknologi.
Apakah sumber teknologi tersebut?
Produk siap
Lesen perisian
Harta intelek
Peralatan teknologi dan maklumat
Skim pembiayaan berikut disediakan oleh sebuah agensi kerajaan.
- Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
- Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
Apakah agensi tersebut?
MOSTI
TEKUN
MARA
AGROBANK
Apakah stok bergerak perlahan?
Stok yang sedia untuk dijual
Stok yang disimpan dalam gudang
Stok yang dapat dijual dengan segera
Stok yang mengambil masa untuk dijual
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen perniagaan.
- Dokumen ini dikeluarkan sebagai bukti penerimaan dan pembayaran telah dijelaskan.
Apakah dokumen tersebut?
Resit
Invois
Bil tunai
Memo
Salah satu kaedah promosi adalah menyalurkan maklumat sesuatu produk dan perkhidmatan melalui media massa.
Apakah kaedah tersebut?
Promosi Jualan
Pengiklanan
Publisiti
Jualan langsung
Apakah rancangan perniagaan?
Dokumen yang merekodkan urus niaga perniagaan sama ada secara tunai atau kredit
Dokumen yang mengandungi catatan penerimaan dan pembayaran yang dilakukan
Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti jual beli yang dilakukan
Dokumen yang menerangkan maklumat perniagaan secara menyeluruh
Rajah di atas menunjukkan campuran pemasaran.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?
Pembungkusan penting agar barang tahan lama
Barang perlu diedarkan ke merata tempat
Pengiklanan perlu untuk meningkatkan jualan
Kos yang tinggi akan merugikan peniaga
Pernyataan manakah benar tentang tanggungjawab antara perniagaan dan syarikat.
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh pemegang syer
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh pelabur
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh rakan kongsi
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh lembaga pengarah
Maklumat berikut berkaiatan dengan sejenis sumber pembiayaan.
Sewa beli
Overdraf
Gadaian
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Sumber pembiayaan luaran
Sumber pembiayaan dalaman
Sumber pembiayaan bank
Sumber pembiayaan agensi kerajaan
