Font size
WorksheetsSUBTOPIK 6.1 PENGENALAN KPD PENGURUSAN & 6.2 KEMAHIRAN PENGURUSN
Total questions: 49
Worksheet time: 28mins
Apakah definisi Pengurusan
proses formal dan sistematik yang melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal sumber manusia dan sumber bukan manusia secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi
Proses menentukan visi, misi dan matlamat dan
membentuk tindakan yang diambil untuk mencapai
matlamat tersebut
Suatu proses di mana pemimpin akan cuba
mempengaruhi, mendorong dan memotivasikan
pekerjanya untuk melaksanakan sesuatu tugas yang
diberikan untuk mencapai matlamat organisas
Pilih Kepentingan Pengurusan
Sebagai Lambang, simbol, tunggak/orang terpenting
Membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan
Sebagai alat kawalan
Fungsi Pengurusan
Undang-Undang
Kawalan pengurusan
Perancangan
Peranan Pengurus mengikut Teori Mintzberg
Bermaklumat
pembuatan keputusan
pembahagian kerja
antara perorangan
Pilih Prinsip Pengurusan Henri Fayol
tiada sifat pilih kasih
bermaklumat
esprit de corps
pemusatan
autoriti
Apakah Kepentingan Kemahiran Pengurusan
Panduan pembuatan keputusan
Fahami persekitaran perniagaan
Membolehkan pengurus mengurus masa secara cekap dan berkesan
Apakah jenis kemahiran pengurusan
kemahiran pembuatan keputusan
kemahiran konseptual
kemahiran lisan
kemahiran kemanusiaan
kemahiran bercakap
pendekatan pemikiran pengurusan
pendekatan klasikal
pendekatan saintifik
pendekatan sains pengurusan
pendekatan moden
pendekatan kemanusiaan
pendekatan moden
teori sistem
teori sains pengurusan
teori sistem pengurusan maklumat
teori kontingensi
tiga peringkat pengurusan
pengurusan atasan
pengurusan aktif
pengurusan bawahan
pengurusan pertengahan
pengurusan atasan sangat memerlukan kemahiran (a)
pengurusan bawahan sangat memerlukan kemahiran (a)
Pengurusan pertengahan sangat memerlukan kemahiran (a)
Proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi
perancangan
pengorganisasian
kepimpinan
pengawalan
Proses menyusun/menyelaras dan mengagihkan/membahagikan sumber-sumber organisasi (sumber manusia atau aset) untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai.
perancangan
pengorganisasian
kepimpinan
pengawalan
Proses dimana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan
perancangan
pengorganisasian
kepimpinan
pengawalan
Proses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir tercapai seperti yang telah dijangkakan sebenar
perancangan
pengorganisasian
kepimpinan
pengawalan
Menyempurnakan sesuatu kerja yang membantu ke arah memenuhi objektif sesebuah syarikat
keberkesanan
kecekapan
Melakukan sesuatu kerja yang betul
(do the right thing)
keberkesanan
kecekapan
Melaksanakan sesuatu kerja dengan usaha, perbelanjaan dan sisa yang minimum
keberkesanan
kecekapan
Melakukan sesuatu kerja dengan betul
(do the thing right)
keberkesanan
kecekapan
Pengurus peka terhadap perubahan persekitaran dalam dan luar organisasi
pemantau / pengawas
penyampai
jurucakap
Pengurus menyampaikan maklumat kpd pekerja
pemantau / pengawas
penyampai
jurucakap
Pengurus menyampaikan maklumat kpd pihak luar, melalui sidang media dan sebagainya.
pemantau / pengawas
penyampai
jurucakap
Pengurus menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik, orang terpenting dalam organisasi terutama dalam acara penting organisasi. Menjadi wakil dalam sebuah jabatan.
Orang terpenting/ tunggak/ simbol/ Iambang (figurehead)
Pemimpin/ ketua (leader)
Penghubung/ orang tengah/ pengantara (liaison)
Pengurus mengarah pekerja bagi melaksanekan tugas untuk meningkatkan pencapaian. Mengkoordinasi tugas-tugas untuk meningkatkan pencapaian. Memotivasi/ mempengaruhi pekerja bagi melaksanakan tugas untuk meningkatkan pencapaian. Menjadi ikutan/ role model kepada pekerja lain
Orang terpenting/ tunggak/ simbol/ Iambang (figurehead)
Pemimpin/ ketua (leader)
Penghubung/ orang tengah/ pengantara (liaison)
Mengekalkan hubungan atau membina jaringan (networking) dalam organisasi.
