wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah contoh kata tunggal.

a)

meja-meja

b)

meja

c)

meja tulis

d)

di atas meja

2.

Antara berikut merupakan kata majmuk kecuali

a)

ibu bapa

b)

guru-guru

c)

kaki bangku

d)

tanggungjawab

3.

Perkataan di bawah merupakan kata tunggal kecuali

a)

air

b)

olahraga

c)

sukan

d)

saya

4.

Antarabangsa merupakan kata ____________

a)

tunggal

b)

majmuk

c)

ganda

d)

kerja

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata tunggal?

a)

Perkataan yang menerima imbuhan

b)

Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan

c)

Perkataan yang mengalami penggandaan

d)

Perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih

6.

Luncur jet, luncur air dan luncur angin merupakan kata __________

a)

tunggal

b)

ganda

c)

terbitan

d)

majmuk

7.

Pilih kata terbitan apitan

a)

Ucapkan

b)

Pembesar

c)

Mencapai

d)

Pendidikan

8.

Berikut ialah contoh kata majmuk kecuali __________

a)

taman tema air

b)

terima kasih

c)

tanggungjawab

d)

saya percaya

9.

Saya, aku, kami dan kita merupakan kata __________

a)

ganti nama tempat

b)

ganti nama tunjuk

c)

ganti nama diri pertama

d)

ganti nama diri kedua

10.

Pilih kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut beserta jawapan yang tepat:

Semua rakyat harus memiliki semangat cinta dengan tanah air.

a)

rakyat ---> rakyat-rakyat

b)

harus ---> wajib

c)

memiliki ---> dimiliki

d)

dengan ---> akan

11.

Pilih kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut beserta jawapan yang tepat:

Setiap anggota masyarakat harus sedar yang membaca dapat meningkatkan pengetahuan.

a)

sedar ---> berjaga

b)

yang ---> bahawa

c)

membaca ---> pembacaan

d)

meningkatkan ---> meningkat

12.

Pilih kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut beserta jawapan yang tepat:

"Kita akan menerangkan penyakit strok dengan lebih jelas lagi," kata Doktor Suhaila kepada Munira.

a)

Kita ---> Kami

b)

menerangkan ---> terangkan

c)

Kita---> Saya

d)

kepada ---> pada

13.

Tentukan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat berikut :

Semua pelajar-pelajar dikehendaki berada di dataran pada jam 3.30 petang ini.

a)

Semua pelajar-pelajar ---> Semua pelajar

b)

dikehendaki ---> diperlukan

c)

di dataran ---> didataran

d)

di dataran ---> pada dataran

14.

Tentukan kesalahan bahasa dalam ayat berikut :

Sebahagian besar dari kumpulan remaja Malaysia kurang gemar membaca buku ilmiah.

a)

dari ---> daripada

b)

Sebahagian ----> Semua

c)

kurang ----> sedikit

d)

gemar ----> kegemaran

15.

Pilih ejaan yang betul

a)

bandaraya

b)

olah raga

c)

motorsikal

d)

pasar raya

16.

Kebaikan membaca ialah ___________

a)

ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil

b)

pihak sekolah perlu mengadakan program membaca di sekolah

c)

menambahkan ilmu pengetahuan

d)

kurangnya kesedaran tentang faedah membaca

17.

Langkah mewujudkan semangat kejiranan ialah ______________

a)

kurangnya kesedaran amalan hidup berjiran

b)

sikap pentingkan diri sendiri

c)

ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil

d)

mendapatkan pertolongan dengan mudah

18.

Manfaat bersukan dan beriadah ialah ___________

a)

melakukan aktiviti bersukan tiga kali seminggu

b)

mengurangkan risiko menghidap penyakit berbahaya

c)

kurangnya kesedaran menjaga kesihatan

d)

ibu bapa perlu membawa anak-anak bersukan dan beriadah

19.

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk tema bersukan dan beriadah.

a)

bagai katak di bawah tempurung

b)

bersatu teguh bercerai roboh

c)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

d)

badan cergas otak cerdas

20.

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk amalan hidup berjiran

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

b)

bagai kera menbaiki labu

c)

usaha tangga kejayaan

d)

ada udang di sebalik batu