Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA BULAN BAHASA
Total questions: 105
Worksheet time: 35mins
Pilih ayat pasif yang tepat.
Roti itu kamu makan.
Roti itu dimakan oleh kamu.
Pilih jawapan yang tepat
Di antara hobi saya ialah membaca buku.
Antara hobi saya ialah membaca buku.
Ana duduk di antara Mila dan Lina.
Ana duduk antara Mila dam Lina.
Pilih jawapan yang tepat.
Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik.
Punca pencemaran ialah seperti pembuangan sisa toksik.
Pilih ayat larangan yang tepat.
Usah jangan merokok.
Tolong jangan merokok.
Jangan merokok.
Sila jangan merokok.
Pilih jawapan yang tepat.
menghidangkan tetamu nasi lemak.
menghidangkan nasi lemak kepada tetamu.
Pilih jawapan yang tepat.
Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung.
Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung.
Pilih jawapan yang tepat.
Cikgu Ida menceritakan tentang pengalamannya.
Cikgu Ida menceritakan pengalamannya.
Pilih penggunaan angka yang betul.
1950-an
1950an
Pilih penggunaan perkataan 'saling' yang tepat.
Daud dan Lan saling kejar-mengejar.
Daud dan Lan saling mengejar.
Pilih kata ganda yang tepat.
Alat-alat tulis.
alat tulis-alat tulis
Sekolah saya __________ menganjurkan perkhemahan pasukan beruniform pada bulan hadapan.
akan
telah
pernah
sedang
Cikgu Shikin mengayuh bot berbentuk angsa di ________ tasik.
dalam
sisi
tengah
bawah
______________ barangan dari lori dilakukan oleh pekerja itu.
dipunggah
punggahan
memunggah
pemunggahan
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Para petani itu bertanam jagung ________ menantikan pokok padi menguning dan sesuai untuk dituai.
selagi
sehingga
sementara
semenjak
Perahu yang kami naiki ____________ apabila dipukul ombak.
beralun-alun
bergoyang-goyang
berolang-aling
berbolak-balik
" _______________ bertiga dari sekolah yang sama," kata Syahrul, Aswad dan Zulkarnain kepada pegawai sukan olahraga itu.
Kita
Kami
Kalian
Mereka
Cikgu Chu menampal hasil kerja murid pada ________________ di belakang kelas.
papan tanda
papan pameran
papan lapis
papan kenyataan
Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.
ruas
pohon
batang
rumpun
Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.
kaki ayam
kaki botol
kaki bangku
kaki judi
Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.
tegak
lurus
condong
senget
________________, kamu telah berjaya mengharumkan nama sekolah!
Syabas
Amboi
Wah
Oh
Adik Ilyana fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
laju
yakin
tegas
petah
________orang anak Puan Nabila melanjutkan pelajaran di luar negara.
Kedua
Setengah
Kedua-dua
Sebahagian
"Segala perintah tuanku akan _________ junjung," kata Bendahara Tun Perak.
saya
hamba
patik
kami
Ejaan yang betul bagi gambar di atas ialah
nasi hampit
nasi impit
nasi hempit
nasi himpit
Ejaan yang betul bagi gambar di atas ialah
baulu
bahulu
baolu
bahalu
Ejaan yang betul bagi gambar di atas ialah
begedil
bergedil
bergedel
burger dil
Ejaan yang betul bagi gambar di atas ialah
donut
donnut
donat
donnat
Beliau mendapat ________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.
hadiah
sumbangan
cenderamata
anugerah
Gambar-gambar itu disiarkan dengan ________ Jabatan Penerangan.
ehsan
ihsan
insan
perkenan
Arahan:
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mengandungi kesalahan penggunaan bahasa. Pilih jawapan yang betul bagi memperbaiki kesalahan tersebut.
Soalan:
Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
akan kami serahkan pada
kami akan serahkan pada
akan kami serahkan kepada
kami akan serahkan kepada
Arahan:
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mengandungi kesalahan penggunaan bahasa. Pilih jawapan yang betul bagi memperbaiki kesalahan tersebut.
Soalan:
Ibu tua itu menunggu kepulangan anaknya yang hilang di laut dari masa ke semasa.
dari masa kepada masa
dari semasa ke semasa
daripada masa ke semasa
dari masa ke semasa
Nasi yang _ diberikan oleh ibu kepada ayam-ayam peliharaannya.
tengik
panas
hangit
masam
Pokok yang _ di hadapan rumah Pak Abu ialah pokok rambutan.
pendek
rendah
bantut
rendang
Kuih yang dijual di Restoran Laman itu sungguh _ dan menyelerakan.
enak
manis
mahal
murah
Peluang untuk menggondol kejuaraan pertandingan bola sepak itu semakin _ apabila pasukannya mengalami kekalahan demi kekalahan.
