wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5 Bab 6

Total questions: 70

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Negara kita terpaksa berhadapan dengan cabaran dalaman selepas pembentukan Malaysia.

Mengapakah berlaku cabaran dalaman tersebut?

a)

Kelemahan pentadbiran antara negeri

b)

Kekurangan pemimpin yang berwibawa

c)

Kepelbagaian kaum dan entik masyarakat

d)

Ketidakadilan sistem perundangan negara

2.

Apakah cabaran dalaman negara selepas pembentukan Malaysia?

I Melaksanakan dasar luar Malaysia

II Memartabatkan kedudukan bahasa Melayub

III Mewujudkan keseimbangan pembangunan

IV Menghadapi ancaman daripada komunis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Malaysia menghadapi cabaran dalam persaingan politik.

Apakah kesan sekiranya kerajaan gagal mengatasinya?

a)

Menggugat perpaduan kaum

b)

Menjejaskan pendapatan rakyat

c)

Meningkatkan kadar kemiskinan

d)

Menjejaskan pertumbuhan sosial

4.

Apakah sumbangan Sarawak dan Sabah terhadap ekonomi negara?

a)

Meningkatakan jumlah eksport negara

b)

Menggalakkan kemasukan modal asing

c)

Merapatkan jurang ekonomi antara kaum

d)

Mengurangkan beban kewangan kerajaan

5.

Senaraikan berikut merupakan hasil bumi Sarawak dan Sabah.

-Sagu

-Lada Hitam

-Kayu balak

-Petroleum

Apakah kepentingan hasil tersebut terhadap negara?

a)

Meningkatkan ekonomi negara

b)

Memajukan sistem perhubungan

c)

Meningkatkan peluang pekerjaan

d)

Menyelesaikan jurang pendapatan

6.

Apakah tindakan kerajaan menyeimbangkan pembangunan di sarawak dan Sabah sejak pembentukan Malaysia?

a)

Menubuhkan Rancangan Malaysia Pertama

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Membentuk Jabatan Perancang Bandar

d)

Memajukan sektor perindustrian berat

7.

Bagaimanakah kerajaan memajukan bidang pendidikan di Sarawak dan Sabah selepas tahun 1963?

I Membina sekolah

II Melibatkan sektor swasta

III Menyediakan kemudahan asas

IV Melatih tenaga guru

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Buku berikut adalah karya Tun Abdul Razak.

-Strategy for Action

Apakah seruan karya tersebut terhadap rakyat Malaysia?

a)

Bertoleransi antara masyarakat

b)

Bersatu mempertahankan negara

c)

Bekerjasama dalam pemerintahan

d)

Berdedikasi membangunkan negara

9.

Apakah sistem perhubungan dan pengangkutan utama bagi Sarawak dan Sabah sebelum mencapai kemerdekaan?

a)

Pengangkutan sungai

b)

Pengangkutan jalan raya

c)

Pengangkutan jalan kereta api

d)

Pengangkutan udara

10.

Mengapakah kerajaan mengalami masalah untuk membangunkan hasil bumi di Sarawak dan Sabah?

a)

Kekurangan tanah subur untuk pertanian

b)

Masyarakat tinggal di kawasan pendalaman

c)

Penduduk mengamalkan pertanian sara diri

d)

Bentuk muka bumi yang bergunung-ganag

11.

Bagaimanakah kerajaan mempelbagaikan kegiatan ekonomi Sarawak dan Sabah? (2ans)

a)

Menyusun bidang pekerjaan

b)

Memajukan sistem pendidikan

c)

Memansuhkan pertanian tradisional

d)

Memperkenalkan ekonomi komersial

12.

Jun 1966- 21 orang ahli Council Negri tidak berpuas hati dengan kepimpinan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Mengapakah berlaku peristiwa tersebut?

a)

Perebutan kuasa

b)

Ancaman komunis

c)

Ekonomi terbantut

d)

Krisis perlembagaan

13.

Tokoh berikut telah dipecat sebagai Ketua Menteri Sarawak oleh Gabenor pada bulan Jun 1966.

