WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1 - 8
Total questions: 40
Worksheet time: 27mins
1. Apakah yang dikaitkan dengan istilah sejarah, iaitu syajaratun?
A. peradaban
B. salasilah
C. pemikiran
D. peristiwa
2. Antara berikut, yang manakah sumber primer?
A. Keterangan lisan
B. Tulisan dalam jurnal
C. Majalah
D. Surat khabar
3. Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai tahap satu alaf?
A. 10 tahun
B. 100 tahun
C. 1000 tahun
D. 10000 tahun
4. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber primer?
A. Risalah
B. Ensiklopedia
C. Surat peribadi
D. Majalah
5. Apakah fungsi daun lontar dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita?
A. Bahan perubatan
B. Mencatat maklumat
C. Menganalisis data
D. Bahan pengawet
6. Maklumat berikut berkaitan Zaman Air Batu...........
'Terbentuk jambatan darat Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan'
A. Zaman Miosen
B. Zaman Pliosen
C. Zaman Pleistosen
D. Zaman Holosen
7. Apakah haiwan yang mengalami kepupusan pada Zaman Air Batu Akhir?
A. Dipterus
B. Trilobite
C. Eurypterids
D. Harimau bertaring
8. Apakah kesan perubahan Zaman Air Batu terhadap Asia Tenggara?
A. Pembentukan Pentas Sunda
B. Tenggelamnya Pentas Sunda
C. Paras air laut menurun
D. Suhu bumi menurun
9. Antara berikut, yang manakah faktor-faktor peningkatan suhu dunia?
A. Kegiatan pembakaran hutan
B. Kegiatan perdagangan
C. Penghijrahan manusia
D. Perkembangan perindustrian
10. Apakah kegiatan manusia pada zaman berikut.
'Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk'
A. Tinggal di persisiran pantai
B. Menjalankan kegiatan pertanian
C. Hidup secara nomad
D. Memburu binatang
11. Apakah bahan peralatan manusia pada Zaman Paleolitik dan Neolitik?
A. Batu dan besi
B. Gangsa dan perak
C. Besi dan tembaga
D. Batu dan tulang binatang
12. Apakah kegiatan ekonomi Zaman Logam dan Zaman Neolitik?
A. Berburu
B. Pertukangan
C. Berdagang
D. Mengumpul makanan
13. Apakah kegunaan pisau tembeling?
A. Memotong kayu
B. Memotong daging
C. Menuai padi
D. Mencangkul tanah
14. Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan budaya megalit. Apakah yang dikaitkan dengan amalan tersebut.
A. Amalan kepercayaan
B. Berburu
C. Kesenian
D. Pertanian
15. Yang manakah tempoh masa bagi Zaman Neolitik?
A. 2.5 juta tahun - 8,000 SM
B. 12,000 - 4,000 SM
C. 10,000 - 2,000 SM
D. 3,500 SM - 500 SM
16. Apakah maksud tamadun dalam bahasa Melayu?
A. Keagamaan
B. Pemerintahan
C. Peradaban
D. Kemakmuran
17. Apakah prinsip nilai yang berkaitan dengan konsep tamadun, iaitu hadharah yang dijelaskan oleh Ibn Khaldun?
A. Adab
B. Syarak
C. Ibadah
D. Tingkah laku
18. Senarai berikut merupakan kawasan yang terkenal di dunia.
- Lembah Sungai Nil
- Lembah Sungai Indus
Apakah keistimewaan lembah sungai tersebut?
A. Kemunculan pelabuhan
B. Kewujudan pusat perdagangan
C. Kemunculan tamadun awal dunia
D. Pusat penyebaran agama
19. Siapakah golongan yang berada pada kedudukan paling rendah dalam masyarakat Mesir Purba?
A. Pembantu rumah
B. Buruh
C. Petani
D. Hamba
20. Antara berikut yang manakah ciri-ciri tamadun awal dunia?
A. Teknologi
B. Pembentukan bandar
C. Penghasilan barang
D. Tempat kediaman
21. Apakah maksud Mesopotamia?
A. Pembahagian kuasa
B. Tanah antara dua sungai
C. Kemajuan yang tidak terhingga
D. Perkembangan tamadun antara dua kawasan
22. Mengapakah tamadun awal manusia bermula di lembah sungai?
A. Kemudahan bekalan air
B. Kegiatan perdagangan
C. Kegiatan pertanian dijalankan
D. Keselamatan daripada musuh
23. Gambar berikut berkaitan binaan bangunan Mohenjo-Daro.
Apakah ciri binaan tersebut?
