wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Ujian Pertengahan Tahun BM Ting 2

Total questions: 65

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

"Bilakah __________akan berangkat ke London?" tanya Nureen kepada Azreen.

a)

dia

b)

kami

c)

kamu

d)

dikau

2.

Apabila Muaz sampai, ibu terus ________________air untuk membuat minuman.

a)

menanak

b)

menjerang

c)

mengukus

d)

merebus

3.

Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________

a)

tengik

b)

lembik

c)

empuk

d)

lemau

4.

Salsabella bukan saja cemerlang dalam pelajaran ______________ dia juga seorang yang handal bersilat.

a)

tetapi

b)

malahan

c)

sejak

d)

kecuali

5.

Ariff terpesona _______________ kemerduan suara penyanyi itu.

a)

oleh

b)

kepada

c)

dengan

d)

pada

6.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara

7.

Penduduk di negara ini sama ada di bandar atau desa perlu bersatu padu

a)

sama ada bandar atau desa

b)

sama ada di bandar atau di desa

c)

sama ada penduduk-penduduk bandar atau desa

d)

sama ada di bandar atau desa

8.

Amirul terkejut bila memperdengarkan berita itu.

a)

mendengar berita itu

b)

bila mendengar berita itu

c)

apabila mendengar berita itu

d)

bila memperdengarkan berita itu

9.

Barang-barang antik yang mereka temui itu berusia kira-kira 100 tahun.

a)

yang ditemukan oleh mereka itu

b)

yang ditemui oleh mereka itu

c)

yang mereka temukan itu

d)

yang mereka temui itu

10.

Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.

a)

hendaklah tunaikan janji itu

b)

mestilah tunai janji itu

c)

hendaklah menunaikan janji itu

d)

hendaklah tunai janji itu

11.

Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?

a)

orang miskin yang mendapat pertolongan

b)

berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri

c)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

d)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

12.

Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?

a)

orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya

b)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

c)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

d)

orang miskin yang mendapat pertolongan

13.

Apakah maksud peribahasa "umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua"?

a)

orang miskin yang mendapat pertolongan

b)

orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

c)

berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat

d)

merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

14.

Apakah maksud " alah bisa tegal biasa"?

a)

orang yang malas tidak akan maju

b)

kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu

c)

kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

d)

rajin dan cepat bekerja

15.

Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?

a)

sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan

b)

orang yang malas tidak akan maju

c)

kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

d)

melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

16.

Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

17.

Walaupun arahan untuk meninggalkan kawasan itu telah diberikan, namun terdapat sebilangan penduduk yang _________ belum berbuat demikian.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

selalu

d)

masih

18.

Rafiqi 2 IS datang ke sekolah dengan _________ sahaja kerana Sambutan Hari Guru diadakan di sekolahnya pada hari itu.

a)

melenggang

b)

melenggok

c)

melencung

d)

melenggong

19.

Tengku Haikal masih lagi _______ kerana dia malas untuk membersihkan longkang di hadapan rumahnya.

a)

bertapi-tapi

b)

berura-ura

c)

berbisik-bisik

d)

beriak-riak

20.

ParaA pemaju perumahan tidak mengindahkanB teguran penduduk agarC mengatasi

masalah tersebut. Tiada kesalahanD.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

21.

ParaA pelajar dilarang berbuatB bising di dalam kelas supayaC tidak mengganggu

proses pengajaran dan pembelajaran. Tiada kesalahanD.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

22.

Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan

a)

orang mengantuk disorongkan bantal.

b)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

c)

pucuk dicita ulam mendatang

d)

pungguk merindukan bulan.

23.

Jurulatih pasukan silat SMAM hanya melebih-lebihkan cerita tentang kehebatan pasukannya untuk melemahkan semangat pasukan lawan. Hal ini boleh diibaratkan

a)

membuang garam ke laut.

b)

tanah sekepal digunungkan.

c)

belum duduk sudah berlunjur

d)

kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.

24.

I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.

III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.

IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

25.

I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.

II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.

III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.

IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

a)

I dan IV sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

26.

I Sekarang jugakah Udin akan berlepas ke Korea?

II Telah berbaikkah mereka berdua pagi tadi?

III Nabilah tidak menghantar surat hari ini?

IV Harga seikat buah rambutan itu berapakah?

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

27.

Pemilihan peserta ke pertandingan kuiz peringkat daerah Marang dibuat adalah berdasarkan kepada keputusan kuiz di peringkat sekolah.

a)

berdasarkan keputusan

b)

adalah berdasarkan keputusan

c)

berdasarkan kepada keputusan

d)

adalah berdasarkan kepada keputusan

28.

Juruteknik itu sedang memperbaiki perisian komputer pelanggannya yang rosak

a)

membaiki perisian komputer

b)

memperbaiki pengisian komputer

c)

membaikkan pengisian komputer

d)

memperbaiki perisian komputer

29.