Stephen Kalong Ningkan

Bagaimanakah beliau mencabar tindakan tersebut?

a)

Melantik Ketua Menteri baharu

b)

Membuat aduan terhadap PBB

c)

Membuat bantahan di mahkamah

d)

Meletak jawatan dalam parti politik

14.

Krisis politik yang berlaku pada tahun 1966 telah menyebabkan ketidakstabilan di Sarawak.

Apakah kesan ketidakstabilan politik tersebut?

I Mengancam keselamatan

II Menggugat keamanan

III Perpecahan antara kaum

IV Pertahanan menjadi lemah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Rajah berikut merujuk kepada perubahan Ketua Menteri Sarawak selepas krisis politik pada tahun 1966.

Stephen Kalong Ningkan--X

Siapakah X?

a)

Tawi Sli

b)

Ong Kee Hui

c)

Abdul Taib Mahmud

d)

Ahmad Zaidi Adruce

16.

Senaraikan berikut berkaitan dengan usaha kerajaan selepas pembentukan Malaysia.

-Membentuk integrasi nasional

-Memupuk semangat satu negara

Mengapakah usaha tersebut sukar dilaksanakan?

a)

Masalah jarak

b)

Perbezaan bahasa

c)

Jurang pendapatan

d)

Kepelbagaian bahasa

17.

Mesyuarat berikut telah diadakan atas arahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

1 Julai 1965--Mesyuarat antara Tun Abdul Razak Hussein bersama beberapa Menteri seperti Dr.Ismail Abdul Rahman, Tan Siew Sin, dan V.T Sambathan.

Apakah masalah yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut?

a)

Permisahan Singapura

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Perebutan Pulau Ligatan

d)

Pencerobohan pengganas

18.

Apakah kuasa yang meluluskan rang undang-undang permisahan Singapura?

a)

Ratu England

b)

Parlimen Malaysia

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Dewan Undangan Negeri

19.

Permisahan Singapura daripada Malaysia telah berlaku pada tahun 1965.

Apakah pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua negara tersebut?

a)

Desakan

b)

Rundingan

c)

Manipulasi

d)

Peperangan

20.

Bagaimanakah gerakan komunis bermula di Sarawak?

a)

Perebutan kuasa

b)

Pendudukan Jepun

c)

Penguasaan SBUB

d)

Pemerintahan kejam

21.

Apakah kegiatan komunis yang telah mengancam keselamatan negara sejak sebelum merdeka?

I Memeterai pelbagai perjanjian

II Menamatkan hubungan diplomatik

III Menyerap masuk ideologi komunis

IV Mensabotaj kemudahan awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Mengapakah Malaysia bersetuju terhadap permisahan Singapura?

I Kemajuan ekonomi

II Kepentingan negara

III Kemakmuran rakyat

IV Kekuatan pertahanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966.

Apakah tindakan kerajaan mengatasi krisis tersebut?

a)

Meminda perlembagaan

b)

Memberi khidmat nasihat

c)

Mengadakan pilihan raya

d)

Mengisytiharkan darurat

24.

Penduduk negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.

Apakah isu yang perlu dipupuk melalui kepelbagaian kaum tersebut?

a)

Semangat patriotisme

b)

Perpaduan kaum

c)

Peluang pekerjaan

d)

Keberkesanan pentadbiran

25.

Mengapakah berlaku pemisahan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965? [2 ans]

a)

Tuntutan persamaan hak

b)

Ancaman komunis meningkat

c)

Pembahagian kuasa di Parlimen

d)

Konflik antara PAP dengan Perikatan

26.

Mengapakah Lee Kuan Yew tidak puas hati dengan struktur pentadbiran Malaysia?

a)

Pengendalian cukai yang tidak adil

b)

Peranan kerajaan Singapura terhad

c)

Pemberian autonomi kepada Sabah

d)

Peruntukan jumlah kerusi yang rendah

27.

Kempen berikut digunakan oleh Lee Kuan Yew.

-Malaysian Malaysia

Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen tersebut?

a)

Pembatalan institusi beraja

b)

Pengenalan sistem republik

c)

Persamaan hak antara kaum

d)

Perubahan bentuk pentadbiran

28.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman RM150 juta daripada Singapura?

a)

Menghadapi ancaman komunis

b)

Menyelesai masalah rusuhan kaum

c)

Pembangunan Sarawak dan Sabah

d)

Pembinaan Koridor Raya Multimedia

29.

