wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Aspek agama(Tokoh Agama) Set 4 No 1

Total questions: 62

Worksheet time: 59mins

Name
Class
Date
1.

Teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) memperkatakan tentang .................... ....................... raja-raja Melavu dan sejarah perkembangan negara kota Melaka.

(a)  

2.

Keagamaan merujuk kepada ....................... ......................./hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaz, perbuatan, atau sebagainya. Aspek keagaman dalam konteks ini terdiri dari nilai-nilai Islam/agama dan kehidupan beragama.

(a)  

3.

Nilai agama merujuk kepada sifat (a)   agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Selain dari itu, kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi aiaran agama, taat agama, beribadat.

4.

(a)   ilmu agama

Ilmu yang dimiliki oleh seseorang wajar disebar luaskan kepada orang lain agar ilmu yang diajar it memberi manfaat kepada orang yang menerima ilmu tersebut.

5.

Sehubungan dengan itu, adalah suatu kewajipan kepada semua umat Islam yang mempunyai ilmu, khususnya ......................... ...................... menyampaikannya kepada orang lain.

(a)  

6.

Ilmu yang diperolehi oleh seseorang melalui ajaran gurunya mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia, beriman, (a)   dan amanah dalam menjalani kehidupan seharian.

7.

Jika sekiranya seseorang yang berilmu, tetapi tidak (a)   kepada orang lain, maka sudah pasti ianya akan mengundang kejumudan kepada ilmu tersebut. Hal ini amat merugikan dan akan menyebabkan kelesuan dan kejumudan tradisi keilmuan. Hal ini juga akan menyebabkan kegagalan usaha pembentukkan insan yang kamil.

8.

Contohnya, Maulana ............................ .................. belajar ilmu agama daripada Maulana Abu Ishak. Maulana Abu Ishak merupakan seorang pendeta yang alim dan amat arif dalam ilmu tasauf (hlm. 156).Sewaktu Maulana ..................... ..................... berada di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf berguru dengannya.

(a)  

9.

Sultan (a)   Syah dan Kadi Yusuf telah belajar kitab Duri '1-mazlum karangan Maulana Abu Ishak dengan Maulana Abu Bakar. Dengan memiliki ilmu agama yang tinggi telah menjadikan Kadi Yusuf seorang yang warak dan zuhud. Akhirnya Kadi Yusuf meletakkan jawatan Kadi yang disandangnya dan beliau diganti oleh anaknya Kadi Munawar (hlm. 158)

10.

Bertakwa

(a)   adalah takut kepada Allah dan mengharapkan keredaan serta rahmat-Nya. Takwa adalah sifat yang paling penting dalam diri orang yang beriman.

11.

Kepentingan sifat takwa ini amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sini Allah ialah manusia yang (a)   . Jika sekiranya seseorang itu tidak bertakwa kepada Allah maka akan terjadilah perkara-perkara yang mungkar dengan melakukan perbuatan maksiat seperti membunuh, mencuri, menipu, zalim, dan sebagainya.

12.

Hal ini boleh dilihat melalui watak Maulana ...................... .................. dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melay). Beliau merupakan seorang ulama yang sentiasa bertakwa kepada Allah dan mempunyai kekuatan iman. Sifat ketakwaan beliau dengan jelas dapat dilihat apabila beliau sentiasa tawaf di Kaabah dan sentiasa dengan air sembahyang sebagai tanda ketakwaan. (hlm 156)

(a)  

13.

Hal ini boleh dilihat melalui watak Maulana Abu Ishak dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melay). Beliau merupakan seorang ulama yang sentiasa (a)   kepada Allah dan mempunyai kekuatan iman. Sifat ketakwaan beliau dengan jelas dapat dilihat apabila beliau sentiasa tawaf di Kaabah dan sentiasa dengan air sembahyang sebagai tanda ketakwaan. (hlm 156)

14.

(a)   untuk menyatakan yang hak dan mencegah yang batil merupakan satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap manusia muslim yang mempunyai kemampuan dalam pelaksanaan perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang sebenarnya.

15.

Apabila seseorang itu ..........................., maka akan lahirlah sifat ketakwaan dalam diri. Kegiatan ........................... juga mampu menanamkan sifat amanah dan ketinggian akhlak seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

(a)  

16.

