Font size
WorksheetsBMTATA T2 SIRI 4
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk.
dikupas
dikopek
ditarah
disiang
1. Ayah ___________ kasut kesayangannya yang telah lama disimpan di atas almari itu hingga berkilat.
mengelap
menggilap
mengusap
mengesat
2. Alias gemar menghabiskan masa lapangnya dengan melayari __________ untuk tujuan meneroka pengetahuan baharu.
kafe siber
pusat sumber
laman sesawang
laman Internet
3. Kita perlulah bersarapan dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti kerana jika tidak bersarapan, badan kita akan ___________.
lemau
lemah
lembik
longlai
Pilih yang mana salah, jika tiada salah, pilih tiada kesalahan.
4. Ah Keong menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh gurunya. Tiada kesalahan.
menggaru-garu
menjawab
diajukan
Tiada kesalahan.
Pilih yang mana salah, jika tiada salah, pilih tiada kesalahan.
5. Pemuda itu ditangkap oleh pihak polis setelah beliau cuba merenggut beg tangan ibu saya di Lorong Haji Taib. Tiada kesalahan
ditangkap
beliau
merenggut
Tiada kesalahan
6. Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Ilyas membersihkan kandang kereta milik ayahnya.
II. Kawanan lembu milik Pak Saleh itu pulang semula ke kandang.
III Keadaan ruang tamu rumah yang berserakan dilihat seperti kandang kerbau.
IV Murugan yang berusia 20 tahun itu diarahkan berdiri di dalam kandang tertuduh.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
7. Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Kertas kerja ini akan kami bentang dalam mesyuarat pada petang nanti.
II Bentang yang ditarik oleh kerbau Pak Mat sudah reput.
III Lisa bentang sejadah kepada ibunya yang uzur untuk memudahkan ibunya solat.
IV Aini mengalami bentang kerana tidak berpantang dengan betul selepas bersalin.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
8. Aswan memaparkan gambar pelbagai jenis-jenis kain yang digunakan untuk mengikat destar.
pelbagai jenis kain
berbagai jenis kain
pelbagai jenis kain-kain
pelbagai jenis-jenis kain
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
9. Izara membentangkan hasil kerjanya dengan tenang kepada rakan-rakan sekelasnya.
membentangkan dengan tenang hasil kerjanya
membentang hasil kerja dengan tenangnya
dibentangkan hasil kerja dengan tenangnya
membentangkan hasil kerjanya dengan tenang
10. Pilih ayat-ayat yang betul.
I Kim Yong ke hutan untuk mencari kumbang.
II Ayah tiba-tiba mengalami sesak nafas selepas pulang dari kebun.
III Kumala jatuh terpelanting akibat terpijak paku ketika berjalan pulang ke rumahnya.
IV Pekerja itu memasang alat penghawa dingin di ruang pejabat selepas diarahkan oleh pengurus syarikat itu.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
13. Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
“Apakah yang diceritakan oleh Zaleha kepada kamu dalam e-mel yang dihantarnya itu?” tanya Nur kepada Salmah.
Salmah bertanya kepada Nur perkara yang diceritakan oleh Zaleha menerusi e-mel yang dihantarnya.
Nur bertanya kepada Salmah perkara yang diceritakan oleh Zaleha melalui emel yang dihantar kepada Salmah.
Zaleha bertanya Nur tentang perkara yang diceritakan oleh Salmah melalui e-mel yang dihantarnya.
Nur bertanya kepada Zaleha tentang isu yang diutarakan dalam e-mel yang dikirimkan oleh Salmah kepadanya.
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14. Tuk Dukun amat berbesar hati dan berterima kasih atas pertolongan ikhlas penduduk kampung yang telah melancarkan tabung derma kilat untuk pembedahan anak tunggalnya.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
15. Pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan. Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah
bagai isi dengan kuku
bagai pucuk dilancarkan
bagai pinang dibelah dua
bagai kaca terhempas ke batu
berani kerana benar,.......................................
takut kerana salah
jangan mati adat
kalau tidak ke nasi
tak hendak seribu dalih
Kenneth membaca majalah kesukaannya ........................ mendengar radio.
sambil
manakala
atau
hingga
Tangan kita perlu sentiasa dicuci _______ tidak dijangkiti kuman.
jikalau
ketika
lalu
agar
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ........................... bulan hadapan?
atau
dan
lalu
maka
Ayat majkmuk campuran boleh difahami sebagai ...
