wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

002. Core Ability Tahap 1 - P.Pengetahuan CA01 (Original)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan mengenal pasti bahasa kerja yang standard?

I. Untuk komunikasi.

II. Untuk Menjimatkan Kos.

III. Untuk melakukan terjemahan.

IV. Untuk mengelakkan salah faham maklumat dan arahan.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

2.

Apakah bahasa yang sering digunakan sebagai bahasa kerja di Malaysia?

a)

Bahasa Jerman.

b)

Bahasa Spanyol.

c)

Bahasa Perancis.

d)

Bahasa Kebangsaan.

3.

Pernyataan yang manakah SALAH mengenai prosedur kerja?

a)

Ia adalah laporan kerja.

b)

Ia adalah dokumen kekal dan tidak boleh diubah.

c)

Ia adalah urutan langkah-langkah melakukan kerja.

d)

Ia boleh digunakan untuk mengukur prestasi kerja secara adil.

4.

Apakah perkara yang perlu diambil kira untuk menghasilkan komunikasi berkesan?

a)

Komunikasi oral.

b)

Komunikasi lisan.

c)

Kemahiran dalam diri penutur.

d)

Khalayak yang menjadi sasaran.

5.

Pilih perkara yang BUKAN merupakan pendekatan terbaik untuk cara berkomunikasi dengan berkesan.

a)

Sapaan yang betul.

b)

Format yang sesuai.

c)

Ungkapan yang sukar.

d)

Tatabahasa yang formal.

6.

Apakah kelebihan berkomunikasi berbentuk oral?

a)

Bersifat tidak formal.

b)

Berubah-ubah sifatnya.

c)

Maklum balas berlaku secara spontan.

d)

Boleh digunakan sebagai bukti dalam penyiasatan.

7.

Apakah kategori komunikasi dengan mengangguk kepala?

a)

Gerak isyarat.

b)

Bahasa isyarat

c)

Komunikasi oral.

d)

Komunikasi lisan.

8.

Apakah contoh postur terbuka?

a)

Menyilang tangan di dada.

b)

Duduk dengan kaki bersilang.

c)

Duduk dengan tangan bersilang.

d)

Duduk dengan tangan diletakkan di atas tempat sandaran tangan kerusi.

9.

Apakah isyarat yang menunjukkan keadaan postur tertutup?

a)

Seseorang tidak selesa.

b)

Seseorang berasa gembira.

c)

Seseorang berminat mendengar kata-kata penyampai.

d)

Seseorang meniru isyarat bukan lisan orang lain tanpa disedari.

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan dialek?

a)

Sejenis budaya.

b)

Sejenis kumpulan etnik.

c)

Loghat atau bahasa daerah.

d)

Ungkapan yang sangat tidak formal.

11.

Apakah bahasa yang lazim digunakan sebagai bahasa komunikasi di tempat kerja?

a)

Pasar.

b)

Daerah.

c)

Inggeris.

d)

Standard.

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah slanga?

a)

Bahasa loghat.

b)

Bahasa daerah.

c)

Ungkapan yang sangat tidak formal.

d)

Kata-kata yang digunakan dalam bidang tertentu.

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah jargon?

a)

Loghat.

b)

Bahasa daerah.

c)

Ungkapan yang sangat tidak formal.

d)

Kata-kata yang digunakan dalam bidang tertentu.

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah komunikasi oral?

a)

Sejenis ungkapan tidak formal.

b)

Sejenis komunikasi bukan lisan.

c)

Proses penyampaian maklumat melalui pertuturan.

d)

Proses penyampaian maklumat melalui penulisan.

15.

Apakah tujuan bahan bacaan di tempat kerja?

a)

Untuk memahami maklumat dan arahan.

b)

Untuk memahami bahasa di tempat kerja.

c)

Untuk mempelajari bahasa dan simbol baru.

d)

Untuk mencari perkataan dan makna yang betul.

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan dokumen?

a)

Membaca bahan seperti arahan kerja, email dan memo.

b)

Menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber.

c)

Memahami maklumat bertulis dalam pelbagai jenis dokumen kerja.

d)

Kebolehan mencari dan menggunakan maklumat yang diperlukan daripada paparan maklumat.

17.

Pilih bahan bacaan yang berkaitan di tempat kerja.

I. Email.

II. Laporan.

III. Arahan kerja.

IV. Prosedur Operasi Standard.

a)

I, II dan III.

b)

I, II dan IV.

c)

I, III dan IV.

d)

II, III dan IV

18.

Apakah maksud umum bagi singkatan SOP?

a)

Kertas laporan untuk pengetahuan kerja.

b)

Bahan bacaan untuk mengakui arahan kumpulan.

c)

Buku panduan atau risalah yang ditulis sebagai panduan kerja kakitangan.

d)

Satu set arahan langkah demi langkah yang membantu pekerja melakukan tugas rutin.

19.

Apakah fungsi arahan kerja kepada pekerja?

a)

Menunjukkan proses, alat dan rangka kerja.

b)

Membantu menyediakan maklumat bertulis.

c)

Membantu melaksanakan tugas dengan betul.

d)

Memastikan perbincangan kumpulan dilakukan dengan betul.

20.

Apakah tujuan diadakan tatacara prosedur kerja di lapangan pekerjaan?

a)

Memastikan mutu.

b)

Menjadi panduan pekerja dalam empat bidang kualiti penting.

c)

Memberikan penerangan dan memahami pekerjaan sebelum ia dilakukan.

d)

Mengenal pasti tugas yang harus dilakukan secara langkah demi langkah.