Apakah faktor ekonomi sebagai pemisahan Singapura daripada Malaysia? [2 ans]

a)

Penambahan kadar cukai

b)

Pengecualian kadar faedah

c)

Pembinaan pelabuhan bebas

d)

Pembukaan pasaran bersama

30.

Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada tahun 21 Julai 1964.

Mengapakah berlaku rusuhan kaum tersebut?

a)

Tuntutan terhadap persamaan hak

b)

Krisis perebutan kuasa pentadbiran

c)

Perbuatan provokatif dalam berkempen

d)

Ketidakseimbangan dalam sosioekonomi

31.

Apakah maksud konsep berikut?

Beberapa negara menghapuskan cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain.

a)

Sekatan ekonomi

b)

Pelabuhan bebas

c)

Pasaran bersama

d)

Ekonomi dagangan

32.

Apakah kesan kempen Malaysian Malaysia terhadap Malaysia?

a)

Memantapkan kerjasama politik

b)

Mewujudkan keharmonian kaum

c)

Memajukan bidang perindustrian

d)

Menimbulkan keresahan penduduk

33.

Apakah bentuk ancaman komunis di Sarawak?

a)

Perang gerila

b)

Pencerobohan udara

c)

Serangan bersenjata

d)

Gerakan sulit

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan politik oleh komunis di Sarawak.

-Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS)

-Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU)

Apakah matlamat penubuhan pasukan tersebut?

a)

Membentuk republik komunis

b)

Menyokong gagasan Malaysia

c)

Menentang pendudukan British

d)

Menubuhkan Kalimantan Raya

35.

Rajah berikut merujuk kepada kaedah kerajaan kita menangani ancaman komunis.

Kaedah Menangani Ancaman Komunis

-Gerakan Perang Saraf

-X

Apakah X?

a)

Secara manipulasi

b)

Kerjasama serantau

c)

Operasi ketenteraan

d)

Sekatan hak asasi

36.

Kerajaan telah melaksanakan gerakan Perang Saraf untuk mengatasi ancaman komunis di Sarawak.

Bagaimanakan gerakan tersebut dijalankan? [2 ans]

a)

Membina pusat perdagangan

b)

Mendaftarkan kad pengenalan

c)

Mengadakan perhimpunan awam

d)

Menyediakan kemudahan perhubungan

37.

Kerajaan telah menyebarkan risalah bagi mengatasi ancaman komunis di Sarawak.

Mengapakah kerajaan bertindak sedemikian?

a)

Menangkap pemimpin gerakan yang radikal

b)

Mengharamkan PKM dan parti berhaluan kiri

c)

Menanamkan perasaan benci terhadap komunis

d)

Memudahkan penyusupan dalam organisasi PKM

38.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis melalui perang saraf di Sarawak?

a)

Memberi tawaran pengampuan

b)

Mengadakan perintah berkurang

c)

Menubuhkan pasuakan polis hutan

d)

Membawa masuk askar Komanwel

39.

Apakah gelaran bagi kawasan yang bebas daripada ancaman komunis?

a)

Kawasan putih

b)

Kawasan hitam

c)

Kawasan daulat

d)

Kawasan bersih

40.

Mengapakah kerajaan melaksanakan operasi ketenteraan di Sarawak pada tahun 1965?

a)

Mengalahkan tentera Jepun

b)

Membanteras masalah lanun

c)

Melemahkan gerakan komunis

d)

Menghadapi ancaman pengganas

41.

Apakah persamaan antara kedua-dua kaedah berikut?

- Rancangan Briggs (1950)

-Operasi Hammer (1965)

a)

Mengadakan lawatan

b)

Memenangi hati rakyat

c)

Memberi pengampunan

d)

Menyerang secara gerila

42.

Apakah tindakan komunis sehingga kerajaan melaksanakan Operasi Hammer di Sarawak?

a)

Menyerang balai polis

b)

Membunuh orang awam

c)

Merosakkan infrastruktur

d)

Memusnahkan ladang getah

43.