Gabungan ayat majmuk dan mempunyai tidak lebih daripada satu kata hubung.
Gabungan ayat tunggal dan ayat dasar yang membentuk ayat majmuk
terdapat lebih daripada daripada satu kata majmuk
gabungan ayat majmuk dan mempunyai lebih daripada satu kata hubung.
Yang manakah bukan ayat majmuk campuran ?
Aloi dan ayah menaiki basikal yang sudah rosak itu tetapi Ahmad berjalan kaki sahaja.
Kereta yang berwarna merah jenama proton milik pemain bola sepak Malaysia itu telah disita oleh Polis Diraja Malaysia di kawasan perumahan berhampiran Bandar Putrajaya.
Yusuf dan Aston bersahabat baik tetapi Ayub dan Amir sering bermusuhan
Belia meletakkan barang dan air minuman di atas meja yang usang itu kerana beliau ingin sedekah kepada geladangan yang tinggal berhampiran kawasan itu.
Antara yang berikut yang manakah bukan ayat majmuk pancangan ?
Amri menikmati makanan yang terhidang di atas meja semasa berbuka puasa.
Ali dan Abu diberitahu bahawa bilik itu tidak berpenghuni tetapi kedengaran bunyi telapak kaki setiap malam seakan menidakkan kenyataan itu.
Ali menyatakan bahawa tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan perbalahan
Daniel memakai baju yang berwarna kuning itu.
Syamil sedang tidur tetapi adiknya yang berumur lima tahun itu sedang bermain.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran.
betul
salah
tidak pasti
Pengetua memaklumkan bahawa sekolah akan ditutup selama seminggu.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan komplemen.
betul
salah
tiddak pasti
Ali tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk pancangan keterangan.
betul
salah
tidak pasti
Penonton yang menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak itu tidak berpuas hati kerana ___________________ asyik tersilap menyebut nama pemain.
juruulas
juruacara
jurubahasa
jururunding
Pasar Raya Super Jimat akan membuat ___________________ harga barangan secara besar-besaran sempena Hari Krismas nanti.
turunan
menurun
keturunan
penurunan
Remaja yang baru ditemui setelah sesat di dalam hutan itu telah _________________________ dengan pelbagai soalan oleh orang ramai.
dicurahi
dihujani
dibanjiri
dilimpahi
Wajah Pak Rahmat ______________________ apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya pada petang itu.
berseri-seri
berkilau-kilau
berpinar-pinar
bercahaya-cahaya
Akibat perbuatannya yang ________________________ batasan, Syahir tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa persetujuan bapanya.
terlampau
melampau
melampaui
melampau-lampau
Pelbagai jenis bahan bacaan terdapat di perpustakaan, __________________________ para murid tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
walaupun
malahan
bahkan
namun
Mangsa kemalangan itu berjalan _________________________ beberapa meter sebelum rebah ke tanah.
terkial-kial
terkesot-kesot
terhenjut-henjut
terhuyung-hayang
Semua warga sekolah bersedih di atas persaraan Pengetua itu kerana ___________________ seorang yang ramah dan baik hati.
dia
kalian
beliau
baginda
"_________ kah yang telah melanjutkan pelajaran ke universiti?" tanya Umie kepada Mira.
Apa
Bila
Mana
Siapa
Pekerja-pekerja kilang itu tidak akan bersurai ________________ majikan mereka tidak membayar gaji mereka.
selagi
malahan
walaupun
tambahan
Daun-daun padi _________________ ditiup angin sepoi-sepoi bahasa itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.
berkibar-kibar
berlambai-lambai
bergoyang-goyang
berlenggok-lenggok
Sempena promosi hujung tahun, pelbagai ________________ komputer dijual dengan harga yang murah di kedai itu.
beralat
dialatkan
peralatan
memperalatkan
"Kalian boleh beredar jika tiada ________________ yang hendak ditanyakan lagi," kata Cikgu Zakuan.
apa
siapa
apa-apa
mana-mana
Maksud prasarana
infrastruktur
batu
kasut
kain
( PILIH SATU KESALAHAN BAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT)
Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
menghidangkan
goreng keledek
ke rumahnya
(PILIH SATU KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT)
Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
Baginda
pembesar-pembesar
di dalam
Sudah tentu pemuda itu mampu membeli kereta yang mahal kerana ayahnya jutawan. Kata orang, ........
