WorksheetsBM Tahun 6 Ulangkaji
Total questions: 65
Worksheet time: 33mins
"Tolong belikan ______________ sekaki payung dan sekotak susu segar," kata Iza kepada Ina.
kita
saya
kami
mereka
Penyakit kuku dan mulut telah menyebabkan _________ ekor lembu di kampung itu mati.
segala
tiap-tiap
bertahun-tahun
berpuluh-puluh
Ibu merebus __________ ubi keledek untuk minum petang.
biji
buah
ketul
tongkol
Hubungan Ali dan Abu seperti __________
pungguk rindukan bulan
cincin dengan permata
aur dengan tebing
isi dengan kuku
"_________bergaya sungguh kamu hari ini!" kata emak kepada abang.
Amboi
Aduh
Nah
Eh
Encik Halim baru sahaja ___________ ke rumah yang baru dibelinya.
berensot
bergerak
berganjak
berpindah
Setelah lebih sebulan di tengah kota, Jai mula terkenang ___________ keluarganya di kampung.
akan
pada
sejak
tentang
Puan Sarah menyediakan ______________sebagai pencuci mulut untuk tetamunya.
bebola
agar-agar
sayur-mayur
rempah-ratus
Keropok yang disimpan di dalam botol itu _________ kerana penutup botol tidak ditutup rapat.
lesu
lembik
longlai
lemau
Datin Sherry telah menggunakan khidmat __________ dalaman untuk menyusun atur perabut di rumahnya.
jurusolek
jurutera
juruhias
jurubina
Para pendatang asing tanpa izin itu telah _______ pulang ke negara masing-masing.
dihantar
hantarkan
menghantar
penghantaran
Sejak negara dilanda musim panas, banyak rumah dipasang dengan __________ untuk keselesaan penghuninya.
pemanas air
pendingin hawa
penghalau serangga
penyedut hampagas
Abang Pravin akan mendarat tiba dari _________ sebentar lagi.
Menara KOMTAR, George Town
Underwater World Langkawi
Lapangan Terbang Dublin
Litar Lumba F1, Sepang
Nenek menikmati pemandangan indah kampung dari tepi tingkap. Perkataan sinonim bagi kampung adalah ____________
kota
desa
bandar
pedalaman
Jalan-jalan utama mulai sesak apabila tiba waktu lewat petang.Perkataan antonim bagi sesak ialah ____________
tegang
lengang
renggang
senggang
Pilih ayat pasif yang sama maksud dengan ayat aktif yang diberi.
Saya akan memberitahu maklumat lanjut dalam kiriman e-mel nanti.
Maklumat lanjut akan saya beritahu dalam kiriman e-mel nanti.
Dalam kiriman e-mel nanti, maklumat lanjut saya akan diberitahu,,
Maklumat lanjut akan diberitahu oleh e-mel saya dalam kiriman nanti.
Dalam kiriman e-mel nanti, saya akan diberitahu tentang maklumat lanjut.
Pilih ayat yang betul.
Rumah baharu Puan Aminah amat cantik sekali.
Semua orang tahu bahawa punca masalah itu tidak saya.
Para guru-guru sedang mengambil tempat di dalam bilik mesyuarat.
Bila jam menunjukkan pukul 8.00 pagi, abang pun berjalan masuk ke pejabatnya.
Penduduk kampung memberikan kerjasama yang ___________ baik untuk menjayakan aktiviti itu.
amat
terpaling
Pemandangan pulai itu dari atas bukit, kelihatan indah ______________.
nian
agak
Murid-murid berasa ____________ gembira ketika menyaksikan persembahan itu.
tersungguh
sangat
Pertunjukan silap mata adalah acara yang ________ dinanti-nantikan pada Hari Kanak-kanak
sekali
paling
Bilik tidur itu telah dikemas oleh kakak pagi tadi.
Bina ayat aktif bagi ayat pasif di atas.
Dikemas bilik tidur itu pagi tadi.
Kakak telah mengemas bilik tidur itu pagi tadi.
Tulis penjodoh bilangan bagi perkataan ini.
Sabun
bentuk
buku
buah
ketul
Tulis penjodoh bilangan bagi perkataan ini.
Cincin
biji
ketul
bentuk
tongkol
Tulis penjodoh bilangan bagi perkataan ini.
Sate
tongkol
baris
biji
cucuk
Beberapa ___________ cecair perasa vanila dimasukkan ke dalam adunan kek itu oleh emak.
cubit
genggam
tompok
titis
"Kalian __________ segera ke lokasi kebakaran," kata pegawai bomba itu kepada anak buahnya.
boleh
harus
sudah
pernah
Yusman ________ Encik Azlan dan Encik Azman melalui khidmat pesanan ringkas kepada kedua-duanya.
melekatkan
mencantumkan
menggabungkan
mempertemukan
Mei Ling yang gagal menghubungi ibunya tiada _______ lagi rindunya kerana sudah seminggu mereka tidak bertemu.
terkatakan
mengata
katakan
dikata
Pak cik Mujer berjaya memancing seekor ikan pari yang mempunyai ekor yang berbisa dan berbentuk __________ .
tirus
leper
bujur
lonjong
Tukang masak yang terlibat dalam sesi rakaman rancangan 'Selera Kita' itu menyediakan sajian makanan tradisional mengikut _______ yang betul.