A. Dinding yang dibina dapat mengelakkan ancaman musuh
B. Kotanya dikelilingi dinding bata tebal sepanjang 4.9 kilometer
C. Dinding yang dibina untuk mengelakkan banjir
D. Terdapat benteng bagi melindungi keluarga bangsawan
24. Apakah sistem pemerintahan tamadun Huang He yang mementingkan peranan raja sebagai pemerintah?
A. Penggiliran
B. Pemilihan
C. Dinasti
D. Warisan
25. Apakah tanaman utama yang ditanam oleh penduduk Tamadun Indus?
A. Sekoi dan padi
B. Barli dan gandum
C. Padi dan pisang
D. Sekoi dan barli
26. Apakah fungsi agora dalam Tamadun Yunani?
A. Rumah ibadat
B. Tempat pertemuan
C. Bangunan kerajaan
D. Istana
27. Apakah ciri sistem demokrasi yang diamalkan di Athens?
A. Rakyat memerintah secara mutlak
B. Pemimpin dipilih dalam kalangan raja
C. Rakyat terlibat dalam perbincangan bagi menentukan sesuatu dasar
D. Rakyat memilih ketua negara
28. Maklumat berikut berkaitan sebuah kawasan dalam Tamadun Yunani.
'Pusat komuniti'
Apakah kawasan tersebut?
A. Acropolis
B. Polis
C. Istana
D. Agora
29. Apakah tujuan anak lelaki dilatih menjadi anggota tentera oleh kerajaan Sparta?
A. Persediaan menjajah negara lain
B. Memastikan rakyat mempertahankan negara
C. Melahirkan rakyat yang sihat
D. Memupuk rasa cinta akan negara
30. Apakah kegunaan amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom?
A. Keagamaan
B. Pertunjukan
C. Pertahanan
D. Perdagangan
31. Dimanakah terletaknya pusat perkembangan Tamadun India?
A. Lembah Godaveri
B. Lembah Mahanadi
C. Lembah Ganges
D. Lembah Indus
32. Gambar berikut berkaitan zaman Asoka.
Apakah tujuan Asoka membina tiang tersebut?
A. Menakutkan musuh
B. Menunjukkan kekuasaan
C. Simbol sesebuah tamadun
D. Mengukuhkan pembinaan negara
33. Siapakah yang mengasaskan Dinasti Han?
A. Maharaja Gaozu
B. Maharaja Han Fei ZI
C. Maharaja Dowager Cixi
D. Maharaja Shi Huangdi
34. Apakah keistimewaan yang diperoleh oleh seseorang yang lulus peperiksaan awam tahap kedua?
A. Menjadi kakitangan kerajaan peringkat rendah
B. Dilantik sebagai pemimpin
C. Menjadi ketua pengiring maharaja
D. Mempunyai kakitangan pengiring
35. Mengapakah lulus dalam peperiksaan awam merupakan matlamat utama pendidikan seseorang anak lelaki di China?
A. Mendapat tanah
B. Berpeluang menjadi pembesar
C. Namanya dicatat dalam buku suci
D. Menaikkan nama, keluarga dan kampung
36. Apakah kesan amalan sistem kabilah kepada masyarakat Arab?
A. Mengembangkan ekonomi
B. Menjalinkan hubungan yang baik antara suku
C. Mewujudkan semangat assabiyah
D. Mengelakkan ancaman musuh
37. Apakah faktor penyebaran Islam?
A. Kegiatan perdagangan
B. Kejatuhan masyarakat Arab Jahiliah
C. Pembukaan kerajaan baharu
D, Orang Quraisy Makkah bersifat terbuka
38. Apakah tujuan Nabi Muhammad SAW merangka Piagam Madinah?
A. Panduan sebuah negara
B. Hukuman ke atas seseorang
C. Membentuk negara Islam yang adil dan maju
D. Pengetahuan untuk masyarakat Madinah
39. Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam penyebaran agama Islam?
A. Memerangi golongan murtad
B. Berdakwah dalam kalangan penduduk di Semenanjung Tanah Arab
C. Menewaskan kerajaan Byzantium
D. Menubuhkan kerajaan Bani Umaiyah
40. Apakah fungsi baitulmal?
A. Menguruskan kewangan untuk pembangunan negara
B. Pusat penyimpanan duit rakyat
C. Pusat kutipan cukai
D. Pusat pemerintahan Islam
