wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Modul 10 analisis dan tafsiran Penyata kewangan

Total questions: 12

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut diberikan oleh Jaya Enterprise.

insurans terdahulu RM250

Overdraf bank RM1500

Akaun Belum Terima RM6000

Berapakah nisbah semasa Jaya Enterprise

a)

0.24 : 1

b)

0.29 : 1

c)

3.43 : 1

d)

4.17 : 1

2.

Bintang Enterprise ingin menilai prestasi perniagaannya untuk tahun 2009 dan tahun 2010 berdasarkan maklumat berikut.

Tahun 2009 2010

Peratus untung bersih atas jualan 16% 18%

Pilih faktor yang menyebabkan perubahan dalam peratus tersebut.

I Harga jualan telah dinaikan

II Volum Jualan telah bertambah

III pengendalian pernaiagaan bertambah cekap

IV Kelemahan dalam pengendalian perniagaan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

3.

Encik Ali memaklumkan firmanya akan memperoleh untung kasar sebanyak 30sen bagi setiap RM1 kos jualan.

Apakah analisis nisbah yang digunakan?

a)

Margin

b)

Mark up

c)

Nisbah kecairan

d)

Pulangan atas modal

4.

Nisbah semasa bagi Syarikat Nikmat ialah 2:1. Apakah tafsiran yang tepat?

a)

Jumlah liabiliti melebihi 2kali ganda aset

b)

2/3 daripada jumlah aset adalah aset semasa

c)

Setiap RM2 nilai aset semasa dapat menjelaskan RM1 nilai liabiliti semasa

d)

Jika RM2 yang dilaburkan. Syarikat memperoleh Pulangan sebanyak RM1

5.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Alley.

Tokokan 25%

Margin 10%

Apakah tafsiran dari maklumat tersebut?

a)

Setiap RM1 Kos Jualan, Untung kasar ialah 25sen

b)

Setiap RM1 Kos Jualan, Untung kasar ialah 10sen

c)

Setiap RM1 Untung kasar, Untung bersih ialah 25sen

d)

Setiap RM1 Untung kasar, Untung bersih ialah 10sen

6.

Rumus manakah yang betul?

a)

Nisbah semasa=

Liabiliti semasa/Aset semasa

b)

Inventori purata= (Inventori akhir + Inventori awal) /2

c)

Pulangan atas modal =

Untung Bersih/Modal awal X 100‰

d)

Kadar pusing ganti Inventori = Jualan/purata inventori

7.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Azizul

Inventori purata RM19000

Untung kasar RM42 400

Kadar pusing ganti Inventori. 4 kali

Berapakah Kos Jualan?

a)

RM93600

b)

RM76000

c)

RM61400

d)

RM47150

8.

Maklumat berikut diambil daripada buku Syarikat Mawar Sdn Bhd.

Akaun Belum Terima RM15000

Inventori Akhir RM5000

P. RM10000

Nisbah semasa Syarikat ialah 2 : 1

Apakah P?

a)

Tunai

b)

Bangunan

c)

Akaun Belum Bayar

d)

Gadai janji

9.

Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Syarikat Berkat.

Kos Jualan RM53603

Inventori 1 Ogos 2014. RM11260

Inventori 31 Julai 2015. RM12610

Berapakah kadar pusing ganti Inventori?

a)

2.25 kali

b)

4.25 kali

c)

4.49 kali

d)

4.76kali

10.

Firma Ayu Sarah mempunyai nisbah semasa 2 : 1

Apakah tafsiran yang betul megenai maklumat di atas?

a)

Firma mempunyai nisbah kecairan yang rendah

b)

Firma tidak berkemampuan menjelaskan hutang jagka pendek

c)

Setiap RM2 liabiliti semasa, firma mempunyai RM1 aset semasa

d)

Setiap RM2 aset semasa, firma dapat membiayai RM1 liabiliti semasa

11.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud kadar pusing ganti Inventori?

a)

Penjualan Inventori dan perbelanjaan perniagaan

b)

Berapa kali Inventori di nilai dalam satu tempoh perakaunan

c)

Berapa kali Inventori digantikan dalam satu tempoh perakaunan

d)

Pusing ganti Inventori yang tinggi dapat mengurangkan Kos penyimpanan

12.

Maklumat berikut diperolehi daripada buku perniagaan pelbagai firma

Firma Aman. Firma Bakti. Firma Ceria. Firma Damai

Untung Kasar RM20000. RM17000. RM13000. RM10000.

Untung Bersih. RM9000. RM8000. RM9500. RM5000

Modal Awal. RM40000. RM50000. RM40000. RM30000.

Berdasarkan analisis nisbah Pulangan atas modal, firma terbaik untuk membuat pelaburan ialah

a)

Firma Aman

b)

Firma Bakti

c)

Firma Ceria

d)

Firma Damai