WorksheetsTEMA : KEMASYARAKATAN (BAHASA MELAYU TAHUN 4)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Penduduk Kampung Harmoni ............. membersihkan kawasan perumahan mereka.
sama
berganding bahu
bersama-sama
sama-sama
Setelah kematian ibunya pada tahun lalu, Najihah telah dijaga oleh neneknya. Dia ibarat .............
Jika kasih akan padi, buanglah rumput
Hidung dicium, pipi digigit
Seperti embun diujung rumput
Ditatang bagai minyak yang penuh
Encik Haziq mengadakan sambutan rumah terbuka sempena perayaan Aidilfitri pada ............. tahun.
setiap
tiap
tiap-tiap
di
Kita mestilah menghormati kepercayaan masing-masing agar keharmonian .............
kekal
terpelihara
aman
terjaga
Alif dan Nazim sering menghabiskan masa mereka dengan mengulang kaji pelajaran bersama-sama ............. perpustakaaan.
ke
kepada
di
pada
............. berbeza agama dan bangsa, Susanti dan Raju berkawan baik semenjak dari bangku sekolah rendah lagi.
Walaupun
Sungguhpun
Namun
Meskipun
Kehidupan Pak Kadir dan isterinya yang ............. mendapat perhatian Komuniti Kampung Selamat apabila mereka menghulurkan bantuan kepadanya dalam satu majlis ringkas pada petang tadi.
sempit
sederhana
miskin
susah
Setelah bergelar jutawan, Nurul sering membantu masyarakat di sekitar yang memerlukan bantuan. Malah, beliau amat ............. oleh orang ramai.
dihormati
dikenali
disukai
dicintai
Kita .............lah mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran dan masyarakat setempat.
wajib
mesti
perlu
patut
Karim sentiasa ............. aktiviti sukarelawan di universitinya pada hujung minggu.
mengadakan
membuat
mengikuti
menyertai