tatasusila
tatatertib
tatakerja
tatacara
Permaisuri Ratnasari memahami _______ putera baginda dalam majlis pemakaman ayahandanya itu.
kemasyghulan
persantapan
pertabalan
ketulahan
farah dan ayahnya gemar mengumpul ________ jenis bahan antik tembaga.
setengah
sekalian
semua
seluruh
Hasrat Abang Hakim untuk menjadi petani moden tidak tercapai, akhirnya dia _________ di sebuah kilang di Pulau Pinang.
makan garam
makan lawan
makan angin
makan gaji
Kesedaran tentang pentingnya pengagihan wang dengan bijaknya dapat mendidik murid supaya lebih berjimat cermat.
Pilih perkataan sinonim bagi pengagihan.
pembahagian
pengedaran
penyebaran
pemberian
Murid perempuan itu kelihatan gagap ketika diminta memperkenalkan dirinya di hadapan kelas oleh Cikgu Erni Reiyana.
Pilih perkataan antonim bagi gagap.
lantang
cepat
petah
bijak
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Siapakah yang membawa lelaki itu untuk mendapatkan rawatan?
Kisman yang membawa lelaki itu untuk mendapatkan rawatan.
Ya, lelaki itu mendapat rawatan selepas dibawa oleh Kisman.
Kisman dan lelaki itu bersama-sama mendapatkan rawatan.
Kisman dibawa oleh lelaki itu untuk mendapatkan rawatan.
Para peniaga-peniaga perlu mempamerkan lesen masing-masing sewaktu berniaga di pasar malam.
betul
salah
Johan bagi pertandingan lumba lari semasa Hari Sukan itu tidak dari pasukan rumah sukan kami.
betul
salah
Lantaran mempunyai wang simpanan yang cukup, abang dapat membeli kereta idamannya.
betul
salah
Bagi Mohan, kemiskinan keluarganya pada masa lalu menjadikannya bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Usaha Bapa dan abang-abang Mohan itu seperti "______________________________________".
sikit-sikit lama-lama jadi bukit
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
melentur buluh biarlah dari rebungnya
alah bisa tega biasa
Saya berasa bertuah kepdaa dapat berkongsi pendapat dengan kawan-kawan tentang faedah ______________.
menjimatkan
dijimatkan
penjimatan
berjimat
Kawan-kawan, sikap ini perlu kita ______________ sejak kecil lagi.
mengamalkan
diamalkan
amalan
amalkan
Berjimat cermat amalan yang ______________
malas
mulia
tegas
keras
Mohan memperoleh RM50.00 selepas __________________ pertandingan mendeklamasikan sajak sempena Minggu Bahasa.
memenangi
dimenangi
pemenang
kemenangan
Sikap berjimat patut kita ______________.
mencontohi
dicontohi
contohi
contoh
Kebun sayur Pak Wong ________________ macam lautan.
besar
kecil
luas
sempit
Perangkap lalat buah dapat _____________________ lalat buah merosakkan buah nona.
dihalang
menghalang
halangan
penghalang
Di manakah Inspektor Sabrina _________________?
tugasan
ditugaskan
menugaskan
bertugas
________________ cari maklumat tambahan tentang tokoh bahasa itu.
jemput
sila
Usah
Jangan
Beliaulah yang ________________ usaha membangunkan negara.
pemimpin
memimpin
dipimpin
pimpinan
Marilah kita _____________________ tokoh-tokoh negara.
menghargai
dihargai
penghargaan
harga
Kenapa wajah awak ___________ macam cuka ?
manis
masin
masam
pahit
Para pemain bola sepak _________________ kerana hujan turun dengan lebat semasa perlawanan berlangsung.
kering-kelontang
hingar-bingar
basah kuyup
kacau-bilau
Suasana menjadi ____________________ setelah perlawanan bola jaring bermula.
kacau-bilau
sorak-sorai
riuh-rendah
lalu-lalang
Encik Melvin memiliki sebuah ___________ kecil di belakang rumahnya untuk membuat rebana, kompang, gendang silat, serunai dan canang.
reban
gazebo
bengkel
banglo
Bahan seperti kulit kerbau, kayu pokok angsana, nangka dan batang pokok kuini diperoleh ___________ masyarakat setempat.
kepada
akan
dari
daripada
Ceritakanlah pengalaman kamu _______________ kami.
untuk
terhadap
kepada
pada
Desa Ukiran Kayu ialah kompleks yang __________________ seni ukir dan pertukangan Melayu.
pameran
terpamer
dipamerkan
mempamerkan
Masyarakat Malaysia kaya ______________ warisan seni halus.
akan
dengan
terhadap
pada
Banjir kilat berlaku kerana hujan turun dengan _______________nya.
kuat
banyak
lebat
lemah
Anak-anak haruslah taat __________ ibu bapa mereka.
pada
kepada
dengan
akan
Alisya sayang _____________ ibu bapanya.
pada
kepada
akan
dengan
Semangat cinta _____________ negara perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat.
pada
kepada
terhadap
akan
Pelancong asing itu tertarik _____________ keindahan panaroma itu.
akan
pada
kepada
terhadap
