wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL CEMERLANG GEOGRAFI TING 5 SPM

Total questions: 73

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

*Kayu keras

*Dirian tulen


Maklumat di atas adalah ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan hutan.


Apakah kawasan hutan tersebut?

a)

Hutan konifer

b)

Hutan hujan tropika

c)

Hutan monsun tropika

d)

Hutan mediterranean

2.

*Rubah

*Beruang kutub


Bagaimanakah haiwan di atas dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

a)

Berbulu tebal

b)

Berwarna cerah

c)

Berdarah sejuk

d)

Berubah warna

3.

Mengapakah tumbuh-tumbuhan lantai Hutan Monsun Tropika lebih padat daripada Hutan Hujan tropika?

a)

Spesies hidupan liar berkurang

b)

Bekalan karbon dioksida banyak

c)

Hujan sampai terus ke permukaan bumi

d)

Tumbuhan bahagian lantai hutan menerima pancaran matahari

4.

*Dirian tulen

*Tiga lapisan

*Lantai hutan padat


Maklumat di atas menerangkan keadaan hutan di kawasan

a)

Siberia dan Mongolia

b)

Thailand dan Myanmar

c)

Kanada dan Amerika Syarikat

d)

Lembangan Amazon dan Lembangan Congo

5.

Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dalam ekosistem?

a)

Melindungi kawasan terumbu karang

b)

Melindungi haiwan daripada pengurai

c)

Membentuk habitat kepada hidupan liar

d)

Membekalkan makanan kepada pengguna primer

6.

Apakah kepentingan komponen abiotik dalam ekosistem?

a)

Membekalkan sumber makanan

b)

Menyediakan habitat fauna

c)

Mengurangkan hakisan

d)

Menghasilkan nutrien

7.

*Jenis xerofit

*Bijih benih tebal dan keras


Maklumat di atas mungkin sekali dapat dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan

a)

Hutan monsun tropika

b)

Padang rumput steppe

c)

Hutan konifer

d)

Gurun panas

8.

*Ash

*Mapple

*Sakura


Contoh tumbuh-tumbuhan semula jadi di atas boleh ditemui di kawasan

a)

Hutan konifer

b)

Hutan monsun tropika

c)

Padang rumput savana

d)

Hutan daun luruh sederhana

9.

Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dalam foto di atas mungkin sekali boleh dikaitkan dengan

a)

Hutan mediterranean

b)

Padang rumput steppe

c)

Hutan konifer

d)

Monsun tropika

10.

Apakah lapisan yang mewakili lapisan renjong?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

11.

Apakah keistimewaan Hutan Hujan Tropika berbanding tumbuh-tumbuhan semula jadi yang lain di dunia?

a)

Berkayu lembut

b)

Menyerap gas oksigen

c)

Mampu menahan hakisan pantai

d)

Habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna

12.

Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada persekitarannya dalam ekosistem Hutan Hujan Tropika?

a)

Sumber bahan mentah

b)

Meningkatkan eksport

c)

Peluang pekerjaan

d)

Siratan makanan

13.

*Epifit

*Liana


Apakah jenis tumbuhan dalam pernyataan di atas?

a)

Pokok berkayu keras

b)

Pokok renek yang menumpang

c)

Tumbuhan menjalar di lantai hutan

d)

Pokok beracun dalam hutan monsun tropika

14.

Antara berikut yang manakah iklim bagi zon panas?

a)

Iklim steppe

b)

Iklim savana

c)

Iklim tundra

d)

Iklim Laurentia

15.

Apakah faktor yang menyebabkan kawasan beriklim Khatulistiwa menerima jumlah hujan yang tinggi?

a)

Pancaran matahari

b)

Kawasan tanah tinggi

c)

Pengaruh angin monsun

d)

Menghadap lautan hindi

16.

*Panas dan lembap sepanjang tahun

*Hujan sepanjang tahun

*Julat suhu tahunan kecil


Mengapakah Malaysia mempunyai ciri-ciri iklim sedemikian?

a)

Kecondongan paksi bumi

b)

Bentuk muka bumi yang pelbagai

c)

Pergerakan bumi dalam sistem suria

d)

Kedudukan berhampiran garisan Khatulistiwa

17.

Apakah punca berlakunya fenomena jerebu di Malaysia?

a)

Penggunaan baja kimia

b)

Pembakaran kawasan hutan

c)

Pembakaran bahan api fosil

d)

Pembakaran gas klorofluorokarbon

18.