hampir
sayup
jauh
samar
Pokok sawi yang ditanam oleh Pak Jamil itu hidup dengan _ walaupun tidak dibubuh baja kimia.
segar
hijau
subur
lebat
Puan Alyaa ........................... tetamu nasi ayam madu.
menghidangi
menghidangkan
Encik Asmad ..................................... kerja pengeditan kertas projek itu kepada pegawainya.
menugasi
menugaskan
Ibu .................................... buku-buku lama itu kepada abang.
menyerahi
menyerahkan
Abang Asmad........................... Amyra seutas rantai emas.
menghadiahi
menghadiahkan
Sultan Muzaffar Shah ........................................... bintang kebesaran kepada pahlawan itu.
menganugerahi
menganugerahkan
Hakim .......................... pesalah itu hukuman penjara.
menjatuhi
menjatuhkan
Nenek ................................ kakak tentang cara pemakaian yang betul.
menasihati
menasihatkan
Ibu .............................................. nota-nota tatabahasa yang mudah dan ringkas kepada Aulia.
membekali
membekalkan
Pengurus itu ......................... kepentingan penjagaan data syarikat kepada pekerjanya.
memaklumi
memaklumkan
Semasa hayatnya ________________ itu telah melakonkan banyak filem yang menarik.
A. pramugara
B. peragawan
C. olahragawan
D. seniman
Biasanya pada hujung minggu, tugas _____________ lebih sibuk kerana pada waktu tersebut ramai orang bercuti dan mengambil peluang berbelanja.
A. jurumesin
B. juruaudit
C. juruwang
D. jurufoto
.______________ itu sedang mendandan seorang pengantin perempuan di dalam biliknya.
A. Jururawat
B. Jurusolek
C. Juruiring
D. Jurugambar
Beberapa orang ____________ dari universiti tempatan hadir untuk menjadi ahli panel dalam forum itu.
A. sasterawan
B. budayawan
C. negarawan
D. cendekiawan
______________ yang baik perlulah diamalkan apabila berada dalam sesuatu majlis ataupun berada di sesuatu tempat .
A. Tatabahasa
B. Tatacara
C. Tatasusila
D. Tatakerja
______________ terkenal itu sering mendapat undangan menyanyi di majlis-majlis keramaian.
A. Seniwati
B. Biduanita
C. Sukarelawati
D. Peragawati
Ramai penuntut di universiti menawarkan diri untuk menjadi _______________pada Sukan SEA ke- 37.
A. wartawan
B. mahasiswa
C. sukarelawan
D. olahragawan
Program itu diadakan untuk menghargai jasa __________ dan _______________yang pernah memeriahkan dunia hiburan pada tahun 1960-an.
A. peragawan….peragawati
B. sasterawan…..sasterawati
C. olahragawan…olahragawati
D. seniman….seniwati
Ahmad Fahmi __________ kampung halamannya untuk ____________ pelajaran di Universiti Putra Malaysia.
A. meninggalkan … melanjut
B. meninggal ….lanjut
C. meninggalkan .. melanjutkan
D. meninggal ….. lanjutkan
Selepas minum kopi, Pak Ayub pun duduk __________ di anjung rumah sambil _______________ jalanya yang koyak.
A. bersimpuh ….menjahit
B. bersila….menyirat
C. bersila…..menenun
D. berlunjur…..menyulam
Guru itu sering dipuji _________ dia rajin bekerja.
atau
jika
agar
kerana
Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah _________ baik hati.
dan
tetapi
manakala
walaupun
Pencuri memasuki rumah itu _________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
agar
ketika
hingga
setelah
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan _________ bulan hadapan?
dan
atau
lalu
maka
Ah Meng mengambil surat itu ________ menyerahkannya kepada Rajoo.
lalu
agar
maka
kerana
Charles lulus ujian itu ______ adiknya tidak.
dan
serta
tetapi
malahan
Yoke Lan _________ sehingga tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi oleh pencuri.
pekak badak
tidur mati
lepas tangan
makan hati
Kotak yang berat itu tidak terangkat _________ Shamsul.
pada
dari
akan
oleh
Kempen kebersihan ini akan bermula pada hari ini dan akan berterusan _________ akhir tahun.
hingga
pada
semasa
semenjak
Berita _________ wabak pandemik Covid 19 yang melanda negara-negara di seluruh dunia disiarkan di dalam televisyen.
dalam
pada
dengan
tentang
Aina Sofia tampil _________ pentas untuk menerima hadiah _________ Guru Besar.
ke........ dari
di..... dari
ke........ daripada
di.......... daripada
Beberapa orang murid tidak dapat berdiri lama di ___________ sinaran matahari yang terik.
tepi
bawah
kanan
belakang
Negeri Perlis dan Kedah terletak di bahagian _______ Semenanjung Malaysia.
utara
selatan
timur
barat
Rahim terpaksa berjalan kaki ke sekolah _________ dia ketinggalan bas sekolah.
atau
kerana
manakala
hingga
Pelbagai ________ telah diberikan oleh pemaju perumahan itu kerana gagal menyiapkan Projek Kediaman Mesra Rakyat itu.
alasan
kritikan
cemuhan
tohmahan
________ pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan dokumentari sangat sesuai ________ tontonan seisi keluarga.
