wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DENTUM OTAK SET 1.1

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
  1. Maklumat berikut berkaitan pengeluaran Syarikat Bumi Maju Sendirian Berhad.

Syarikat Bumi Maju sendirian Berhad bercadang untuk menghasilkan bola ragbi.

Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh akauntan syarikat.

Sewa kilang setahun: RM 25000 sebulan

Jumlah gaji pekerja setahun: RM 20000 sebulan

Kos berubah seunit bola ragbi : RM 20

Harga jualan seunit bola ragbi: RM 50

Berapakah unit bola ragbi yang perlu dikeluarkan dan dijual sepanjang tahun untuk syarikat mencapai titik pulang modal (TPM) ?

a)

500

b)

900

c)

1000

d)

1500

2.
  1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan berdaya saing sesuatu perniagaan.

a)

Kedudukan kewangan syarikat adalah baik.

b)

Perniagaan melakukan promosi yang berterusan

c)

Perniagaan mampu terus bertahan dalam industri

d)

Jenama perniagaan berkenaan sudah dikenali ramai

3.
  1. Maklumat berikut merupakan tugasan harian Puan Maimunah.

  • *Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat

  • *Memastikan barang pesanan mencukupi dan berkualiti

  • Bahagian fungsian manakah yang Puan Maimunah ditempatkan?

a)

Pembelian

b)

Pengagihan

c)

Pentadbiran

d)

Pengeluaran

4.
  1. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pekerja untuk memastikan risiko kegagalan dapat diminimumkan?

a)

Berbincang dengan pengurus

b)

Berusaha dengan bersungguh-sungguh

c)

Memahami bidang tugas masing-masing

d)

Mematuhi Standard Prosedur Operasi tugas yang ditetapkan

5.
  1. Rajah 2 menunjukkan suatu saluran agihan.

Apakah barangan yang sesuai menggunakan saluran agihan itu?

I Beras

II Majalah

III Kosmetik

IV Barangan dapur

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Antara yang berikut yang manakah merupakan faedah bukan berbentuk kewangan yang diberi kepada pekerja?

a)

Komisen

b)

Pinjaman

c)

Cuti rehat

d)

Bonus tunai

7.

Antara yang berikut, yang manakah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987?

a)

Hak Cipta

b)

Karya Seni

c)

Cap Dagang

d)

Petunjuk Geografi

8.

Gambar menunjukkan bahagian fungsian dalam sebuah syarikat.

Apakah peranan bahagian fungsian yang ditunjukkan oleh gamabar tersebut?

a)

Mengagihkan sumber kewangan ke bahagian yang memerlukan secara cekap

b)

Mengenal pasti sumber pembiayaan bagi menambahkan modal

c)

Menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan

d)

Mengemaskini dan mempromosikan barang dan perkhidmatan

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem penggajian.

*Ganjaran yang diberikan kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan.

  • *Jumlah jualan dibuat akan menentukan jumlah ganjaran.

a)

Elaun

b)

Komisen

c)

Bonus tunai

d)

Pinjaman Kewangan

10.

Mengapakah kemahiran kebolehkerjaan penting kepada pekerja?

a)

Pekerja tidak memerlukan tunjuk ajar

b)

Memudahkan pekerja untuk naik pangkat

c)

Pekerja akan dibayar gaji yang tinggi

d)

Pekerja dapat melaksanakan kerja dengan cekap

11.

Rajah menunjukkan sejenis struktur organisasi.

Apakah jenis struktur organisasi diatas?

a)

Struktur organisasi berdasarkan pelanggan

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan fungsian

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi

12.

Gambar menunjukkan sumber fizikal perniagaan.

Bagaimanakah prosedur mengurus sumber tersebut?

a)

Perlindungan insurans dan keselamatan

b)

Penggunaan alatan yang terbiar

c)

Hak eksklusif untuk suatu reka cipta

d)

Mengelakkan ancaman dan cetak rompak

13.

Bagaimanakah pekerja ditempatkan dalam organisasi perniagaan?

I Berdasarkan kemahiran

II Mengikut kelayakan akademik

III Mengikut keutamaan kemasukan

IV Mengikut tempat kelahiran pekerja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV