wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ISU REMAJA: MASALAH KEMURUNGAN

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan punca-punca kemurungan KECUALI...

a)

rasa malu kesan daripada sejarah pahit

b)

kehilangan insan yang tersayang

c)

masalah keluarga

d)

berjaya dalam pelajaran

2.

Yang manakah pernyataan di bawah menerangkan tentang kemurungan?

a)

gangguan mental yang mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang

b)

pemikiran bersifat berselerak dan terpisah daripada realiti

c)

penyakit mental yang dikesan dengan perubahan mood yang melampau, daripada mania ke kemurungan dan sebaliknya.

d)

gangguan mental yang dicirikan dengan kelakuan ganas yang tidak terkawal.

3.

Cara bagi menangani kemurungan dengan bijak?

a)

tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan perasaan itu hilang

b)

bersenam atau melibatkan diri dalam sesuatu hobi

c)

mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga

4.

Berikut merupakan tanda-tanda kemurungan KECUALI...

a)

mengalami gangguan tidur dan selera makan

b)

keletihan dan kurang bertenaga semasa melakukan aktiviti harian

c)

sentiasa kelihatan sedih dan murung

d)

tabiat pemakanan yang normal

5.

Buli berkaitan hubungan ialah buli yang dilakukan bertujuan untuk membuat seseorang berasa terpinggir atau ditolak seperti dengan keengganan untuk bercakap dengan seseorang. Berdasarkan penerangan tersebut, gambar manakah yang menerangkan jenis buli tersebut?

a)

b)

c)

d)

6.

Yang manakah antara berikut BUKAN kesan Depresi?

a)

keyakinan diri

b)

sokongan keluarga, guru, rakan dan masyarakat

c)

emosi

d)

fizikal

7.

Bagaimanakah cara menguruskan kesihatan mental dan emosi kita?

a)

berpegang kepada ajaran agama

b)

mengambil alkohol dan dadah

c)

bersikap putus asa

d)

bersangka buruk dan berfikiran negatif

8.

Sikap membanding-bandingkan pencapaian akademik anak-anak dengan remaja lain boleh mengakibatkan masalah kemurungan.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Yang manakah antara berikut merupakan tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022?

a)

Bertindak Segera, Harapan Terbina

b)

Kempen Kesedaran Kemurungan: Jom Bincangkan

c)

Adakah Anda Minda Sihat?: Let's TALK

d)

Kesihatan dan Kesejahteraan Mental Keutamaan Global

10.

Rakan anda baru menghadapi kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam kemalangan jalan raya. Perubahan tingkah laku rakan anda sungguh merungsingkan. Apakah tindakan anda sebagai rakan bagi mengelakkannya daripada mengalami kemurungan?

a)

tidak menghormati perasaan ahli keluarga mangsa

b)

berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dengan rakan anda

c)

memperlekehkan masalah mereka

d)

menghakimi sikap dan emosi rakan yang lemah

11.

Individu yang mempunyai peristiwa hidup yang memberi impak atau trauma seperti penderaan fizikal / mental didapati mempunyai risiko rendah untuk menghidap depresi.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Depresi boleh mengakibatkan individu mempunyai pola pemikiran yang stabil dan mudah memberi perhatian.

a)

Betul

b)

Salah