Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Puasa 1/2013

Total questions: 70

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Maksud puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh ……………………….. puasa.

a)

membatalkan

b)

menambahkan

c)

mengurangkan

d)

memudarkan

2.

Puasa mula disyariatkan pada

a)

10 Sya'ban tahun ke 2 hijrah

b)

1 Syawal tahun ke 2 hijrah

c)

12 Rabiul awwal tahun ke 3 hijrah

d)

15 Syawal tahun ke 3 hijrah

3.

Puasa merupakan rukun Islam ke

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

4.

Berikut adalah jenis-jenis puasa yang termasuk dalam kategori puasa wajib, kecuali

a)

Ramadhan

b)

Hari Arafah

c)

Kafarah

d)

Nazar

5.

Berikut adalah antara syarat wajib puasa kecuali….

a)

Islam

b)

Baligh

c)

Mualaf

d)

Berakal

6.

Pada bulan Ramadhan setiap orang mesti membayar zakat …...

a)

harta

b)

fitrah

c)

emas dan galian

d)

perniagaan

7.

Berikut adalah perkara-perkara yang membatalkan puasa kecuali….

a)

makan dan minum dengan sengaja

b)

keluar haid

c)

mandi secara berlebihan

d)

memasukkan sesuatu ke dalam rongga

8.

Apakah solat yang khusus dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja ..

a)

Tahajud

b)

Witir

c)

Istikharah

d)

Terawih

9.

Berikut adalah syarat sah puasa ….

a)

Mumaiyiz

b)

Berakal

c)

Niat pada waktu malam

d)

bersahur

10.

Perkara yang termasuk dalam rukun puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dan ………………………...

a)

niat puasa

b)

solat

c)

baca al quran

d)

sedekah

11.

Antara perkara sunat puasa ialah …..

a)

merasai makanan dengan lidah

b)

segera berbuka puasa apabila masuk waktu

c)

berkumur-kumur secara berlebihan

d)

suci daripada haid dan nifas

12.

Mengerjakan semula puasa yang tidak sah, yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada hari lain adalah maksud bagi ……..

a)

Fidyah puasa

b)

Qada puasa

c)

Kifarat puasa

d)

Hikmah puasa

13.

Golongan yang berhak menerima zakat dikenali sebagai …………… zakat.

a)

anbia'

b)

asnaf

c)

wali

d)

asi

14.

Puasa enam pada bulan Syawal hukumnya

a)

wajib

b)

makruh

c)

sunat

d)

haram

15.

Hamadi berpuasa Ramadhan tetapi tidak melakukan solat kerana malas, adakah sah puasa beliau?

a)

Ya

b)

Tidak

16.

Berikut adalah hikmat berpuasa kecuali....

a)

melatih diri supaya bersifat sabar, jujur dan ikhlas

b)

menimbulkan keinsafan dan belas kasihan kepada orang miskin

c)

memberikan kerehatan kepada sistem penghadaman

d)

jiwa dan perasaan sentiasa gelisah

17.
Puasa adalah  tanda syukur atas nikmat Allah sebagai hambaNya.
a)
BETUL
b)
SALAH
18.
Sesungguhnya puasa menyebabkan seseorang semakin malas untuk beribadat.
a)
BETUL
b)
SALAH
19.
Pilih hukum puasa bagi situasi di bawah.
Amru tetap meneruskan puasanya walaupun dia telah pitam semenjak jam 5.50 pagi sehingga jam 7.00 petang kerana tidak sihat.
a)
SAH
b)
BATAL
20.
Pilih hukum puasa bagi situasi di bawah.
Aina berpuasa pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
a)
SAH 
b)
BATAL
21.

Niat puasa di bulan Ramadhan

a)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

b)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ شَعْبَانَ لِلهِ تَعَالَى

22.

Nyatakan pengertian puasa mengikut hukum syarak

a)

Menahan diri daripada makan dan minum

b)

Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

c)

Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

23.

Waktu tamat untuk bersahur dikenali sebagai waktu

a)

imsak

b)

subuh

c)

fajar

24.

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa

a)

termakan sedikit kuih

b)

kentut dengan sengaja

c)

minum sedikit air

d)

bercakap bohong

25.

Antara berikut yang manakah bukan syarat wajib puasa

a)

Islam

b)

berakal

c)

suci dari haid

d)

niat puasa

26.

