wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MAKRO STPM BAB 1

Total questions: 21

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakan tidak benar mengenai konsep makroekonomi?

a)

Aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran wang antara pelaku ekonomi

b)

Kerajaan boleh mengatasi masalah pengangguran dengan menambah penawaran wang

c)

Dasar fiskal menguncup akan dijalankan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

d)

Kadar inflasi merupakan perubahan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan pada satu tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya

2.

Manakah antara berikut bidang kajian makroekonomi

a)

Kos lepas

b)

Mekanisme harga

c)

Kelakuan pengguna

d)

Imbangan pembayaran

3.

Manakah antara berikut bukan pembolehubah Makroekonomi?

a)

Tingkat harga umum

b)

Imbangan pembayaran

c)

Pertumbuhan ekonomi

d)

Pertumbuhan penduduk

4.

Berikut adalah matlamat Makroeonomi kecuali

a)

meningkatkan pertumbuhan ekonomi

b)

mengatasi masalah imbangan pembayaran kurangan

c)

meningkatkan kecekapan firma untuk meminimumkan kos pengeluaran

d)

mencapai keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh

5.

Makroekonomi merupakan satu cabang ilmu yang menganalisis bagaimana

a)

kos mempengaruhi pengeluaran sesuatu barang dalam pasaran

b)

semua unit ekonomi mempengaruhi kegiatan ekonomi secara agregat

c)

input pengeluaran digunakan secara optimum dalam proses pengeluaran

d)

harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran cenderung berubah menuju ke tingkat keseimbangan

6.

Manakah antara berikut merupakan matlamat dasar Makroekonomi?

a)

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

b)

Menyalurkan subsidi kepada sektor awam

c)

Mengeluarkan barang awam untuk kegunaan rakyat

d)

Merapatkan jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan rakyat

7.

Manakah antara berikut bukan melibatkan kajian makroekonomi?

a)

Menghitung kadar inflasi

b)

Menghitung pendapatan negara

c)

Menghitung nilai eksport bersih

d)

Menghitung tingkat keuntungan firma

8.

Pembolehubah utama dalam kajian makroekonomi adalah

a)

pendapatan negara, pengangguran dan inflasi

b)

pendapatan negara, jumlah penduduk dan inflasi

c)

pertumbuhan ekonomi, pengangguran dan inflasi

d)

pertumbuhan ekonomi, jumlah penduduk dan pengangguran

9.

Manakah antara berikut tidak akan menimbulkan masalah inflasi dalam ekonomi?

a)

Kenaikan cukai import

b)

Kenaikan kos bahan api

c)

Kenaikan kecekapan firma

d)

Kenaikan kadar upah buruh

10.

Imbangan pembayaran yang defisit pada sesuatu tahun menunjukkan

a)

nilai import melebihi nilai eksport

b)

perbelanjaan penggunaan melebihi tabungan

c)

aliran masuk modal melebihi aliran keluar modal

d)

perbelanjaan kerajaan melebihi hasil cukai kerajaan

11.

Pendapatan negara merujuk kepada

a)

jumlah nilai barang yang dihasilkan dalam masa setahun

b)

nilai semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam masa setahun

c)

pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam masa setahun

d)

pendapatan yang diterima oleh pekerja-pekerja dalam masa setahun

12.

Tujuan utama pendapatan negara diukur adalah untuk

a)

mengesan perubahan struktur ekonomi

b)

membuat penilaian tentang prestasi ekonomi

c)

membuat perbandingan taraf hidup dengan negara lain

d)

membuat perbandingan tingkat kebajikan antara dua tempoh

13.

Yang manakah bukan tanda yang menunjukkan peningkatan dalam pendapatan negara?

a)

Kadar pengangguran menurun

b)

Kadar inflasi menurun

c)

Tingkat guna tenaga meningkat

d)

Peruntukan sumber ekonomi bertambah

14.

Apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh

a)

keluaran negara boleh terus ditambah

b)

tingkat guna tenaga berada pada paras yang rendah

c)

pengangguran terdiri daripada pengangguran geseran

d)

ekonomi tidak menghadapi tekanan inflasi

15.

Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila

a)

KNK potensi melebihi KNK sebenar

b)

KNK potensi kurang daripada KNK sebenar

c)

Jurang KNK adalah bernilai sifar

d)

Wujudnya kekurangan faktor pengeluaran

16.

Pertambahan dalam tingkat guna tenaga penuh bermaksud

a)

pendapatan negara semakin meningkat

b)

semakin banyak barang perkilangan dihasilkan

c)

semakin banyak faktor dialih dari sektor pertanian ke sektor perkilangan

d)

bilangan tenaga buruh kian bertambah

17.

Untuk membendung inflasi melalui dasar fiskal, kerajaan patut

a)

menurunkan cukai dan pendapatan kerajaan serentak

b)

menurunkan cukai dan menaikkan perbelanjaan kerajaan

c)

menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan

d)

menaikkan cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak

18.

Dasar manakah yang berikut dapat memulihkan ekonomi daripada kemelesetan dan pada masa yang sama tidak menimbulkan masalah kenaikan tingkat harga?

a)

Dasar fiskal

b)

Dasar kewangan

c)

Kawalan langsung

d)

Dasar sebelahan penawaran

19.

Campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi akan mewujudkan aliran

a)

cukai

b)

import

c)

eskport

d)

tabungan

20.

Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, jenis pengangguran yang masih wujud ialah

a)

pengangguran teknologi

b)

pengangguran kitaran

c)

pengangguran musim

d)

pengangguran geseran

21.

Jika berlaku inflasi yang disebabkan oleh pertambahan kuasa beli dalam ekonomi, maka langkah yang perlu diambil oleh kerajaan ialah

a)

menurunkan penawaran dalam ekonomi

b)

meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai

c)

melonggarkan syarat pinjaman institusi kewangan

d)

mengesyorkan kenaikan tingkat upah semua sektor