Parti komunis Malaya (PKM) meneruskan kegiatan mengancam keselamatan di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanakah ancaman tersebut dilaksanakan?

I Menyerang orang awam

II Memusnahkan kemudahan awam

III Merosakkan kawasan perusahaan

IV Menyerang pusat pentadbiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Pemimpin komunis iaitu Bong Kee Chok telah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak pada 13 Oktober 1973.

Mengapakah pemimpin komunis tersebut bertindak sedemikian?

a)

Berhasrat untuk berunding

b)

Membubarkan parti komunis

c)

Menuntut bayaran ganti rugi

d)

Bertujuan untuk menyerah diri

45.

Apakah kesan pelaksanaan Operasi Hammer yang tamat pada tahun 1970?

a)

penyelesaian isu perkauman

b)

Berakhirnya ancaman komunis

c)

Bermulanya operasi ketenteraan

d)

Peningkatan pendapatan kerajaan

46.

Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan untuk menangani isu pembangunan ekonomi negara.

Apakah isu tersebut?

a)

Serangan wabak penyakit

b)

Kadar kemiskinan bertambah

c)

Kekurangan kemudahan asas

d)

Pendapatan penduduk rendah

47.

Apakah program yang diperkenalkan kerajaan untuk membangunkan ekonomi di semua negeri selepas merdeka?

a)

Dasar Wawasan Negara

b)

Dasar Transformasi Negara

c)

Rancangan Pembngunan in-situ

d)

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

48.

Perjanjian damai berikut telah menandatangani antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989.

Perjanjian Hat Yai

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?

a)

Pembinaan pagar sempadan

b)

Penguatkuasaan imigresen

c)

Penyelarasan kawalan

d)

Pembubaran PKM

49.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemeteraian perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thailand.

Perjanjian Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis 1976

Apakah faktor pemeteraian perjanjian tersebut?

a)

PKM menubuhkan pusat ketenteraan

b)

PKM memperoleh kerjasama dengan komunis thailand

c)

Komunis melakukan serangan dari sempadan negara

d)

Komunis membina khemah di luar sempadan negara

50.

Pernyataan berikut merujuk kepada usaha kerajaan menangani ancaman komunis di negara kita.

Merupakan usaha keselamatan dan pembangunan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat bagi menokong agenda dan dasar kerajaan.

Apakah usaha tersebut?

a)

Perjanjian Kerjasama Sempadan

b)

Strategi Counterinsurgency (COIN)

c)

Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

d)

Penubuhan Jabatan Penerangan

51.

Mengapakah kerajaan memperkenalkan langkah berikut?

-Strategi Counterinsurgency (COIN)

-Perjanjian Kerjasama Sempadan

a)

Menamatkan rusuhan kaum

b)

Mengatasi ancaman komunis

c)

Menentang konfrontasi Indonesia

d)

Mengukuhkan hubungan diplomatik

52.

Malumat berikut berkaitan dengan kegitan komunis di Semenanjung Malaysia.

-Jalan raya dan jambatan kereta api diletupkan

-Periuk api dipasang di sepanjang Jalan Changlung, Kedah

Apakah tujuan komunis melakukan kegiatan tersebut?

a)

Menarik sokongan penduduk

b)

meunjukkan kelemahan kerajaan

c)

Mengancam keselamatan negara

d)

Menguasai ekonomi negara

53.

Peristiwa berikut berkaitan dengan ancaman keselamatan di Semenanjung Malaysia.

7 Jun 1974--Menembak mati Ketua Polis egara,Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur.

Apakah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut?

a)

Parti Komunis Malaya

b)

Pemberontakan Brunei

c)

Pasukan perisik British

d)

Tantera militan Jepun

54.

Apakah yang berlaku semasa pengisytiharan darurat pada 13 Mei 1969 ? [2 ans]

a)

Pemindahan penduduk

b)

Perhubungan diberhentikan

c)

Perlembagaan digantung

d)

Parlimen ditangguhkan

55.

Siapakah yang berkuasa membuat pengisytiharan darurat di negara kita ?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Yang di-Pertuan Agong

56.