Apakah hukum mengorek hidung pada siang hari di bulan Ramadhan

a)

Sah puasa

b)

Batal puasa

c)

Harus puasa

27.

Apakah dalil/ayat al-Quran menceritakan tentang Ramadhan?

a)

Surah al baqarah ayat 185

b)

Surah al qadr

c)

Surah al alaq

d)

Surah al baqarah 186

28.

Apakah dalil kewajipan puasa pada bulan Ramadhan?

a)

Surah ali-imran ayat 110

b)

Surah al baqarah ayat 183

c)

Surah an nisa ayat 90

d)

Surah al baqarah ayat 203

29.

Apakah keistimewaan bulan Ramadhan (jawapan lebih dari satu)

a)

Bulan diturunkan al-Quran

b)

Terdapat malam lailatul qadar

c)

Memperoleh taqwa

d)

Dapat melaksanakan ibadah yang lebih banyak

30.

Apakah amalan yang dilakukan Rasulullah pada bulan ramadhan? (Jawapan lebih dari satu)

a)

Membaca al-quran

b)

Solat terawih

c)

Bersedekah

d)

Qiamulail

31.

Apakah hikmah terbesar disyariatkan berpuasa?

a)

Dapat pahala

b)

Sebagai memenuhi rukun islam

c)

Untuk menyatukan orang islam

d)

Untuk memperoleh taqwa

32.

"Memberi makan org yang berpuasa" adalah amalan yang boleh dilakukan pada bulan Ramadhan. Apakah ganjaran yang diperoleh dari amalan tersebut?

a)

Dapat melatih sikap saling bekerjasama

b)

Dapat belajar skill memasak

c)

Memperoleh ganjaran pahala sama seperti org yang berpuasa

d)

Memupuk rasa ambil berat pada orang lain

33.

Hukum berpuasa di bulan Ramadhan keatas umat islam yang cukup syarat-syaratnya

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Wajib

d)

Sunat muaakad

34.

Antara perkara yang membatalkan puasa

a)

Termakan kuih

b)

Tidur sepanjang hari

c)

Minum ubat

d)

Minum tanpa sengaja

35.

Antara berikut, yang manakah bukan syarat wajib puasa?

a)

Islam

b)

kaya

c)

Berakal

d)

Baligh

36.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke ____ mengikut kalendar hijrah

a)

9

b)

10

c)

5

d)

7

37.

Perkara yang membatalkan puasa ...

a)

Muntah tanpa sengaja

b)

Haid atau nifas

c)

TIdur sepanjang hari

d)

Berkumur-kumur dengan air di siang hari

38.

Al-quran diturunkan pada malam ke____ Bulan Ramadhan

a)

17

b)

19

c)

20

d)

27

39.

Ganjaran beramal pada malam Lailatul-Qadar pahalanya lebih baik daripada ________

a)

100 bulan

b)

100 tahun

c)

1000 bulan

d)

1000 tahun

40.

Puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari _________ hingga ________ dan disertai dengan niat

a)

Terbit bulan, Fajar sidiq

b)

Terbit fajar, tenggelam bulan

c)

Gelincir matahari, terbit matahari

d)

Terbit fajar, terbenam matahari

41.

Antara amalan sunat dilakukan pada bulan Ramadhan?

a)

Main bola bersama kawan-kawan

b)

Memberi makan orang berbuka

c)

Menderma darah

d)

Tidur sepanjang hari

42.

Amin telah muntah apabila dia dengan sengaja memasukkan jarinya kedalam mulut. Apakah hukum puasa Amin.

a)

Sah

b)

Makruh

c)

Batal

d)

Sunat

43.

Umat islam diwajibkan berpuasa terdapat dalam ayat 183 Surah _______.

a)

Al-Baqarah

b)

An-Nisa'

c)

Maryam

d)

Al-Qadr

44.

Hukum bagi umat islam untuk mengeluarkan zakat fitrah

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat muakad

45.

Bilakah malam Lailatu-qadar itu

a)

Pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan yang ganjil

b)

Pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan yang genap

c)

Pada sepuluh malam awal bulan Ramadhan yang ganjil

d)

Pada sepuluh malam awal bulan Ramadhan yang ganjil

46.

Salah satu syarat wajib puasa ialag baligh. Tanda-tanda orang yang sudah baligh

a)

Sudah datang haid

b)

Sudah mandi wajib

c)

Sudah tahu membaca dan menulis

d)

Sudah boleh membezakan perkara yang baik dan buruk

47.

