Font size
WorksheetsHSE QUIZ Q2 2023
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan buangan terjadual?
Buangan yang mempunyai ciri-ciri berbahaya yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang awam dan alam sekitar.
Buangan yang dihasilkan dari tempat kerja (ladang, kilang, pejabat)
Buangan yang dihasilkan di rumah.
Buangan yang boleh dikitar semula
Pilih pernyataan yang benar berkaitan bilasan 3 kali:
Hanya boleh dilaksanakan pada bekas racun yang diperbuat daripada plastik HDPE
Isi penuh air bersih dan goncangkan bekas sebanyak 3 kali
Jangan tebuk bekas racun yang telah dibilas
Bekas yang telah dijalankan bilasan 3 kali masih dikira buangan terjadual
Tandakan pernyataan yang salah berkaitan pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka ialah pembakaran yang berlaku melalui serombong atau cerobong
Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling menghalang pembakaran terbuka di mana-mana premis
FGV turut memberikan komitmen larangan pembakaran terbuka di premis-premis FGV melalui Dasar Kelestarian Kumpulan
Pembakaran terbuka akan memberikan kesan negatif keatas alam sekitar terutamanya pada kualiti udara
Berikut adalah kepentingan menjalankan kitar semula, kecuali
Kitar semula merupakan proses memaksimakan penggunaan sisa pepejal
Kitar semula dapat membantu menjimatkan tenaga
Kitar semula membantu meningkatkan pengeluaran gas rumah hijau
Kitar semula dapat mengurang perlombongan bahan mentah semula jadi
Manakah antara berikut bekas yang TIDAK BOLEH dibuat bilasan 3 kali?
Tong racun
Tong premix
Bekas plastik
Bekas diperbuat daripada plastik high density polyethylene (HDPE)
Manakah antara yang berikut bukan posisi janggal?
Mencapai objek jauh
Menolak objek dengan menyandarkan badan pada objek yang ditolak
Menyemai benih dalam keadaan mencangkung.
Mengelap lantai di ruang tamu menggunakan kain sambil membongkok.
Berikut adalah elemen-elemen 3R, kecuali
Reuse (guna semula)
Reduce (kurangkan)
Recycle (kitar semula)
Redo (lakukan lagi)
Padankan simbol PPE berikut dan kepentingannya
Melindungi kaki daripada objek jatuh, objek tajam atau bahan kimia yang menghakis
Melindungi kawasan muka daripada bahan kimia dan objek yang terpelanting
Melindungi saluran pernafasan daripada gas,habuk, wap, zarah atau bahan kimia berbahaya.
Melindungi kepala daripada objek yang jatuh, habuk, haba dan bahaya mekanikal lain.
Melindungi badan daripada bahan kimia berbahaya dan percikan arka welding
Pernyataan berikut adalah BENAR bagi penyimpanan dan penyelenggaraan PPE KECUALI
Patuh arahan penggunaan
Perlu ditempat yang bersih, bertutup dan kering
Semua PPE perlu dibasuh setelah digunakan dengan guna sabun.
Lakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan PPE selamat digunakan.
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum membeli dan menetapkan jenis PPE KECUALI
Kukuh untuk digunakan
Cantik dan bergaya
Selesa dipakai
Ada pengesahan SIRIM-DOSH
Berikut adalah senarai faktor risiko ergonomik, KECUALI
Postur neutral
Postur janggal
Posisi statik yang berpanjangan
Gegaran badan daripada peralatan atau jentera
Cara kurangkan risiko ergonomik adalah seperti berikut, KECUALI
Pastikan anda sentiasa bergerak.
Lakukan regangan untuk memastikan peredaran darah sentiasa dalam keadaan baik.
Sekiranya melaksanakan kerja secara berdiri, luruskan kedua-kedua kaki agar berat ditampung dibahagikan samarata pada kedua kaki dan tulang tulang belakang
Elakkan posisi statik (duduk atau berdiri) yang berpanjangan
Masukkan perkara-perkara yang perlu ada di dalam label buangan terjadual berikut:
Berikut adalah pernyataan yang benar berkaitan pengurusan PPE, KECUALI
PPE tercemar dengan racun dan bahan kimia perlu dilupuskan sebagai bahan buangan terjadual.
PPE yang telah tamat tempoh tidak boleh digunakan walaupun dalam keadaan baik
Face mask boleh digantung di dalam stor bahan kimia atau stor racun
Penggunaan kasut di makmal perlulah bertutup dan anti-licin
Berikut adalah tip ergonomik untuk penggunaan kerusi yang betul, KECUALI
Laraskan armrest untuk memberikan sokong kepada tangan
Laraskan ketinggian kerusi supaya monitor komputer/laptop selari dengan aras mata
Laraskan penyandar kerusi supaya mendapat postur duduk yang betul
Laraskan ketinggian kerusi supaya meja selari dengan pinggang