Mengapakah semua berita daripada pihak media massa ditapiskan semasa pengisytiharan darurat ?

a)

Melindungi petugas media

b)

Memastikan kesahihannya

c)

Menghalang pengaruh luar

d)

Mengurangkan pergerakan

57.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu berikut selepas merdeka?

-Peluang pekerjaan yang terhad

-Kadar pengangguran meningkat

a)

Menubuhkan pusat latihan vokasional

b)

Melaksanakan sistem pertanian pintar

c)

Mencari pasaran baharu bagi bijih timah

d)

Menubuhkan kawasan perindustrian baharu

58.

Apakah isu kesihatan yang dihadapi negara semasa awal kemerdekaan?

I Ancaman wabak penyakit

II Jumlah kematian yang tinggi

III Kadar kelahiran tidak normal

IV Ketiadaan pusat kesihatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

59.

Mangsa rusuhan kaum telah dipindahkan ke pusat perlindungan.

Apakah pusat tersebut ?

a)

Masjid Negara

b)

Stadium Negara

c)

Dataran Merdeka

d)

Bangunan Sultan Abdul Samad

60.

Peristiwa berikut berlaku selepas diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga di negara kita.

13 Mei 1969--Rusuhan berlaku terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.

Apakah kesan rusuhan tersebut terhadap negara?

a)

Pindaan perlembagaan dilaksanakan

b)

Pilihan raya baru dilaksanakan

c)

Kerjasama antara kaum terjalin

d)

Ketegangan hubungan antara kaum

61.

Apakah tindakan yang perlu dipatuhi oleh rakyat semasa darurat pada 13 Mei 1969 ?

a)

Tinggal di rumah masing-masing

b)

Membantu golongan yang miskin

c)

Berada di pusat kawalan kerajaan

d)

Memasang pagar di sekeliling rumah

62.

Apakah faktor utama tercetusnya rusuhan kaum pada 13 mei 1969?

a)

Provokasi daripada British

b)

Propaganda tentera Jepun

c)

Pilihan Raya Umum Ketiga

d)

Kemelesetan ekonomi dunia

63.

Siapakah yang dilantik menjadi pengerusi MAGERAN ?

a)

Dr. Ismail Abdul Rahman

b)

Raja Muhammad Uda

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Abdul Razak

64.

Terdapat pihak yang mengambil kesempatan semasa pilihan raya untuk mewujudkan pemusuhan antara kaum.

Apakah pihak tersebut?

a)

Parti Komunis Malaya (PKM)

b)

Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)

c)

Pemuda Radikal Melayu (PERAM)

d)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

65.

Apakah kempen parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ketiga untuk menarik sokongan pengundi?

I Pembangunan

II Kebudayaan

III Keagamaan

IV Perkauman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

66.

Apakah fokus utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ?

a)

Krisis perebutan kuasa

b)

Kekurangan tenaga pakar

c)

Masalah perpaduan kaum

d)

Memulihkan sumber kewangan

67.

Rajah berikut berkaitan dengan usaha kerajaan ke arah pembangunan dan perpaduan bangsa Malaysia.

X-- -Ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969

-Bertujuan untuk mengembalikan keharmonian kaum

Apakah X?

a)

Majlis Amanah Rakyat

b)

Majlis Gerakan Negara

c)

Majlis Tindakan Negara

d)

Majlis Angkatan Tentera

68.

Apakah tanggungjawab MAGERAN ? [2 ans]

a)

Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948

b)

Menentukan pentadbiran yang licin

c)

Mengukuhkan sosioekonomi negara

d)

Memajukan sistem pendidikan negara

69.

Sultan Idris Iskandar Shah II ( Sultan Perak ) telah membantu mengatasi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Apakah bentuk bantuan tersebut ?

a)

Menyediakan petempatan khas

b)

Menghalang penerbitan semua akhbar

c)

Menasihat rakyat menjaga keamanan

d)

Menubuhkan pusat perlindungan

70.

Bagaimanakah tindakan untuk mengatasi masalah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?

a)

Pergerakan bersenjata

b)

Pemecatan pemimpin

c)

Pengisytiharan darurat

d)

Penangguhan pilihan raya