NEW
Font size
WorksheetsKuiz Rukun Negara 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan berlakunya beberapa perkara seperti berikut kecuali?
Pembubaran Parlimen
Penubuhan MAGERAN
Suruhanjaya Reid ditubuhkan
Berlakunya Darurat
MAGERAN telah ditubuhkan pada 16 Mei 1969. Apakah tujuan utama penubuhan badan ini?
Untuk mengawal ketenteraman, mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum
Untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaum
Untuk merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada Britain
Untuk melantik dan menaikkan Tun Razak sebagai Perdana Menteri
...................... telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato’ Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC. Siapakah Pengarah MAGERAN itu?
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein
Tun Hussein bin Dato' Onn
Tun Dr Mahathir Mohamad
Di bawah MAGERAN, 3 badan telah ditubuhkan iaitu Majlis Perundingan Negara, Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan diwujudkan Rukun Negara. Bilakah tarikh Rukun Negara diisytiharkan?
12 April 1963
31 Ogos 1957
31 Ogos 1970
22 Sept 1970
Siapakah yang telah mengisytiharkan Rukun Negara?
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid
Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Objektif Rukun Negara dan Prinsip Rukun Negara. Objektif Rukun Negara ada 5 perkara. Apakah salah satu daripada objektif Rukun Negara yang anda tahu?
Kepercayaan kepada tuhan
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
Membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaum
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Susun prinsip Rukun Negara ini mengikut turutan yang betul?
A) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
B) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
C) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
D) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
E) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
A,B,C,D dan E
B,A,D,E dan C
B,A,E,D dan C
A,B,E,D dan C
Prinsip Rukun Negara ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi. Berapa Perkara dan Bahagian yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara?
156 Perkara dan 7 Bahagian
222 Perkara dan 600 Bahagian
183 Perkara dan 15 Bahagian
148 Perkara dan 112 Bahagian
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, manakala seorang Raja atau Sultan akan menjadi Ketua Negeri bagi negeri yang mempunyai Raja, dan Yang Di-Pertua Negeri menjadi Ketua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Pernyataan ini merujuk kepada Prinsip Rukun Negara yang ke berapa?
Kedaulatan Undang-Undang
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Majlis Raja-Raja
Apakah gelaran kepada Beliau?
Bapa Kemerdekaan Negara
Bapa Pembangunan Negara
Bapa Perpaduan Negara
Bapa Pemodenan Negara
