Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk Kampung Sentosa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang di belah dua

2.

Perasaan Encik Lee _______ apabila anaknya gagal dalam peperiksaan.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti kaca terhempas ke batu

3.

Air mukanya _______ kerana dijangkiti penyakit COVID-19.

a)

seperti ayam berak kapur

b)

seperti isi dengan kuku

4.

Nasihat ibu kepada Ramesh _______ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

bagai mencurah air ke daun keladi

5.

Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______ .

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

seperti anjing dengan kucing.

6.

Mulut Joo Min _______ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

7.

Jia Ling _______ kerana kurang membaca.

a)

seperti katak di bawah tempurung

b)

bagai pinang dibelah dua

8.

Berikan situasi berdasarkan peribahasa.

Bagai isi dengan kuku

a)

Ali dan Mei Fong bersahabat baik sejak di bangku sekolah lagi.

b)

Ali dan Mei Fong sering bertengkar apabila berjumpa.

9.

Berikan situasi berdasarkan peribahasa.

Malang tidak berbau

a)

Mereka sekeluarga mendapat hadiah percutian dalam cabutan bertuah itu.

b)

Mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan sewaktu hujan lebat semalam.

10.

Berikan situasi berdasarkan peribahasa.

Bagai ikan pulang ke lubuk

a)

Rashid pulang ke kampung halaman setelah dua tahun bekerja di luar negara.

b)

Rashid mengambil keputusan untuk berpindah ke luar negara setelah kematian isterinya.