Rukun puasa

a)

Niat untuk tidak makan dan tidak minum

b)

Niat untuk membaca Al-Quran dan beristighfar

c)

Niat untuk berbuat baik kepada semua orang sepanjang hari

d)

Niat dan menahan diri daripada perkara-perkara membatalkan puasa

48.

Yang tak wajib berpuasa ?

a)

Perempuan haid

b)

Muslim

c)

Kafir

d)

Berakal

e)

Murtad

49.
Seorang yang telah disahkan gila sepanjang hayat melakukan ibadah puasa.
a)
Sah
b)
Tidak Sah
50.

Apakah yang dimaksudkan dengan iktikaf?

a)

melakukan ibadah di dalam masjid seperti membaca al-quran

b)

bersedekah

c)

bangun malam

d)

berbuka puasa

51.

Namakan pintu syurga yang akan simasuki oleh orang yang berpuasa

a)

Al-firdaus

b)

Ar rayyan

52.

Memberi makan kepada orang miskin sebagai ganti puasa

a)

Qada'

b)

Fidyah

c)

Kifarah

53.

Pilih surah yang ada menyatakan tentang malam lailatulqadar.

a)

Al-qadr

b)

Ya Sin

c)

Al-Furqan

d)

At Tauba

54.

Berapakah tempoh berpuasa bagi orang yang dikenakah kifarah?

a)

60 hari

b)

30 hari

c)

40 hari

d)

10 hari

55.

Zainab belum habis menggantikan puasanya sehingga tiba Ramdhan tahun ni. Apakah yang perlu dilakukan?

a)

Qada'

b)

Fidyah

c)

Qada' dan Fidyah

d)

Qada' dan Kifarah

56.

Azli makan pada siang hari kerana terlupa sedang berpuasa.

a)

Sah puasa

b)

Batal puasa

57.

Bulan puasa jatuh pada bulan

a)

Rejab

b)

Syaaban

c)

Ramadhan

d)

Syawal

58.

Apakah peristiwa yang berlaku di bulan ramadhan

a)

Nuzul quran, badar al-sughra

b)

Nuzul quran, perang uhud

c)

Nuzul quran, perang khandak

d)

Nuzul quran, badar alkubra

59.

Apakah bulan sebelum bulan Ramadhan

a)

Syawal

b)

Zulkaedah

c)

Zulhijjah

d)

Syaaban

60.

Berapa kalikah takbir dalam solat sunat hari raya rakaat kedua?

a)

7

b)

6

c)

5

d)

4

61.

Berikut adalah amalan sunat di hari raya kecuali

a)

Mandi sunat hari raya

b)

Memperbanyakkan takbir

c)

Menjamah makanan selepas solat sunat

d)

Memakai pakaian terbaik

62.

Bilakah solat sunat hari raya dilakukan?

a)

Pagi

b)

Tengahari

c)

Petang

d)

Malam

63.
Apakah pengertian Ramadhan dari segi bahasa?
a)
cahaya mentari 
b)
panas terik
c)
sinaran 
d)
hamparan
64.
Berapakah rukun puasa?
a)
1
b)
2
c)
3
d)
4
65.
perkara sunat ketika berpuasa
a)
berbuka dengan kurma
b)
menyegerakan bersahur
c)
menunaikan haji
d)
melewatkan berbuka puasa
66.
Fidyah puasa bermaksud memberikan ............. makanan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
a)
segantang
b)
secawan 
c)
sebungkus
d)
secupak
67.
Berikut ialah golongan yang harus berbuka puasa KECUALI ................
a)
orang yang bermusafir satu marhalah
b)
perempuan yang mengandung yang bimbangkan kandungannya
c)
orang tua yang tidak mampu berpuasa
d)
orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
68.
Keistimewaan Ramadhan ialah ...................
a)
roh kembali ke dunia
b)
turunnya  Al-quran 
c)
mengunjungi bazar ramadhan 
d)
ibadah solat mula difardhukan 
69.
Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai waktu membayar zakat firah
a)
Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari
b)
Waktu sunat – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
c)
Waktu Wajib – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri
d)
Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
70.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ“
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu ..............
a)
beruntung
b)
berinfak
c)
bertaqwa
d)
berjaya