air besar sampan tak hanyut
ada padi semua kerja jadi
bagai isi dengan kuku
bagai dakwat dengan kertas
Linda dengan Faris _____ kerana selalu membantu antara satu sama lain dalam mata pelajaran.
bagai aur dengan tebing
bagi dakwat dengan kertas
campak bunga dibalas dengan campak tahi
cantik bagai bidadari
Perangai dua beradik itu _____, kerana apabila bertemu mereka pasti bergaduh.
cerdik bagai ekor kebau
bagai anjing dengan kucing
bagai gagak menggonggong telur
bagai bulan dipagar bintang
Ayat tunggal:
a) Lelaki itu abang saya.
b) Lelaki itu tinggi.
Ayat majmuk :
Lelaki (a) tinggi itu abang saya.
Ayat tunggal:
a) Pelajar itu bijak.
b) Pelajar itu sombong.
Ayat Majmuk:
Pelajar itu bijak (a) sombong.
Ayat tunggal:
a) Salim menebas rumput.
b) Salimah menyapu sampah.
Ayat Majmuk:
Salim menebas rumput (a) Salimah menyapu sampah
Ayat tunggal:
(a) Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa.
(b) Produk herba di negara kita memiliki khasiat yang tinggi.
Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa (a) memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat majmuk:
Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat Tunggal:
(a) Ayah mencuci kereta di halaman rumah.
(b) (a)
Ayat majmuk:
Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat Tunggal:
(a) Ayah mencuci kereta di halaman rumah.
(b) (a)
Ayat majmuk:
Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?
Ayat tunggal:
(a) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara?
(b) (a)
Ayam jantan __________ menandakan hari sudah hampir siang.
bersiul
berkokok
bernyanyi
“________________, sakitnya kakiku!” jerit Salim apabila terpijak paku.
Amboi
Cis
Aduh
Wah
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan jawapan yang betul.
1. Adik Qayyum menangis teresak-esak apabila mengetahui semua barang-barang mainannya tertinggal di kampung.
semua barang mainannya
semua barang mainan-mainannya
semua barang-barang mainannya
tiada kesalahan
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan jawapan yang betul.
1. Safikah menjemur tilam itu kerana terdapat tetikus yang menyebabkan badan gatal-gatal.
kerana terdapat pepijat
kerana terdapat kekura
kerana terdapat lelabi
Tiada kesalahan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Kamil murid yang paling cetek di kelasnya
Rambut yang cetek lebih mudah diurus.
Sungai itu dapat diharungi kerana airnya cetek.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Hamid kasar buahnya.
Suasana di pasar borong itu bising dan kasar.
Zulia mempunyai suara yang kasar seperti lelaki.
Siapakah watak utama dalam novel Destinasi Impian?
(a)
Berikut merupakan perwatakan Johari dalam novel Destinasi Impian, KECUALI..
suka berbasikal
suka membaca
suka akan cabaran
suka menyanyi
Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, KECUALI..
Kita janganlah bercakap bohong.
Kita haruslah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
Apakah perbezaan antara drama dan cerpen?
Drama mempunyai plot
Drama mengandungi watak
Plot drama mengandungi aksi/perbuatan
Nyatakan persoalan yang paling sesuai berdasarkan contoh situasi berikut.
Pak Mail sentiasa menasihati cucunya, Hayati agar belajar bersungguh-sungguh.
Bijak membut keputusan
Semangat patriotik
Kepentingan menuntut ilmu
Nyatakan persoalan yang paling sesuai berdasarkan contoh situasi berikut.
Kementerian Pertahanan menghargai pengorbanan Akhbar dengan menghantar wakil untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga Akhbar.
Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Bersimpati akan kesusahan orang lain
Menghargai pengorbanan tentera.
Pilih semua latar masyarakat yang terdapat dalam drama.
Masyarakat yang hidup susah.
Masyarakay yang tabah menghadapi dugaan hidup.
Masyarakat yang saling membantu.
Masyarakat yang suka berhibur.
Pilih gaya bahasa yang paling sesuai berdasarkan contoh di bawah.
...bila Hayati nak balik?