Tugas ini amat berat untuk dilaksanakan, tetapi sangat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah. Tanpa aktiviti (a)   , maka sukar untuk ajaran Islam disebarluaskan dan sukar untuk menarik manusia kepada ajaran Islam yang sebenar.

17.

Selain daripada itu juga, tanpa aktiviti berdakwah, maka sukar untuk melahirkan manusia yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Contohnya, Maulana .................. ......................... merupakan seorang pendakwah yang berasal dari kota Makkah, telah menumpang kapal dari Jeddah ke Melaka untuk berdakwah seperti yang diperintahkan ole gurunya Maulana Abu Ishak.

(a)  

18.

Setibanya di Melaka, beliau telah dipermuliakan oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah dan pembesar Melaka belajar kitab Duri'l-mazlum dengan Maulana Abu Bakar. Hal ini menggambarkan bahawa Maulana Abu Bakar merupakan seorang yang amat (a)   .

19.

Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin. Ibadat solat merupakan rukun Islam yang ...................... selepas mengucap dua kalimah syahadah.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

20.

Ia adalah ............................. ......................... yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Sehubungan dengan itu, solat adalah satu ketetapan yang mesti dilakukan dan diambil perhatian serius oleh setiap mukallaf.

(a)  

21.

Tambahan pula, ia merupakan amalan yang ....................... sekali dihitung oleh Allah SWT. Pelaksanaan ibadat solat adalah lambang keperibadian seorang muslim sejati yang dapat menghubungkan antara makhluk dan pencipta-Nya tanpa sebarang perantaraan.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

22.

Solat yang sempurna dapat (a)   perbuatan maksiat, keji dan mungkar. Dengan solat juga, manusia dapat mendekatkan diri kepada Allah dan bertagarrub kepada-Nya. Solat merupakan satu bentuk peribadatan yang sangat penting dan berfungsi untuk membentuk peribadi seseorang. Semakin banyak seseorang itu melakukan ibadat solat, maka semakin bertambah kukuhlah keimanannya.

23.

Oleh itu, pelaksanaan solat dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat yang sempurna juga dapat membentuk insan yang lebih (a)   dan bertakwa kepada-Nya.

24.

Hal ini boleh dilihat melalui peristiwa kedatangan Islam Ke Melaka. Setelah turun dari kapal, ..................... .................... ................. telah menunaikan solat di pantai sewaktu mula-mula tiba di Melaka. Beliau kemudiannya mengislamkan Raja Kecil Besar, Orang Besar-besar, dan rakyat Melaka.

(a)  

25.

Setelah memeluk agama Islam Raja Kecil Besar digelar Sultan ..................... Syah. Syed Abdul Aziz kemudiannya mengajar tertib sembahyang kepada Sultan .................. Syah (hIm 73-74). Begitu juga dengan Kadi Yusuf, beliau telah pergi menunaikan sembahyang Jumaat (hlm

(a)  

26.

Solat Jumaat merupakan solat fardhu ............ rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat zuhur dan dilakukan secara beriemaah selepas khutbah. Apabila seseorang manusia itu menunaikan solat yang diwajibkan ini, maka akan lahirlah manusia yang beriman dan bertawa kepada-Nya.

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

27.

Sekiranya seseorang hamba Allah itu tidak mengerjakan solat Jumaat, maka ianya akan menyebabkan seseorang itu dianggap (a)   dan runtuh sifat-sifat keislaman seseorang insan.

28.

Membaca al-Quran.

Al-Quran ialah (a)   terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan merupakan senjata paling mujarab, ubat yang paling mustajab dalam menyelesaikan segala permasalahan kehidupan.

29.

Di dalamnya penuh dengan nur hidayah, rahmat dan zikir-zikir serta panduan. Sebagai kitab (a)   yang dipenuhi mukjizat dan keagungan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain maka bagi mengekalkannya dalam kehidupan kita, ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim.

30.

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa (a)   al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya. Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala.

31.

Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat (a)   di akhirat nanti.

32.

Contohnya, apabila Fakir (a)   singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak beliau telah mengislamkan rakyat negeri yang disinggahinya. Beliau juga telah menyuruh rakyat di setiap negeri yang beliau singgah membaca al-Quran.

33.

Seterusnya Fakir Muhammad ke Semundra dan mengislamkan ................. .....................

Setelah memeluk agama Islam, .......................... .................. telah diminta oleh Fakir Muhammad untuk membaca al-Quran.Akhirnya .................... ........................... dirajakan di Semundra dan dinamakan dengan nama Sultan Maliku's-Salleh.

