wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Meramalkan Bahaya (KYT)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Dari pandangan anda, di dalam situasi ini adakah masih sempat memotong di hadapan?

a)

Boleh jika menunggang dengan laju.

b)

Boleh jika kita berani.

c)

Beri lampu signal dan terus memotong.

d)

Tidak boleh, jarak terlalu dekat.

2.

Dari ramalan anda, apakah yang akan dilakukan kereta Toyota putih di hadapan anda?

a)

Tiba-tiba berhenti.

b)

Bergerak kehadapan.

c)

Membelok ke persimpangan kiri tanpa memberi lampu signal.

d)

Membelok Ke kanan.

3.

Di lampu isyarat anda hendak bergerak kehadapan, tetapi ada kereta Honda City membelok ke kanan. Adakah selamat jika dalam situasi ini?

a)

Biasa saja.

b)

Tiada apa-apa yang mungkin terjadi.

c)

Selamat, terus bergerak ke hadapan.

d)

Tidak selamat, kemungkinan kereta Honda City tiba-tiba mengubah halauan dan bergerak ke hadapan anda.

4.

Pada pernilaian anda, adakah permukaan jalan raya ini dalam keadaan selamat?

a)

Selamat, biasa saja.

b)

Selamat, boleh menungang dengan laju.

c)

Selamat, tapi perlu lebih berhati-hati dengn permukaan jalan yang ada kesan tumpahan minyak.

d)

Tidak tahu selamat atau tidak.

5.

Jalan sibuk, sempit dan ada lampu isyarat di hadapan tetapi di sebelah kanan lorong bertentangan tidak sibuk, untuk mengelak jalan sesak anda menggunakan lorong di sebelah supaya lebih mudah dan selesa. Adakah selamat tindakan yang ada lakukan dalam situasi ini.

a)

Lebih mudah dan cepat.

b)

Bahaya, risiko terlalu tinggi akan berlaku kemalangan.

c)

Tidak bahaya, kerana tiada kenderaan di hadapan.

d)

Ini adalah tindakan yang saya selalu lakukan supaya selamat dan selesa.

6.

Lori bergerak perlahan semasa mendaki bukit, anda berada di belakang lori tersebut. Apakah tindakan yang anda akan lakukan?

a)

Cepat-cepat memotong lori tersebut.

b)

Mengikuti lebih rapat ke lori tersebut supaya lori bergerak dengan laju.

c)

Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

d)

Perlahankan motosikal dan mengikuti dalam jarak lebih selamat.

7.

Di persimpangan yang tiada lampu isyarat, anda hendak ke lorong sebelah kanan untuk membelok ke kanan. Apakah yang perlu anda lakukan supaya mudah anda bergerak dengan selamat?

a)

Masuk di hadapan kereta merah dan terus masuk ke lorong kanan.

b)

Pandang kiri dan kanan, perlahan-lahan keluar ke kiri serta beri lampu isyarat untuk tukar lorong kanan.

c)

Bergerak laju untuk masuk dihadapan kereta merah dan tukar ke lorong kanan.

d)

Mencelah di hadapan kereta merah dengan laju supaya mudah bergerak.

8.

Di jalan lurus tiada banyak kenderaan, anda menunggang dalam kelajuan 110km/h adakah ada bahaya yang berkemungkinan boleh berlaku?

a)

Jalan yang tiada kenderaan adalah selamat untuk menunggang dengan kelajuan 100km/h.

b)

Perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling serta melihat kemungkinan haiwan liar melintas.

c)

Biasa saja, masih selamat.

d)

Tidak perlu meramalkan kerana situasi jalan tidak sibuk.

9.

Anda menunggang diatas highway, dihadapan anda ada susur keluar di sebelah kiri. Apakah situasi yang selalu berlaku ketika menunggang?

a)

Tiada apa-apa yang terjadi.

b)

Tidak dapat meramalkan.

c)

Biasa saja.Saya akan menambah kelajuan serta cepat-cepat memotong kehadapan.

d)

Kereta dan kenderaan berat akan menukar lorong dengan mengejut tanpa memberi lampu isyarat.

10.

Ketika anda menunggang, adakah berkemungkinan kereta putih akan keluar tanpa memberi lampu isyarat boleh terjadi. Apa tindakan anda?

a)

Tidak dapat meramalkan.

b)

Ya, berkemungkinan kereta putih akan keluar dengan tiba-tiba.

c)

Saya akan laju dan cepat-cepat memotong ke hadapan.

d)

Tiada ada apa-apa akan berlaku.