WorksheetsPengurusan Kewangan Korporat
Total questions: 15
Worksheet time: 24mins
Pengurusan kewangan korporat adalah penting dalam mengukuhkan kelestarian sesebuah organisasi. Ia seterusnya dapat mendukung konsep Malaysia MADANI yang akan memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati. Bagi memastikan hasrat Malaysia MADANI direalisasikan, rukun Malaysia MADANI yang manakah PALING SESUAI dikaitkan dengan pengurusan kewangan korporat?
Kemampanan
Hormat
Keyakinan
Ihsan
Berikut adalah bidang utama dalam pengurusan kewangan korporat KECUALI
Pembiayaan Modal (Capital Financing)
Pengurusan Modal Kerja (Working Capital Management)
Belanjawan Modal (Capital Budgeting)
Pengurusan Perbelanjaan Modal (Capital Expenditure Management)
Takrifan bagi aset semasa dan liabiliti semasa dalam sesebuah organisasi adalah .....
Modal Pelaburan (Investment Capital)
Modal Bersih (Net Capital)
Modal Kerja (Working Capital)
Struktur Modal (Capital Structure)
Antara berikut yang manakah transaksi aliran tunai (outflow) daripada sesebuah entiti?
(i). Pelupusan aset tanpa balasan nilai
(ii). Pembayaran ansuran pajakan
(iii). Susutnilai bangunan
(iv). Pembayaran gaji dan emolumen pekerja
(ii) dan (iv) sahaja
(i) dan (iv) sahaja
(i), (ii) dan (iv) sahaja
(ii), (iii) dan (iv) sahaja
Apakah perkara yang akan dipertimbangkan dalam menguruskan modal kerja (working capital)?
(i). Akaun Belum Terima / Penghutang
(ii). Akaun Belum Bayar / Pemiutang
(iii). Aset Bukan Semasa
(iv). Inventori / Stok
(i) dan (ii) sahaja
(i) dan (iii) sahaja
(i), (ii) dan (iv) sahaja
(ii), (iii) dan (iv) sahaja
Lembaga Koko Malaysia sedang mempertimbangkan pelaburan yang akan menelan kos RM8 juta dalam tempoh masa 4 tahun. Aliran tunai masuk bersih selepas cukai adalah RM2.5 juta dalam tempoh dua (2) tahun pertama dan disusuli dengan RM2 juta setahun untuk dua (2) tahun berikutnya. Berapakah tempoh bayaran balik (Payback Period) untuk pelaburan ini?
3.2 tahun
3.6 tahun
4.0 tahun
Tidak dapat ditentukan daripada maklumat di atas
Apakah istilah yang TEPAT menjelaskan berkaitan rangkaian, proses, kebiasaan, dasar, peraturan dan institusi yang mempengaruhi pengarahan, pengurusan serta kawalan sesebuah organisasi?
Pengawasan Korporat (Corporate Oversight)
Strategi Korporat (Corporate Strategy)
Polisi Korporat (Corporate Policy)
Tadbir Urus Korporat (Corporate Governance)
Manakah antara pernyataan berikut adalah SALAH mengenai projek biasa (normal project)?
Jika nilai terkini bersih (NPV) projek lebih besar daripada 0, maka indeks keberuntungannya (PI) akan melebihi 1.
Jika kadar pulangan dalaman (IRR) projek ialah 8%, NPVnya menggunakan kadar diskaun, k, lebih daripada 8% akan kurang daripada 0.
Jika PI projek bersamaan 0, maka aliran tunai awal projek sama dengan nilai terkini (PV) daripada aliran tunainya.
Jika IRR projek lebih besar daripada kadar diskaun, K, maka PInya adalah lebih besar daripada 1
Pernyataan manakah yang PALING TEPAT berkaitan pelaburan modal (Capital Investment)?