Mengekalkan hubungan atau membina jaringan (networking) di luar organisasi.
Orang terpenting/ tunggak/ simbol/ Iambang (figurehead)
Pemimpin/ ketua (leader)
Penghubung/ orang tengah/ pengantara (liaison)
Pengurus sentiasa berusaha untuk meningkatkan perniagaan melalui idea-idea baru dan secara inovatif, kreatif dan kritis. Sanggup menanggung risiko/ Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran.
usahawan
perunding
Pembahagi sumber/ pengagih sumber
Penyelesai masalah/ pengawal gangguan
Pengurus mewakili organisasi untuk berurusan dengan pihak Iuar atau pihak-pihak berkepentingan
usahawan
perunding
Pembahagi sumber/ pengagih sumber
Penyelesai masalah/ pengawal gangguan
Sumber organisasi seperti pekerja, wang, bahan mentah, peralatan, mesin akan diagihkan kepada jabatan tertentu menurut keperluan organisasi mengikut keutamaan dan kepentingan tugas.
usahawan
perunding
Pembahagi sumber/ pengagih sumber
Penyelesai masalah/ pengawal gangguan
Pengurus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memberi penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi
usahawan
perunding
Pembahagi sumber/ pengagih sumber
Penyelesai masalah/ pengawal gangguan
(1) Teori Pengurusan Saintifik (Frederick Taylor, Frank & Lilian Gilbreth, Henry L. Gantt)
- Menekankan kajian saintifik tentang kaedah kerja Yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pekerja dalam proses pengeluaran seterusnya meningkatkan produktiviti dan keuntungan organisasi.
(2) Teori Organisasi Klasik (Henri Fayol, Max Weber, Chester Barnard)
- Menekankan usaha menetapkan garis panduan dan kaedah menyeluruh untuk menguruskan sesebuah organisasi yang kompleks.
Pendekatan Klasikal
Pendekatan Kemanusiaan/ Gelagat
Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif
Pendekatan Moden/ Kontemporari
(1) Pergerakan Hubungan Kemanusiaan (Hugo Munsterberg, Mary Parker Follet, Elton Mayo- Kajian Hawthorne)
- Menekankan hubungan dan interaksi yang baik antara pengurus dengan pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.
(2) Teori Sains Gelagat (Abraham Maslow.Teori Hierarki Keperluan Maslow, Douglas McGregor-Teori X dan Teori Y)
- Menitikberatkan penyelidikan saintifik, psikologi, ekonomi dan sosiologi sebagai asas untuk memahami gelagat manusia dalam organisasi.
Pendekatan Klasikal
Pendekatan Kemanusiaan/ Gelagat
Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif
Pendekatan Moden/ Kontemporari
(1) Teori Sains Pengurusan
- Penggunaan model & formula untuk meningkatkan kecekapan.
(2) Teori Pengurusan Operasi
- Menekankan kepada penggunaan kaedah statistik dan matematik dalam pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam membuat keputusan.
(3) Teori Sistem Pengurusan Maklumat
Melibatkan penggunaan teknologi maklumat atau sistem kompüter untuk menguruskan data organisasi serta dapat juga meningkatkan kecekapan proses membuat keputusan.
Pendekatan Klasikal
Pendekatan Kemanusiaan/ Gelagat
Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif
Pendekatan Moden/ Kontemporari
(1) Teori Sistem
- Menganggap organisasi sebagai satu sistem yang mengandaikan setiap bahagian dalam organisasi yang berlainan mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Setiap tindakan satu bahagian akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhannya. Sebagai satu sistem organisasi menerima input dan mengubah melalui proses transformasi untuk menghasilkan output.
(2) Teori Kontingensi
- Teori ini juga dikenali sebagai teori situasi. Mengikut sistem ini tiada satu pendekatan yang terbaik yang boleh digunakan untuk semua situasi. Pengurusan adalah bergantung pada faktor kontingensi (Faktor dalaman dan faktor luaran organisasi). Pengurus perlu mengenal pasti ciri-ciri sesuatu situasi dahulu sebelum memilih teknik atau kaedah atau pendekatan pengurusan yang bersesuaian berdasarkan kepada perubahan persekitaran.
Pendekatan Klasikal
Pendekatan Kemanusiaan/ Gelagat
Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif
Pendekatan Moden/ Kontemporari
(1) Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas.
(2) Memilih dan melatih pekerja secara saintifik.
(3) Pembahagian tugas yang adil
(4) Menitikberatkan kerjasama antara pengurus dengan pekerja demi mencapai matlamat organisasi.