Penduduk Kampung Chendering bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu.

a)

bergotong-royong untuk melebar

b)

bergotong-royong untuk perlebarkan

c)

bergotong-royong untuk memperlebar

d)

bergotong-royong untuk memperlebarkan

30.

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada Daiyan.

a)

Gula-gula yang saya belikan

b)

Gula-gula yang dibeli oleh saya

c)

Semua gula-gula yang saya beli

d)

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

31.

Aduh! sakitnya perutku.

a)

Betul

b)

Salah

32.

Penggunaan imbuhan manakah yang salah?

a)

Keluarga yang miskin berharap kerajaan dapat membantu mereka.

b)

Keluarga yang miskin diharap kerajaan dapat membantu mereka.

33.

Yang mana satu ejaan betul?

(pilih dua jawapan)

a)

Sos Cili

b)

Cili Sos

c)

Kereta mini

d)

Mini kereta

34.

Frasa kerja transitif memerlukan objek hadir selepas kata kerja transitif. Objek itu boleh terdiri daripada sesuatu benda, perkara, atau tempat. Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

membincangkan kesan cuaca

b)

membincangkan tentang kesan cuaca

c)

menulis dalam surat

d)

menulis surat

35.

Frasa kerja tak transitif tidak tepat jika tidak diikuti oleh unsur keterangan. Unsur keterangan boleh dibina dengan menggunakan kata sendi nama. Pilih 2 jawapan yang tepat.

a)

pandang luar

b)

pandang ke luar

c)

mimpi pada siang hari

d)

mimpi siang hari

36.

Terdapat frasa sendi nama yang wujud selepas kata adjektif. Kesalahan bahasa berlaku jika kata sendi nama tidak digunakan. Pilih 2 jawapan betul.

a)

cintakan negara

b)

cinta akan negara

c)

suka akan ayam goreng

d)

suka ayam goreng

37.

Betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan berikut.


Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kazanah warisan masyarakat Melayu.

(a)  

38.

Betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan berikut.


Jika anak-anak dipupuk dengan rasa cinta akan sungai, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dinoktahkan di masa hadapan.

(a)  

39.

Betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan berikut.


Jika anak-anak dipupuk dengan rasa cinta akan sungai, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dinoktahkan di masa hadapan.

(a)  

40.

Siapa yang lahir sebelum tahun 1990-an, pastinya mempunyai pengalaman bermain permainan tradisional.

(a)  

41.

Semua peserta-peserta kem motivasi itu perlu mendaftarkan diri selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.

a)

Peserta-peserta

b)

Semua para peserta

c)

Para peserta-peserta

d)

Semua peserta-peserta

42.

Keputusan pertandingan penulisan esei peringkat daerah telah kami terima petang semalam.

a)

telah diterima oleh kami

b)

telah kami menerima

c)

kami telah terima

d)

telah kami terima

43.

Banyak kebaikan kita akan peroleh jika membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian.

a)

kita akan memperoleh

b)

akan kita peroleh

c)

akan diperoleh kita

d)

kita akan peroleh

44.

Aktiviti kokurikulum memberikan banyak kebaikan terhadap murid-murid.

a)

memberikan banyak kebaikan pada

b)

banyak memberikan kebaikan pada

c)

banyak memberikan kebaikan kepada

d)

memberikan banyak kebaikan terhadap

45.

Murid-murid perlu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

a)

berikan perhatian

b)

diberikan perhatian

c)

memberi akan perhatian

d)

memberikan perhatian

46.

Pilih ayat-ayat yang betul.




a)

Ayah membelikan saya tiga buah buku-buku rujukan di kedai itu.

b)

Kursus kepimpinan ini akan mengambil masa selama empat setengah jam.

c)

Hari Kantin sekolah saya akan berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.30 petang.

d)

Seorang dari peserta lawatan ke Muzium Negara telah menarik diri di saat-saat akhir.

47.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Kutipan sumbangan itu untuk menaik taraf dewan sekolah.

II Akan saya sertai pertandingan syarahan itu pada minggu depan.

III Lima orang murid-murid yang ponteng sekolah telah didenda oleh guru disiplin.

IV Aktiviti perkhemahan itu diadakan demi untuk semangat kerjasama dalam kalangan murid.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

48.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Aira menunggu Ai Ling di perpustakaan sejak dari pukul 2.00 petang tadi lagi.

II Pertandingan bola jaring antara rumah sukan ditunda oleh kerana hujan lebat.

III Nursyamira mendapat markah ujian Matematik paling tinggi di dalam kelasnya.

IV Guru-guru besar di daerah Kajang bermesyuarat untuk mencari jalan bagi menangani disiplin di sekolah.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

49.