Simpulan bahasa
Sinkope
Repetisi
Inversi
Pilih nilai yang paling sesuai berdasarkan contoh situasi di bawah.
Pak Mail selalu memujuk dan menasihati anaknya, Fauziah.
Kebijaksanaan
Ketabahan
Bersimpati
Kasih sayang
Semua pekerja di syarikat itu sentiasa berkerjasama tanpa memilih pangkat.
bekerjasama
berkerjasama
Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.
berat tulang
ringan tulang
ringan mulut
ayam tambatan
Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .
bekas tangan
tangan terbuka
buah tangan
panjang tangan
Wanita tua itu menuntun ____ di tepi jalan raya.
kereta api
kapal
kereta
basikal
Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul
Dia, Kami, Kita
Mereka, Beliau, Baginda
Saya, Kami, Beta
Baginda, Dia, Kalian
Mak Cik Nancy _______________________ sup sayur di dapurnya dengan periuk.
membakar
merebus
menggoreng
mengukus
Pilih ejaan yang betul
tauge
toge
tougeh
taugeh
Pilih ejaan yang betul
kuetiau
kuehtiau
kueh tiau
kwehtiau
Pilih ejaan yang betul
mertabak
martabak
murtabak
metabak
Pilih ejaan yang betul
tose
tosei
tosay
tossay
Pilih ejaan yang betul
nasi baryani
nasi beriyani
nasi baryyani
nasi beriani
Pilih ejaan yang betul
pertunjukkan
petunjukkan
pertunjukan
petunjukan
Seorang ahli jawatankuasa PIBG telah memberi ____________ untuk menambahkan tabungan PIBG sekolah.
saranan
keputusan
andaian
amaran
Kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan ____________ sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan keganasan.
menahan
menyembunyikan
menyerbu
menyumbat
Orang kaya itu berjaya __________ hati gadis yang cantik itu dengan hadiah - hadiah yang mahal.
menambat
mengikat
memberkas
menyimpul
Rakyat Malaysia dapat _____________ segala pembangunan yang ada sekarang, berkat pengorbanan pemimpinan - pemimpinan dahulu.
menjamah
melalui
melayari
menikmati
Ubat - ubatan tradisional biasanya ____________ seperti hempedu dan ini biasanya tidak digemari oleh orang.
masam
masin
pedas
pahit
Badan pengemis itu _______________ kerana berminggu - minggu dia tidak mandi.
hanyir
hangus
hangit
hapak
Para remaja kita sekarang makin ramai yang ___________ dalam kancah maksiat akibat pengaruh media barat.
terjatuh
terlibat
terjerumus
tergelincir
Kedua - dua tangan Ani ____________ di permukaan kolam seolah-olah meminta pertolongan.
terlambai-lambai
terkapai-kapai
terhincut-hincut
terkibar-kibar
__________ usianya sudah lanjut, ________________-semangatnya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja amal tetap membara.
Namun......... tetapi
Sesungguhnya...............namun
Sungguhpun ..............namun
Walaupun .................. justeru
Harga ___________ sabun mandi lebih murah daripada harga _____________ akhbar.
sebiji .......... sebuah
sekotak ............. segulung
sebuku ........... senaskhah
segelung............ selonggok
Warga emas perlu berjumpa dengan doktor dari masa ke masa demi menjaga kesihatan mereka.
daripada masa ke semasa
dari semasa ke masa
dari semasa ke semasa
daripada masa ke masa
Cari satu kesalahan tatabahasa dan tuliskan jawapan yang betul.
2.Orang ramai sangat berpuas hati denga keenakan masakan di Ahmad Restoran.
(a)
kesalahan ejaan
3.Kebanyakan kanak-kanak amat sukakan rancangan televisyen yang berbentuk animasi.
(a)
kesalahan tatabahasa
4."Saya akan melaksanakan titah perintah tuanku,"sembah Panglima Awang kepada baginda sultan.
(a)
kesalahan tatabahasa
5.Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.
(a)
kesalahan tatabahasa
6.Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm mereka.
(a)
kesalahan tatabahasa
7.Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan.
(a)
kesalahan tatabahasa
8.Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
(a)
kesalahan tatabahasa
9.Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
(a)
“Encik Abu, _____________ duduk dahulu,” kata setiausaha kepada Datuk Jaafar.
minta
harap
jangan
sila
