NEW
Font size
Worksheets008. Core Ability Tahap 1 - P.Pengetahuan CA04(Original)
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Apakah perundangan yang TIDAK DIGUNAKAN untuk keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja?
Akta petroleum.
Akta Keselamatan.
Akta Kilang dan Jentera.
Akta Keselamatan dan Kesihatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan hazard ditempat kerja?
Keadaan tidak selamat kepada manusia.
Keadaan yang tidak selesa untuk manusia.
Keadaaan yang memberi kesan pada alam sekitar.
Keadaan yang boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar.
Apakah jenis Hazard kesihatan yang terdapat di tempat kerja?
I. Hazard Kimia.
II. Hazard Fizikal.
III. Hazard Biologi.
IV. Hazard Ergonomik.
I, II dan III.
I, II dan IV.
I, III dan IV.
II, III dan IV.
Mengapakah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(OSHA 1994) dikuatkuasakan?
I. Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada pekerja.
II. Melindungi majikan terhadap tindakan undang-undang oleh pekerja.
III. Menggalakkan persekitaran yang sesuai untuk orang yang sedang bekerja.
IV. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja.
I, II dan III.
I, II dan IV.
I, III dan IV.
II, III dan IV
Apakah yang perlu dilakukan oleh pekerja sekiranya penggera kecemasan tiba-tiba berbunyi?
I. Terus melakukan kerja.
II. Berhenti melakukan kerja.
III. Kosongkan bangunan kerja.
IV. Bergerak ke tempat berkumpul.
I, II dan III.
I, II dan IV.
I, III dan IV.
II, III dan IV.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan bagi mengurangkan kesan terdedah kepada radiasi di tempat kerja?
I. Lindungi sumber radiasi.
II. Mengurangkan masa pendedahan.
III. Jauhkan pekerja dari sumber radiasi.
IV. Pakai alat perlindungan diri yang sesuai.
I, II dan III.
I, II dan IV.
I, III dan IV.
II, III dan IV.
Manakah diantara berikut BUKAN Hazard Keselamatan?
Tergelincir.
Berdiri terlalu lama.
Bekerja di tempat tinggi.
Mengangkat benda berat.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekira berlaku kemalangan ditempat kerja?
Laporkan kepada penyelia.
Hantar mangsa ke hospital.
Laporan kepejabat JKKP dengan segera.
Tinggalkan tempat kejadian dengan segera.
Mengapakah pengenalpastian hazard perlu dilakukan ditempat kerja?
Mengurangkan kes kemalangan ditempat kerja.
Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada pekerja.
Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk orang ditempat kerja.
Memastikan Keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang ditempat kerja.
Apakah jenis hazard yang boleh mendatangkan kesan psikologi pada pekerja?
Hazard fizikal
Hazard biologi
Hazard psikososial
Hazard ergonomic
Apakah objektif program plan tindakan kecemasan (ERP) ditempat kerja?
I. Untuk melupuskan hazard.
II. Untuk mengawal punca insiden.
III. Untuk menyelamatkan orang ramai dan alam sekitar.
IV. Untuk mengawal keadaan dan menghadkan kerosakan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah kegunaan utama papan tanda ditempat kerja?
Untuk memberitahu keadaan hazard.
Sebagai perlindungan tempat hazard.
Untuk memberitahu kemudaratan hazard.
Menerangkan / mengarahkan tindakan yang perlu ditempat hazard.
Apakah kemudahan kebajikan yang perlu disediakan oleh majikan ditempat kerja?
I. Bilik rehat
II. Air minuman
III. Peti simpanan peribadi
IV. Bilik rawatan kecederaan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Manakah kenyataan yang SALAH bagi konsep aktiviti kesedaran alam sekitar?
Pencemaran berkurang apabila penduduk bertambah.
Pendidikan dapat mewujudkan kesedaran alam sekitar.
Perlindungan alam sekitar dapat mengurangkan pencemaran.
Pemuliharaan alam sekitar penting untuk generasi akan datang.
Apakah perundangan yang digunakan untuk menjaga alam sekitar dalam negara?
Akta Kilang dan Jentera
Akta Kualiti Alam Sekeliling
Akta Penilaian Kesan Impak Alam Sekitar
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Apakah isu alam sekitar yang lazim berlaku dalam negara ini?
I. Bahan buangan.
II. Penanaman pokok.
III. Pertumbuhan bandar.
IV. Pertambahan penduduk.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah kesan pencemaran alam sekitar dan kemusnahan ekologi di negara membangun?
Masalah kesihatan.
Kerugian ekonomi.
Peluang pekerjaan.
Pertumbuhan ekonomi.
Apakah kegiatan yang banyak menyumbangkan pencemaran udara dalam negara?
Kegiatan industri
Kegiatan pertanian
Kegiatan suri rumah
Kegiatan pembinaan
Manakah diantara berikut bukan punca yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar?
Pembersihan hutan.
Pelepasan air basuhan.
Kegiatan industri kuari.
Penggunaan tenaga elektrik solar.
Apakah kejadian yang boleh menyebabkan peningkatan suhu global?
I. Penebangan hutan.
II. Pembakaran terbuka.
III. Penggunaan baja organik.
IV. Penggunaan baja bukan organik.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