(a)  

34.

............................. masyarakat.

Usaha untuk ........................... masyarakat akan menjadikan seseorang itu gigih, tabah, tawakal dan reda di atas segala kekentuan-Nya.

(a)  

35.

Fakir Muhammad telah mengislamkan masyarakat/rakyat di negeri yang disinggahinya seperti negeri Semundra, Fansuri, Lamiri dan Haru. Beliau juga telah mengislamkan ...................... ...................... apabila sampai ke negeri Semundra.

(a)  

36.

Hal ini menggambarkan kepada kita bahawa Fakir (a)   merupakan seorang yang gigih, tabah, tawakal, dan reda dalam usahanya untuk mengislamkan masyarakat dibeberapa buah negeri yang disinggahinya.

37.

............................./merendah diri.

Hakikatnya ...................... adalah sifat yang sangat mulia. Orang yang bersifat ........................ akan merasakan dirinya mempunyai kelemahan dan kekurangan.

(a)  

38.

Adapun kekuatan, kekayaan, kepandaian dan apa jua kelebihan yang dimilikinya, semuanya adalah pemberian dari Allah Subhanahu Wata 'ala. Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu Wata' ala mencintai orang-orang yang bersifat (a)  

39.

Bahkan sifat tawaduk juga dapat meninggikan darjatnya di sisi Allah Subhanahu Wata' ala dan di sisi manusia. Sifat tawaduk adalah sifat yang dapat menghindarkan diri kita dari bersifat (a)  

40.

Bagi menghindarkan sifat sombong dan menyuburkan sifat (a)   , maka kita hendaklah mengamalkan segala ajaran Al-Qur'an dan Hadis, memperbanyakkan zikir dan doa agar hati dan jiwa sentiasa terdorong untuk berakhlak mulia dan berbuat kebaikan dan seterusnya kita hendaklah mencontohi sikap dan sifat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

41.

Contohnya, Sultan ............................ merupakan seorang yang tawaduk apabila sangstup menyerahkan tahta kerajaan Mu'tabari kepada anaknya yang tua dan menggelarkan dirinya sebagai fakir ........................ semata-mata untuk menunaikan amanat Rasul Allah dan cintanya akan Islam.

(a)  

42.

(a)   kepada perintah Rasul.

Rasulullah SAW merupakan seorang insan yang terpuji dan paling mulia di antara makhluk-makhluk AllahSWT yang ada di atas muka bumi ini.

43.

Selain daripada itu juga, setiap umat Islam wajib taat dan patuh kepada perintah Rasul-Nya. Hal ini adalah kerana, ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Rasul-Nya membuktikan (a)   kepada perintah Allah SWT.

44.

Seseorang insan yang taat dan patuh kepada perintah Rasul-Nya dan Allah SWT, akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah SWT sepanjang masa. .................... ....................... dan Fakir Muhammad patuh pada perintah Nabi untuk mengislamkan isi negeri Semundra.

(a)  

45.

....................... dan menterjemah kitab agama.

Aktiviti ........................... dan menterjemah kitab agama merupakan suatu amalan mulia. Kitab yang dihasilkan akan memudahkan seseorang untuk menimba ilmu.

(a)  

46.

Begitu juga dengan usaha untuk ....................... kitab dalam bahasa tertentu, akan memudahkan sesuatu ilmu itu difahami. Sehubungan dengan itu apabila seseorang itu mengarang atau ........................... kitab, ilmu agama dapat disebarkan dengan lebih meluas sebagai satu daripada bidang dakwah.

(a)  

47.

Mengarang dan menterjemah kitab dapat membentuk jiwa yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, usaha mengarang atau menterjemah kitab, seperti kitab Ilmu tasauf, tauhid, fikah dan sebagainya dapat melahirkan insan yang (a)   serta mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.

48.

Jika tiada usaha dalam kalangan orang (a)   untuk mengarang atau menterjemah kitab, maka penyebaran ilmu akan terhad dan terbatas, serta menyukarkan pemahaman seseorang terhadap sesuatu bidang ilmu, khususnya ilmu agama.

49.

Sesungguhnya jika seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, khususnya dalam bidang agama, tetapi tidak ........................ ...................nya sama ada melalui pengajaran, penulisan atau penterjemahan, maka insan tersebut merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

(a)  

50.