Pada ... untuk
Pada ... dengan
Bagi ... terhadap
Dalam ... kepada
Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya ________ membuat lawatan ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan akhir tahun nanti.
akan
harus
masih
pernah
________ murid Tingkatan 4 Dedikasi membuat kerja masing-masing apabila melihat Cikgu Hamdan menuju ke kelas mereka.
Semua
Seluruh
Sekalian
Setengah
Pengurus syarikat jualan langsung itu selalu menabur janji kepada para pelanggannya namun, satu pun tidak pernah ditunaikannya.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
lesung mencari alu.
lidah tidak bertulang
nasi sudah menjadi bubur.
menanti kucing bertanduk.
Golongan remaja yang masih menganggur dipelawa untuk menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka.
Pilih perkataan sinonim bagi menceburi.
melibati
merestui
mewarisi
mendalami
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Saya telah serahkan skrip jawapan karangan saya itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak dan dinilai semula.
Di manakah Cikgu Farhana letakkan skrip jawapan karangan kamu itu?
Bilakah kamu serahkan skrip jawapan karangan kamu itu kepada Cikgu Farhana?
Siapakah yang mengambil skrip jawapan karangan kamu itu daripada Cikgu Farhana?
Mengapakah kamu serahkan skrip jawapan karangan itu kamu kepada Cikgu Farhana?
Pilih ayat yang betul.
Cik Lizawatie baharu sahaja melaporkan diri di tempat kerja barunya.
Dia baharu sahaja sampai dari Kuala Lumpur menaiki kereta api elektrik.
Encik Ghani membeli kereta baru di Kota Bharu, Kelantan baharu-baharu ini.
Abang menghadiahi adik basikal baharu sempena hari ulang tahun kelahirannya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Aufa,” kata Aini.
Aini menasihati Aufa agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Aini meminta Aufa menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Aini memujuk Aufa membersihkan masalah yang dihadapinya supaya boleh berakhir.
Aini meminta Aufa menceritakan masalah yang dialaminya supaya boleh diselesaikan.
Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali...
tandantangan
tanggungjawab
setiausaha
ibu bapa
Betulkan kesalahan ejaan berikut:
Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.
documentari
dokumentari
dokumentary
dokkumentari
Nyatakan pola ayat berikut:
Bakul bulat di atas meja itu daripada daun mengkuang.
FN+FSN
FN+FK
FN+FA
FN+FN
Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka mendapat ________ tentang program itu.
kata dua
kata sepakat
hitam putih
jalan keluar
Pilih perkataan yang menjelaskan hukum D-M dengan tepat.
pendingin hawa
cili sos
Ali Restoran
mini zoo
Pilih ejaan yang betul
Resepi
Resipi
Pilih perkataan yang betul ejaannya.
kuetiau
kueyteow
Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.
Anak Mak Limah yang cantik itu menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Agama Tajung Kling.
Anak Mak Limah
Anak
Mak Limah yang cantik itu
Anak Mak Limah yang cantik itu
Pilih ejaan yang betul.
kraf tangan
keraf tangan
kraftangan
Seekor rusa berlari dengan __________ apabila dikejar oleh singa.
A. perlahan
B. pantas
C. tenang
D. deras
Kamil membuang biskut di dalam tin itu kerana sudah lemau dan berbau__________.
A. hapak
B. busuk
C. wangi
D. lazat
Rumah __________ yang terletak di hujung kampung itu akan dibaik pulih untuk dijadikan rumah tumpangan.
A. uzur
B. cantik
C. kerdil
D. usang
Para air Sungai Pahang telah meningkat __________ paras bahaya.
A. dari
B. pada
C.kepada
D. daripada
__________ pagi hingga petang Lokman menghabiskan masa cutinya di kedai runcit miik bapanya.
A. Pada
B. Dari
C. Ke
D. Di
Nenek begitu asyik menyiapkan anyaman tikar __________mengkuang semasa kami tiba di rumahnya.
A. daripada
B. kepada
C. pada
D. dari
Siew Lan mengumpul wang __________ dapat membayar kos rombongan ke Terengganu.
A. maka
B. sambil
C. supaya
D. malahan
Nama __________ disebutkan oleh guru disiplin pada pagi tadi ialah abang saya.
A. lalu
B. yang
C. maka
D. sambil
