WorksheetsSejarah Bab 2 tingkatan 5
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut, yang manakah merupakan teras pemerintahan sebuah negara?
Raja
Rakyat
Kerajaan
Perlembagaan
Apakah bentuk pemerintahan di negara kita sebelum kedatangan British?
Pemerintahan beraja
Pemerintahan republik
Pemerintahan demokrasi
Pemerintahan ketua bebas
British memperkenalkan undang-undang Charter of Justice di Negeri-Negeri Selat. Di manakah undang-undang tersebut digubal?
India
England
Singapura
Kuala Lumpur
Siapakah yang mempengerusikan Majlis Tertinggi Sarawak pada tahun 1956?
Gabenor
Ketua Menteri
Residen Jeneral
Pesuruhjaya Tinggi British
Apakah kandungan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Kewarganegaraan
kewangan negara
Adat istiadat diraja
Kuasa Raja Melayu
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan
Charter of Justice
Model Westminster
Hukum Kanun Melaka
Undang0Undang Perak 99
Mesyuarat Majlis Negeri Perak yang pertama diadakan pada tahun 1877. Apakah peranan Majlis Negeri Perak?
memilih sultan
mengutip cukai
melantik pembesar
menggubal undang-undang
Kini Melaka menjadi salah satu negeri yang tidak beraja. Siapakah yang menjadi ketua agama Islam di negeri tersebut?
Ketua Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Mahkamah Syariah Melaka
Pengarah Jabatan Agama Islam
Apakah tugas Mahkamah Tinggi Borneo?
melantik Ketua Hakim Negara
menggubal perlembagaan Sabah dan Sarawak
menangani pertikaian dengan Kerajaan Persekutuan
menguruskan soal kehakiman di Sabah dan Sarawak
Apakah kesan Pindaan Perlembagaan 1965?
Pemisahan Singapura
Pembentukan Mahkamah Atasan
Pelantikan Yang di-Pertuan Negeri
Pengenalan jawatan Ketua Hakim