PRINSIP PENGURUSAN FREDERICK TAYLOR
PRINSIP PENGURUSAN MAX WEBER
PRINSIP PENGURUSAN HENRI FAYOL
(1) Pembahagian kerja
(2) Espnt de corps
(3) inisiatif
(4) Ganjaran
(5) Susunan terlıb
(6) Kesamarataan/ ekuiü
(7) Rantaian skala
(8) Disiplin
(9) Paduan perintah
(10)Paduan arahan
(11)Mengutamakan kepentingan organisasi
(12)Pemusatan
(13)Kestabilan personel
(14)Autoriti
PRINSIP PENGURUSAN FREDERICK TAYLOR
PRINSIP PENGURUSAN MAX WEBER
PRINSIP PENGURUSAN HENRI FAYOL
(1) Pembahagian dan pengkhususan kerja akan meningkatkan kemahiran pekerja.
(2) Hierarki dan autoriti yang jelas supaya segala aktiviti dapat dikoordinasikan.
(3) Pengamalan peraturan dan prosedur agar wujud kesamarataan dalam membuat keputusan.
(4) Tiada sifat pilih kasih.
(5) Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi.
PRINSIP PENGURUSAN FREDERICK TAYLOR
PRINSIP PENGURUSAN MAX WEBER
PRINSIP PENGURUSAN HENRI FAYOL
Peringkat pengurusan yang bertanggungjawab menetapkan polisi. membentuk strategi, membuat perancangan strategik dan menentukan dasar organisasi
pengurusan atasan
pengurusan pertengahan
pengurusan bawahan
Peringkat pengurusan yang bertanggungjawab kepada pengurusan atasan dan terlibat dalam perancangan taktikal
pengurusan atasan
pengurusan pertengahan
pengurusan bawahan
Peringkat pengurusan yang bertanggungjawab untuk menyelia aktiviti pekerja dan operasi pengeluaran secara langsung.
pengurusan atasan
pengurusan pertengahan
pengurusan bawahan
Keupayaan pengurus untuk melihat organisasi secara keseluruhan, hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan persekitaran organisasi yang terlibat. Pengurus melihat perkaitan antara syarikat dengan persekitaran, seperti pesaing, pembekal, kerajaan, dan sebagainya
Kemahiran Konseptual
Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusiaan
Kemahiran Teknikal
Kemahiran Pengurusan Masa
Kemahiran Pembuatan keputusan
Keupayaan seseorang pengurus bekerja secara efektif dengan orang lain. Pengurus bukan sahaja berinteraksi dengan pekerja malah dengan rakan sekerja dan semua pihak yang berkaitan dalam organisasi. Pengurus juga akan terlibat dalam berinteraksi/ berkomunikasi dengan pihak luar syarikat seperti pelanggan, pembekal dan sebagainya.
Kemahiran Konseptual
Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusiaan
Kemahiran Teknikal
Kemahiran Pengurusan Masa
Kemahiran Pembuatan keputusan
Keupayaan dan kecekapan seseorang pengurus untuk memahami dan menggunakan teknik, kaedah, sistem, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan. Kemahiran ini diperlukan bagi tujuan mengoperasi mesin dan peralatan serta penggunaan prosedur dan kaedah melakukan kerja dalam organisasi.
Kemahiran Konseptual
Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusiaan
Kemahiran Teknikal
Kemahiran Pengurusan Masa
Kemahiran Pembuatan keputusan
Penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kerja. Kemahiran bekerja secara berkesan dan mengagihkan tugasan dan kerja secara tersusun dan berjadual.
Kemahiran Konseptual
Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusiaan
Kemahiran Teknikal
Kemahiran Pengurusan Masa
Kemahiran Pembuatan keputusan
Pengurus memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif-alternatif penyelesaian masalah dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Kemahiran Konseptual
Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusiaan
Kemahiran Teknikal
Kemahiran Pengurusan Masa
Kemahiran Pembuatan keputusan
Pengurusan atasan sangat memerlukan kemahiran.....
kemahiran konseptual
kemahiran antara perorangan
kemahiran pembuatan keputusan
kemahiran pengurusan masa
Pengurusan pertengahan sangat memerlukan kemahiran.....
kemahiran konseptual
kemahiran antara perorangan
kemahiran pembuatan keputusan
kemahiran pengurusan masa
Pengurusan bawahan sangat memerlukan kemahiran.....
kemahiran konseptual
kemahiran teknikal
kemahiran pembuatan keputusan
kemahiran pengurusan masa
