wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

021. Soalan Asas Keselamatan Elektrik

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Hazard?

a)

Potensi Selamat.

b)

Potensi Bahaya.

c)

Potensi Hujan.

d)

Potensi Sihat.

2.

Apakah yang patut dilakukan apabila menyedari kewujudan Hazard di tempat kerja?

a)

Laporkan kepada perdana menteri dengan segera.

b)

Biarkan sahaja kerana semua pekerja tahu menjaga diri masing-masing.

c)

Mengalihkan atau membuang Hazard tersebut dengan berhati-hati.

d)

Menambah bilangan Hazard supaya ramai yang menjadi mangsa.

3.

Pilih pernyataan yang BETUL mengenai penjagaan keselamatan semasa bekerja dalam bidang elektrik.

a)

Wajib berseluar pendek dan berkaki ayam.

b)

Perlu mengambil paracetamol 8 biji sebelum bekerja.

c)

Berpakaian melindungi tubuh badan dan memakai kasut keselamatan.

d)

Ambulance mesti ada di kawasan kerja dan sentiasa bersedia dengan peka.

4.

Apakah nama kemalangan yang berlaku sekiranya pengguna terkena arus elektrik?

a)

Litar pintas.

b)

Renjatan elektrik.

c)

Demam panas.

d)

Sawan babi.

5.

Mengapakah pekerja tidak boleh berlari-lari di tempat kerja?

a)

Berkemungkinan boleh berlaku gempa bumi di kawasan tersebut.

b)

Ramai pekerja akan mengikuti jejak langkah si pelari tersebut.

c)

Risau dikejar anjing penjaga kawasan kerja tersebut

d)

Dikhuatiri berlaku kemalangan yang boleh mencederakan atau kehilangan nyawa.

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan pernafasan CPR?

a)

Bantuan medical yang menggunakan ubat untuk pesakit supaya boleh bernafas dengan baik.

b)

Bantuan pernafasan yang melibatkan aktiviti memasukkan udara ke dalam mulut dan menekan dada mangsa sehingga mangsa sedar.

c)

Sokongan moral yang diberikan kepada mangsa setelah mangsa tidak sedarkan diri dari sebarang kemalangan serius.

d)

Proses memberi penerangan kepada mangsa kemalangan untuk membuat laporan dan dihantar kepada majikan.

7.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang penjagaan keselamatan semasa bekerja.

a)

Pekerja harus mematuhi dan mengikuti arahan SOP di tempat kerja dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

b)

Pekerja tidak perlu mengutamakan pemakaian perlindungan sekiranya bekerja pada waktu malam.

c)

Pekerja wajib menggunakan bahasa Inggeris untuk menunjukkan standard yang memenuhi piawaian.

d)

Pekerja perlu meminta gaji lebih sekiranya diminta menjaga keselamatan di tempat kerja.

8.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan berdekatan dengan anda?

a)

Memastikan keadaan mangsa sebelum membuat sebarang panggilan kecemasan.

b)

Mangsa kemalangan perlu berdikari menyelamatkan diri dari tempat kejadian.

c)

Lari sejauh yang boleh dengan segera meninggalkan tempat kejadian dan berasa gembira.

d)

Hanya melihat dan mendengar kata-kata terakhir mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

9.

Pilih langkah yang lebih selamat semasa bekerja membaiki kerosakan elektrik.

a)

Bekerja dalam keadaan mabuk.

b)

Pastikan bekalan elektrik masih hidup dan teruskan kerja membaiki kerosakan.

c)

Bekerja seorang diri supaya dapat lebih fokus kepada penyelesaian isu yang dihadapi.

d)

Pastikan bekalan elektrik sudah dimatikan sebelum meneruskan kerja membaiki kerosakan.

10.

Apakah tindakan yang wajar diambil sekiranya anda terlibat dengan kemalangan luka ringan?

a)

Hebohkan satu tempat kerja yang anda mengalami kemalangan.

b)

Menghubungi pihak bomba dan penyelamat untuk tindakan lanjut.

c)

Segera membersihkan kawasan yang cedera dan balut dengan kemas.

d)

Hubungi ambulans dan mohon dibawakan ke bilik pembedahan pakar.

11.

Apakah nama bagi kelengkapan yang ditunjukkan dalam gambarajah?

a)

Topi Keselamatan

b)

Kasut Boot

c)

Topi Jerami

d)

Topi Keledar

12.

Apakah nama kelengkapan yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas?

a)

Kasut Sekolah

b)

Kasut Keselamatan

c)

Kasut Tukang Paip

d)

Kasut Ski

13.

Apakah nama kelengkapan yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas?

a)

Cermin Pelindung Muka

b)

Cermin Pelindung Badan

c)

Cermin Mata Keselamatan

d)

Cermin Mata Gelap

14.

Apakah nama kelengkapan yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas?

a)

Safety Boots

b)

Safety Helmet

c)

Safety Glasses

d)

Safety Harness

15.

Apakah nama kelengkapan yang ditunjukkan dalam gambarajah di atas?

a)

Earplugs

b)

Corong

c)

Penapis Minyak

d)

Pemutar Skru

16.

Berikut adalah tujuan peraturan elektrik diwujudkan KECUALI

a)

Melindungi nyawa manusia dan juga haiwan.

b)

Mengelak kecederaan anggota badan manusia.

c)
  •  Melindungi peralatan dan mesen-mesen elektrik dari kerosakan/kebakaran.

d)

Menjamin 100% keselamatan nyawa semua makhluk yang hidup.

17.

Pilih arahan keselamatan elektrik yang BENAR.

a)

Jangan memakai barang kemas seperti cincin, jam tangan, rantai dan sebagainya semasa berkerja dengan litar elektrik.

b)

Pastikan litar elektrik sentiasa hidup dengan bekalan arus dan perlu disentuh selalu.

c)

Banyakkan bergurau senda dengan rakan sekerja kerana gelak tawa adalah perkara sihat semasa bekerja dengan litar elektrik.

d)

Perlu kerap goyang kaki dan hanya bekerja dengan rajin sekiranya ada bos berdekatan dengan anda.

18.

Pilih nasihat yang BOLEH diguna-pakai untuk menjamin keselamatan sesiapa sahaja.

a)

Pastikan anda tidak melakukan pendawaian pembumian kerana ia adalah pembaziran.

b)

Jangan tunjuk pandai/handal jika anda tidak mahir dalam bidang elektrik.

c)

Gunakan lidah untuk menentukan kabel yang perlu disenggara sedang berarus atau tidak.

d)

Banyakkan penggunaan married join dalam sistem pendawaian yang dibuat.

19.

Apakah jenis papan tanda yang ditunjukkan dalam gambarajah?

a)

Papan tanda tempat sembahyang.

b)

Papan tanda mandatori.

c)

Papan tanda jalan raya.

d)

Papan tanda tempat riadah.

20.

Apakah jenis papan tanda yang ditunjukkan dalam gambarajah?

a)

Papan tanda tempat rekreasi dan pelancongan.

b)

Papan tanda keselamatan dalam bilik air domestik.

c)

Papan tanda tempat yang selamat daripada sebarang hazard.

d)

Papan tanda amaran dan perlu berwaspada.