*Terletak di latitud 65 U - 90 U dan 65 S - 90 S

*Kerpasan sekitar 250 mm hingga 300 mm setahun


Maklumat di atas boleh dikaitkan dengan zon iklim

a)

Panas

b)

Sederhana panas

c)

Sederhana sejuk

d)

sejuk

19.

Antara berikut, iklim manakah yang termasuk dalam zon iklim sejuk sederhana?

a)

Iklim tundra

b)

Iklim laurentia

c)

Iklim khatulistiwa

d)

Iklim mediterranean

20.

Mengapakah aktiviti pertanian di kawasan iklim sejuk sederhana pantai barat perlu menanam mengikut sistem penggiliran?

a)

Permintaan yang berbeza

b)

Mengelakan hakisan tanih

c)

Mengekalkan kesuburan tanih

d)

Memperbanyakkan jenis tanaman

21.

Mengapakah aktiviti perlancongan boleh dijalankan sepanjang tahun di Mlaaysia?

a)

Suhu yang sederhana

b)

Jaringan pengangkutan yang padat

c)

Kemudahan infrastruktur yang lengkap

d)

Menerima pancaran matahari sepanjang tahun

22.

Antara berikut, manakah lokasi zon panas sederhana?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Antara berikut, yang manakah mewakili iklim Khatulistiwa?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

24.

Mengapakah aktiviti pembalakan di Kanada dijalankan pada musim sejuk?

a)

Getah pokok beku

b)

Persekitaran lebih selesa

c)

Lebih ramai tenaga buruh

d)

Kerja-kerja mengangkut pokok lebih mudah

25.

Apakah fenomena cuaca yang sering dialami oleh kawasan dalam foto di atas?

a)

Kemarau

b)

Pulau haba

c)

Kesan rumah hijau

d)

Penipisan lapisan ozon

26.

Apakah kesan jerebu kepada manusia?

a)

Tanaman musnah

b)

Jarak penglihatan terhad

c)

Kanser kulit

d)

Kejadian banjir

27.

Apakah usaha yang dilakukan di peringkat global untuk mengatasi masalah kesan rumah hijau?

a)

Menjalankan aktiviti pertanian

b)

Menggunakan tenaga mesra alam

c)

Mengurangkan pembinaan kilang

d)

Menggalakkan usahasama industri

28.

Petunjuk arah angin boleh diletakkan di

a)

Atas bumbung bangunan

b)

Sebelah bangunan tinggi

c)

Antara rumah pangsa

d)

Bawah pokok

29.

Jadual di atas menunjukkan suhu bulanan dari bulan Januari hingga Jun di Stesen Y. Berapakah julat suhu bagi bulan Januari hingga Jun di Stesen Y?

a)

3 darjah celcius

b)

4 darjah celcius

c)

5 darjah celcius

d)

6 darjah celcius

30.

Rajah di atas menunjukkan mawar angin mudah. Apakah yang digambarkan oleh angka 5 dalam bulatan?

a)

Bilangan hari tenang

b)

Tarikh angin bertiup

c)

Jumlah hari angin bertiup

d)

Angin bertiup dari arah barat

31.

*Tekanan udara yang sangat rendah berpunca daripada kepanasan di laut.


Berdasarkan pernyataan di atas, apakah fenomena yang berlaku?

a)

Banjir

b)

Taufan

c)

El Nino

d)

Banjir kilat

32.

Berdasarkan simbol di atas, apakah keterangan yang BENAR tentang kelajuan angin?

a)

Tenang

b)

Taufan

c)

Angin kuat

d)

Bayu kencang

33.

Foto di atas menunjukkan fenomena cuaca. Apakah langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah yang berpunca dari fenomena cuaca tersebut?

a)

Menyelenggara sistem perparitan

b)

Menguatkuasa undang-undang

c)

Menjaga keselamatan mangsa

d)

Menyediakan peralatan menyelamat

34.

*Menyediakan sistem amaran

*Pemantauan satelit


Maklumat di atas berkaitan dengan langkah menghadapi fenomena cuaca

a)

Taufan

b)

Kemarau

c)

Hujan asid

d)

Pulau haba

35.

Apakah maklumat yang menerangkan tentang iklim?

a)

Jumlah hujan tahunan

b)

Fenomena musim panas

c)

Keadaan semasa atmosfera

d)

Data cuaca yang dikumpul selama 25 tahun

36.

*Suhu sekitar 32 darjah celcius

*Hujan dijangka turun lewat petang


Maklumat di atas adalah berkait dengan

a)

Cuaca

b)

Iklim

c)

Suhu

d)

Hujan

37.

