wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.
Perniagaan bermaksud aktiviti...
a)
menjaga kebajikan masyarakat
b)
memperoleh keuntungan maksimum
c)
menyediakan barang dan perkhidmatan
d)
melibatkan urus niaga jual beli antara penjual dan pembeli
2.
Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dan pembeli dikenal sebagai...
a)
konsep asas perniagaan
b)
konsep asas keuntungan
c)
konsep pemilikan perniagaan
d)
konsep penawaran dan permintaan
3.
Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak dalam perniagaan?
a)
Keperluan - susah dipenuhi
Kehendak  - mudah dapat dan dipenuhi
b)
Keperluan - untuk meneruskan kehidupan
Kehendak - untuk hidup lebih selesa
c)
Keperluan - dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
Kehendak - tidak dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
d)
Keperluan - barang yang tidak semestinya perlu
Kehendak - barang yang semestinya perlu
4.
Aktiviti perniagaan terbahagi kepada aktiviti berasaskan barang dan aktiviti berasaskan perkhidmatan. Pilih pernyataan yang betul.
a)
Aktiviti berasaskan barang - Kembara Travel & Tour Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Butik Jahit dan Sulaman Nadia
b)
Aktiviti berasaskan barang - Kilang perabot Siva Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kilang Elektrik Infineon Melaka
c)
Aktiviti berasaskan barang - kilang Kopi ah Long Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Pusat Tuisyen Akademik Kasturi
d)
Aktiviti berasaskan barang - Kedai Gunting Rambut Moorthy
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kedai Dobi Fast Enterprise
5.
Tujuan perniagaan adalah...
a)
meningkatkan taraf hidup masyarakat
b)
menawarkan barang dan perkhidmatan
c)
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
d)
memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama
6.
Gambar menunjukkan sebuah organisasi bukan bermotifkan untung menawarkan barang dan perkhidmatan.
Ini menunjukkan Nusa's Malaysia menawarkan barang dan perkhidmatan ...
a)
secara percuma
b)
pada harga kos
c)
pada harga di bawah kos
d)
secara sumbangan masyarakat
7.
Susun langkah-langkah dalam prosedur pendaftaran penubuhan perniagaan selepas langkah mengisi Borang Carian Nama.
I   Mengisi Borang A
II  Membuat pembayaran
III Mendapatkan Borang D
IV Hantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
a)
I --> II --> III --> IV
b)
I --> IV --> II --> III
c)
IV --> I --> III --> II
d)
IV --> I --> II --> III
8.
Gambar yang berikut menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.
Mengapakah Siti memilih membuka perniagaan tersebut?
a)
Perniagaan tidak berterusan
b)
Diuruskan secara berseorangan
c)
Saiz kecil dan mudah diuruskan
d)
Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
9.

Nyatakan sumber fizikal

a)

bangunan

b)

harta intelek

c)

lesen perisian

d)

paten

10.

apakah faedah yang diberi kepada pekerja?

a)

gaji

b)

elaun

c)

kwsp

11.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang koperasi?

a)

Kawalan secara autokratik

b)

Menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Pulangan syer dalam bentuk elaun

d)

Semua anggota berhak membuat keputusan

12.

Pernyataan manakah yang tepat menerangkan visi perniagaan?

a)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Penilaian organisasi secara spesifik

d)

Tujuan penubuhan organisasi

13.

Apakah tindakan yang wajar diambil jika perniagaan gagal mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan?

a)

Memberhentikan pekerja yang tidak efisyen

b)

Mencipta matlamat dan objektif baharu

c)

Mengurangkan kos pengeluaran

d)

Mengurangkan gaji pekerja

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.


Dua atau lebih syarikat membentuk satu perikatan yang bertujuan untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam tempoh tertentu.


Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Koperasi

c)

Usaha sama

d)

Perkongsian

15.

Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.


EN. Ali seorang nelayan terpaksa berhenti menangkap ikan semasa musim tengkujuh kerana ombak bergelora.


Pengangguran di atas dikenali sebagai

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran bermusim

16.

Berikut menunjukkan campuran pemasaran


PRODUK

X

HARGA

PROMOSI


Apakah X?

a)

Kos

b)

Agihan

c)

Jualan

d)

Penawaran

17.

Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa?

a)

MARA

b)

MARDI

c)

FELDA

d)

MATRADE

18.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk perniagaan

· Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

· Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak

a)

Kontrak Pengeluaran

b)

Usaha sama

c)

Syarikat Sendirian berhad

d)

Francais

19.

Antara yang berikut, perniagaan manakah merupakan perniagaan milikan tunggal?

a)

Dorayaki Enterprise

b)

Klinik Kwok & Rakan-Rakan

c)

Syarikat Gemilang Sdn. Bhd

d)

Koperasi Kampung Kapur

20.

Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang tidak terhad.

a)

Rakan kongsi nominal

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi aktif