Mempunyai prospek manfaat jangka panjang
Mempunyai prospek manfaat jangka pendek
Hanya dijalankan oleh entiti yang mempunyai modal yang besar
Hanya melibatkan pelaburan dalam aset bukan semsa
Antara berikut yang manakah TIDAK akan dibiayai daripada modal kerja (Working Capital)?
Apungan Tunai
Perolehan Kenderaan
Akaun Belum Terima
Jualan Kredit
Syarikat A mempunyai nisbah pendapatan (PE Ratio) sebanyak 1.0 manakala Syarikat B mempunyai nisbah pendapatan sebanyak 2.0. Apakah interpretasi terhadap nisbah pendapatan kedua-dua syarikat ini?
Syarikat A berkembang lebih baik dari Syarikat B
Syarikat B berkembang lebih baik dari Syarikat A
Syarikat A dan Syarikat B berkembang dengan kadar sangat rendah
Nisbah yang digunakan tidak sesuai untuk menilai prestasi kedua-dua syarikat tersebut
Kementerian Kerja Raya telah memasang sebuat peralatan dan kos menanggal peralatan tersebut adalah RM50,000 pada Tahun 10. Berapakah kadar faedah efektif (ERR) yang diambilkira sekiranya nilai kos menanggal semasa peralatan itu dipasang adalah dianggarkan sebanyak RM30,695?
4%
5%
6%
7%
Pengarah Jabatan Alam Sekitar dikehendaki membuat keputusan dalam mempertimbangkan pilihan terbaik dalam menangani masalah perkampungan nelayan di Pulau Ketam. Keputusan yang dibuat perlu mengambilkira saranan Ketua Setiausaha Negara iaitu konsep G.R.E.A.T yang merangkumi tadbir urus terbaik, bertanggungjawab, ihsan, kebertanggungjawaban dan fokus pada matlamat. Berdasarkan 4 pilihan yang berikut, cadangan manakah beliau wajar pilih mengambilkira konsep G.R.E.A.T?
Cadangan A yang akan menjana pulangan atas pelaburan (ROI) sebanyak 4% tetapi memberi kesan jangka panjang menjejaskan pendapatan para nelayan di kawasan tersebut.
Cadangan B yang akan menelan kos yang sangat tinggi tetapi tidak menghasilkan ROI dan hanya menjejaskan pendapatan nelayan semasa projek itu dibangunkan dan pampasan akan diberikan bagi tempoh tersebut.
Cadangan C akan menyediakan peruntukan kontigensi untuk membayar pampasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sekiranya isu tersebut terjadi dan tiada tindakan mitigasi risiko dilakukan kerana keutamaan pelaksanaan projek tersebut adalah rendah.
Cadangan D adalah meminta libat urus pelbagai pihak dan pemegang taruh yang terlibat dalam menangani isu yang berlaky dan menyegerakan pelan tindakan mengikut keutamaan bagi mengurangkan risiko yang merugikan semua pihak.
Keseimbangan kos dan manfaat (Cost Benefit) merupakan salah satu aspek yang perlu diberi keutamaan dalam pembuatan keputusan melibatkan pengurusan kewangan korporat. Pernyataan berikut manakah merupakan yang terbaik menjelaskan kenyataan di atas dalam perspektif sektor awam?
Membuat projek yang kos tinggi tetapi berimpak sederhana
Membuat projek yang kos tinggi tetapi berimpak rendah
Membuat projek yang kos tinggi tetapi berimpak rendah dalam jangka pendek dan akan menjadi berimpak tinggi dalam jangka panjang
Membuat projek yang kos tinggi tetapi berimpak tinggi dalam jangka pendek dan akan berimpak rendah dalam jangka panjang
Apakah fungsi utama dalam pengurusan kewangan korporat yang menumpukan pada penjanaan modal untuk menyokong operasi dan program pelaburan?
Pembiayaan (Financing)
Belanjawan Modal (Capital Budgeting)
Tadbir Urus Korporat (Corporate Governance)
Pengurusan Risiko (Risk Management)