Apakah aktiviti ekonomi yang berkait rapat dengan maklumat cuaca semasa?

a)

Perikanan

b)

Perbankan

c)

Perindustrian

d)

Ekopelancongan

38.

*Pergerakan udara

*Direkod mengikut arah


Maklumat di atas dapat dikaitkan dengan unsur cuaca

a)

Suhu

b)

Hujan

c)

Angin

d)

Kelembapan udara

39.

Apakah nama alat yang digunakan untuk merekod data hujan?

a)

Anemometer

b)

Barometer

c)

Tolok hujan

d)

Rajah mawar

40.

Apakah faktor semula jadi yang menyebabkan kejadian banjir berlaku di kawasan pantai timur khususnya pada setiap akhir tahun?

a)

Aktiviti pembalakan

b)

Masalah sistem perparitan

c)

Hujan lebat yang berterusan

d)

Permukaan jalan yang berturap

41.

Apakah faktor manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir di kawasan bandar?

a)

Kejadian tsunami

b)

Hujan lebat berterusan

c)

Pembangunan petempatan

d)

Sistem perparitan yang tersumbat

42.

Maklumat di bawah menunjukkan kesan fenomena cuaca yang berlaku di India.


*Kira-kira 500 juta penduduk terjejas

*Kawasan terlibat seperti Tamil Nadu dan Rajasthan


Apakah fenomena cuaca yang dapat dikaitkan dengan maklumat di atas?

a)

Banjir

b)

Taufan

c)

Kemarau

d)

Pulau haba

43.

Apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan kemarau di sesetengah kawasan di dunia?

a)

Menanam tanaman di dalam rumah hijau

b)

Menyediakan sistem amaran awal

c)

Membina lebih banyak empangan

d)

Meneroka air bawah tanah

44.

Apakah agensi yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang melibatkan bencana negara?

a)

NADMA

b)

MET

c)

KKM

d)

PBT

45.

Apakah contoh negara di Asia Tenggara yang sering mengalami kejadian taufan yang kuat?

a)

Malaysia dan Thailand

b)

Mongolia dan Tukmenistan

c)

Filipina dan Vietnam

d)

Afrika Selatan dan Botswana

46.

Apakah kesan penerokaan petroleum terhadap alam sekitar?

a)

Jerebu

b)

Pulau haba

c)

Hujan asid

d)

Pencemaran air

47.

Apakah kesan pembinaan empangan hidroelektrik terhadap alam sekitar?

a)

Banjir kilat

b)

Suhu persekitaran meningkat

c)

Kemusnahan habitat hidupan liar

d)

Pengurangan gas karbon dioksida

48.

Antara yang berikut, manakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan sumber petroleum?

a)

Berkongsi kereta

b)

Membina jalan raya bertingkat

c)

Menggunakan petrol berplumbum

d)

Menggunakan pengangkutan awam

49.

Antara yang berikut, manakah sebab utama pencemaran air laut dalam penerokaan petroleum?

a)

Kebocoran saluran paip

b)

Perlanggaran kapal tangki

c)

Kemalangan lori tangki minyak

d)

Pembebasan asap kilang petrokimia

50.

*Kawasan darat berubah menjadi tasik


Antara yang berikut, manakah yang menjadi punca perubahan pandang darat di atas?

a)

Pembinaan empangan

b)

Kegiatan pembalakan

c)

Penerokaan petroleum

d)

Perlombongan arang batu

51.

Bagaimanakah pembinaan empangan menyebabkan berlakunya gangguan terhadap ekosistem?

a)

Kepupusan hidupan

b)

Kekurangan sumber air

c)

Peningkatan suhu bumi

d)

Gegaran dan bunyi bising

52.

Apakah langkah untuk mengurangkan pergantungan terhadap sumber petroleum?

a)

Mengitar semula

b)

Mengurangkan eksport

c)

Mencari sumber alternatif

d)

Mempelbagaikan penggunaan

53.

Apakah kesan aktiviti dalam foto di atas kepada kawasan persekitarannya?

a)

Pencemaran air berlaku

b)

Hidupan akuatik pupus

c)

Kos baikpulih meningkat

d)

Kawasan perlancongan tercemar

54.

Apakah kesan pendedahan bahan radioaktif kepada manusia?

a)

Berlaku mutasi pada genetik

b)

Kekurangan zat makanan

c)

Pencemaran air berlaku

d)

Sesak nafas dan asma

55.

*Penggondolan hutan

*Aliran air terganggu


Maklumat di atas boleh dikaitkan dengan kesan

a)

Perlombongan arang batu

b)

Penerokaan petroleum

c)

Pembinaan empangan

d)

Pemprosesan bahan uranium

56.