Contohnya, Maulana Abu Ishak telah mengarang kitab Duri'1-mazlum dengan .................... bahasa iaitu, bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af* al. Bagi memudahkan kitab tersebut difahami oleh rakyat Melaka, maka Sultan Mansur Shah meminta kitab Duri 'l-mazlum diterjemahkan oleh Makhdum Patakan di Pasai

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

51.

Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun (a)   sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah. Bintang-bintang di langit, planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya.

52.

Dalam tawaf manusia diarahkan agar selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan hanya satu kali saja, tetapi berulang kali dan setiap waktu dalam kehidupan, sebagaimana dilambangkan dalam ibadah tawaf yang dilakukan ......................... kali putaran.

a)

3

b)

5

c)

7

d)

9

53.

Tawaf tersebut dilakukan dengan penuh penghayatan akan kehadiran Allah

SWT, berzikir, berdoa dan memohon ampun kepada-Nya. Ini melambangkan agar setiap manusia harus selalu (a)   kepada Allah SWT dengan merasakan kchadiran-Nya dalam setiap hari, mengingat kepada-Nya, berzikit, berdoa dan memohon ampun kepada-Nva.

54.

Ibadat ini melahirkan manusia yang mempunyi kekuatan iman dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT. Selain dari itu, ibadah ini juga dapat membentuk .......................... .................... dan disiplin diri hamba Allah terhadap pencipta-Nya, selain dari meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.

(a)  

55.

Contohnya, Maulana ........................ ....................., seorang yang amat arif dalam ilmu tasauf, sentiasa melakukan ibadat tawaf di Kaabah. Oleh kerana beliau sentiasa melakukan ibadat tawaf, maka beliau sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Hal ini menggambarkan kepada kita bahawa beliau merupakan seorang yang zuhud, yang sentiasa mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

(a)  

56.

Contohnya, Maulana Abu Ishak, seorang yang amat arif dalam ilmu tasauf, sentiasa melakukan ibadat tawaf di Kaabah. Oleh kerana beliau sentiasa melakukan ibadat tawaf, maka beliau sentiasa berada dalam keadaan (a)   Hal ini menggambarkan kepada kita bahawa beliau merupakan seorang yang zuhud, yang sentiasa mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

57.

(a)   alim ulama/Wali Allah

Umat Islam bukan sahaja perlu kepada hadis yang sahih sebagai hujah, tetapi mereka juga perlu kepada kefahaman yang sahih sebagai pegangan.

58.

Dalam syariat Islam, kefahaman yang sahih terhadap agama bukan dimiliki oleh semua orang, sebaliknya dimiliki dan dipelihara dalam kalangan ...................... ...................... Walaupun mereka ini bukan nabi namun selepas kewafatan Nabi SAW sudah tentu merekalah yang meneruskan tugas Nabi SAW dan menggalas tanggungjawab dengan segala kebijaksanaan yang dimiliki.

(a)  

59.

Dengan ilmu yang cukup tinggi, namun bersikap tawaduk, majoriti ulama tidak sesuka hati keluar daripada ........................... mazhab figah berkenaan kerana takut tergelincir daripada landasan kefahaman yang sahih jika mereka berlagak pandai sendiri.

a)

2

b)

4

c)

6

d)

8

60.

Apabila seseorang itu (a)   golongan alim ulama serta mendampingi mereka, maka sesungguhnya perbuatan tersebut dapat menghindarkan seseorang itu daripada terlibat dengan maksiat dan melanggar perintah Allah.

61.

Dengan berbuat demikian, maka akan lahirlah insan yang mempunyai kekuatan iman serta menjadikannya dekat dengan Allah SWT, dengan berpandukan ajaran golongan alim ulama tersebut. Contohnya, pada peringkat awalnya, Kadi (a)   tidak mahu berguru dengan Maulana Abu Bakar.

62.

Walau bagaimanapun setelah melihat kekeramatan Maulana ..................... ..................... yang berdiri di depan muka pintunya dikelilingi oleh cahaya seperti sumbu dian dikelilingi apinya menyebabkan Kadi Yusuf segera berlari menyembah pada Maulana Abu Bakar. Kadi Yusuf akhirnya berguru kepada Maulana Abu Bakar, dan kemudiannya Kadi Yusuf insaf serta berasa rendah diri lalu memecat dirinya daripada jawatan kadi.

(a)