Kenal pasti pola ayat yang betul berdasarkan ayat yang diberi.


Para peserta ekspedisi itu menghilir anak sungai itu dengan kayak.

a)

FN+FA

b)

FN+FK

c)

FN+FSN

d)

FN+FN

50.

Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

a)

Subjek - Petani itu

b)

Subjek - Petani

c)

Predikat - membajak sawahnya setiap hari.

d)

Predikat - itu membajak sawahnya setiap hari.

51.

Pokok rambutan itu di belakang rumah.

a)

Subjek - belakang rumah

b)

Subjek - Pokok rambutan itu

c)

Predikat - rambutan itu di belakang rumah

d)

Predikat - di belakang rumah

52.

Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

a)

Subjek - ibu bapa mereka

b)

Subjek- Banyak remaja

c)

Predikat - merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka

d)

Predikat - Banyak remaja merokok kerana meniru

53.

Harimau yang garang itu telah membaham lembu Shafiee yang ditambat di tepi hutan itu.

a)

Subjek - Harimau yang garang itu

b)

Subjek - Shafiee

c)

Predikat - telah membaham lembu Shafiee yang ditambat di tepi hutan itu.

d)

Predikat - Harimau yang garang itu

54.

Tuan Puteri Vanessa dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

a)

Subjek - Tuan Puteri Vanessa

b)

Subjek - Tuan Puteri Vanessa dan dayang-dayangnya

c)

Predikat - sedang memetik bunga di taman istana.

d)

Predikat - dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

55.

Haikal sungguh gembira apabila dapat berjumpa dengan sahabat lamanya.

a)

Subjek - Haikal

b)

Subjek - sahabat lamanya

c)

Predikat - sungguh gembira apabila dapat berjumpa dengan sahabat lamanya

d)

Predikat - Haikal sungguh gembira apabila dapat berjumpa

56.

Pilih subjek dalam ayat berikut.


Cikgu Hadi memberi penerangan tentang subjek dan predikat.

a)

Cikgu

b)

Cikgu Tamilmani

c)

memberi penerangan

d)

tentang subjek dan predikat

57.

Buah durian belanda ini mempunyai duri yang _____________ dan isinya berwarna putih.

a)

kuat

b)

lemah

c)

lembut

d)

tumpul

58.

"___________kah kebaikan produk yang dihasilkan daripada buah durian belanda ini, cik?" Tanya Sakina kepada petugas di ekspo itu.

a)

Mana

b)

Siapa

c)

Apa

d)

Bagaimana

59.

"_____________ sesekali membeli produk yang tidak berkualiti kerana boleh menjejaskan kesihatan kita," pesan Puan Mariam.

a)

Minta

b)

Tolong

c)

Harap

d)

Jangan

60.

pilih ayat yang betul.


i- Anak Encik Ikmal menjadi nakal teramat sejak berpindah ke sekolah baru

ii- penduduk taman perumahan itu dinasihati agar tidak turun ke laut pada musim tengkujuh

iii- Cadangan ketua kampung untuk membina dewan itu dipersetujui oleh penduduk kampung

iv- Roslan telah membuat keputusan untuk membantu ayahnya menguruskan kedai runcit milik keluarganya.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i, ii, iii dan iv

61.

Pilih peribahasa yang paling sesuai


Sarina mengambil sekeping roti berkrim sebagai ____________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut kosong

d)

perut berisi

62.

Pilih ayat yang betul.


i- Durian belanda mempunyai kandungan nutrisi pemakanan yang tinggi

ii- Melaka terkenal dengan perusahaan perbuatan bot fiber

iii- Ipoh merupakan salah satu bandar raya yang pesat membangun.

iv- Ali pergi ke Agensi Pelancongan Wawa untuk berunding tentang pakej yang disediakan

a)

i, ii, dan iii sahaja

b)

ii, iii, dan iv sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i, ii, iii, dan iv

63.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i- Aini bekerja sebagai seorang pereka hiasan dalaman.

ii- Sekolah saodah telah menerimakunjungan pelajar dari negara Jepun

iii- Apabila bertahun-tahun menghilang diri akhirnya ia muncul di kampungnya

iv- Orang muda itu sepatutnya melawan perbualan orang-orang tua

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

ii, iii, san iv sahaja

d)

i, ii, iii, dan iv

64.

"Wah layang-layang berbentuk sotong itu terbang _________ !" kata Anas sambil menunjuk ke arah layang-layang itu.

a)

tinggi

b)

panjang

c)

lebar

d)

besar

65.

Aida berasa sungguh gembira apabila dapat menaiki _________ semasa makan angin di Tanah Tinggi Genting

a)

kereta kabel

b)

kereta api

c)

kapal layar

d)

kapal terbang