*Kerteh

*Miri


Kedua-dua kawasan di atas sering mengalami pencemaran udara kesan daripada aktiviti

a)

Pembakaran hutan

b)

Pemprosesan petroleum

c)

Kilang pemprosesan makanan

d)

Pembakaran jerami dan sekam

57.

Mengapakah pengurusan sumber tenaga yang efektif penting kepada ekonomi sesebuah negara?

a)

Menjamin gaya hidup sihat

b)

Memastikan alam sekitar terpelihara

c)

Menjimatkan penggunaan sumber sedia ada

d)

Memastikan flora dan fauna tidak mengalami kepupusan

58.

Apakah kesan aktiviti perlombongan arang batu seperti foto di atas kepada alam sekitar?

a)

Kesan rumah hijau

b)

Kejadian banjir kilat

c)

Perubahan landskap

d)

Perubahan laluan angin

59.

Apakah kesan kebergantungan sumber tenaga tidak boleh baharu kepada sesebuah negara?

a)

Bekalan sumber akan kehabisan

b)

Aktiviti sumber semakin meningkat

c)

Pencemaran alam sekitar boleh dikurangkan

d)

Sumber tenaga dibekalkan secara berterusan

60.

Apakah peranan PETRONAS terhadap pengurusan sumber tenaga lestari di Malaysia?

a)

Meningkatkan eksport petroleum

b)

Mencari pasaran baru di luar negara

c)

Menambahkan jumlah pelantar minyak baru

d)

Menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan

61.

Bagaimanakah langkah-langkah penjimatan sumber tenaga boleh dilakukan di tempat kediaman Umar?

a)

Menggunakan dapur kayu

b)

Membasuh menggunakan muatan kecil

c)

Memperbanyakkan tingkap untuk pengcahayaan semula jadi

d)

Menggunaan banyak peralatan elektrik untuk kerja-kerja rumah

62.

Apakah contoh sumber tenaga boleh baharu?

a)

Gas asli

b)

Petroleum

c)

Hidrogen

d)

Arang batu

63.

Apakah ciri-ciri sumber tenaga tidak boleh baharu?

a)

Boleh digunakan semula

b)

Sumber yang akan kehabisan

c)

Terbentuk jutaan tahun yang lalu

d)

Tidak mencemarkan alam sekitar

64.

* Bahan mendapan mudah terbakar

* Digunakan untuk industri besi dan keluli


Maklumat di atas dapat dikaitkan dengan

a)

Gas ali

b)

Arang batu

c)

Hidrogen

d)

Petroleum

65.

* Haba dari bawah permukaan bumi

* Menggunakan wap panas untuk memutarkan turbin


Sumber tenaga yang dapat dikaitkan dengan maklumat di atas ialah

a)

Nuklear

b)

Biojisim

c)

Angin

d)

Geoterma

66.

Sumber tenaga biojisim adalah

a)

Geiser

b)

Sisa tanaman

c)

Najis haiwan

d)

Sisa makanan

67.

Apakah gas yang dihasilkan oleh sumber biojisim?

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Metana

d)

Hidrogen

68.

Apakah kegunaan lain tenaga angin?

a)

Mengisar gandum

b)

Menggerakkan kenderaan

c)

Mengepam air dari perigi

d)

Melebur besi dan keluli

69.

Mengapakah negara Perancis menggunakan ombak sebagai sumber tenaga di negara tersebut?

a)

Mempunyai kawasan geiser

b)

Sering mengalami ribut taufan

c)

Lokasi di kawasan pinggir laut

d)

Mempunyai kawasan yang berteluk

70.

Mengapakah teknologi tenaga hidrogen dimajukan sebagai sumber alternatif menggantikan petroleum di Denmark dan Jerman?

a)

Mesra alam

b)

Menjimatkan kos

c)

Ramai tenaga buruh

d)

Banyak bahan mentah

71.

Mengapakah usaha penggantian sumber tenaga berasaskan bahan api fosil kepada sumber tenaga boleh baharu semakin mendapat perhatian?

a)

Penemuan mineral baru

b)

Kos pengendalian murah

c)

Bekalan sumber berterusan

d)

Kemajuan industri petrokimia

72.

Dimanakah lokasi penjanaan tenaga biojisim dijalankan?

a)

Filipina

b)

China

c)

Iceland

d)

Perancis

73.

Apakah kepentingan penerokaan sumber petroleum kepada sosioekonomi negara Brunei?

a)

Meningkatkan harga petroleum

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Meluaskan kawasan jajahan sumber

d)

Menjadi kawasan pelabuhan utama Asia