NEW
Font size
WorksheetsDENTUM OTAK SET 1.2
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan?
Meningkatkan imej perniagaan
Mengukuhkan kedudukan perniagaan
Menambahkan pendapatan perniagaan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Gambar 1 menunjukkan suatu sektor perniagaan.
Apakah kepentingan sektor tersebut?
Menjaga kesihatan orang ramai
Memberi sumbangan kepada eksport negara
Memastikan aktiviti perniagaan berjalan lancar
Melibatkan aktiviti khidmat percuma kepada negara
Maklumat di bawah berkaitan dengan perniagaan Nur Emazah Trading.
- Jumlah jualan tahunan RM60 juta
- Bilangan pekerja 70 orang
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kelebihan bentuk perniagaan tersebut?
Kos overhed rendah
Kos upah yang rendah
Perniagaan yang lebih fleksibel
Perniagaan mengamalkan pengkhususan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan menjalankan perniagaan berskala tempatan?
Mudah untuk mengendalikan perniagaan
Liputan pasaran meliputi sesebuah negara
Kos menjalankan perniagaan adalah rendah
Mendapat sokongan kewangan daripada syarikat antarabangsa
Rajah 1 berkaitan dengan skala perniagaan.
Apakah X?
Zon
Negeri
Daerah
Global
Maklumat berikut menunjukkan suatu peranan kerajaan di Malaysia.
Bidang kuasa atas bahan galian dan tanah serta mewujudkan kawasan industri untuk memajukan kegiatan ekonomi.
Kerajaan manakah yang memainkan peranan bagi pernyataan di atas?
Kerajaan pusat
Kerajaan negeri
Kerajaan tempatan
Pihak berkuasa tempatan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah penggangguran bermusim?
Menurunkan kadar cukai
Menurunkan kadar faedah
Menggalakkan penggunaan mesin moden
Memberi insentif kepada perniagaan untuk terus beroperasi
Keadaan yang manakah menyebabkan trend meningkat dalam persekitaran perniagaan?
Pekerja yang bermotivasi tinggi, rajin serta berdisiplin
Pengurusan yang kurang cekap dan tidak sistematik
Keadaan ekonomi yang tidak berkembang
Sistem perundangan yang tidak stabil
Maklumat dibawah ini berkaitan gaya pengurusan.
- Pekerja kurang bermotivasi
- Tahap disiplin yang rendah
Apakah gaya pengurusan tersebut?
Gaya pengurusan laissez - faire
Gaya pengurusan automatik
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan sokongan
Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh kos tetap bagi sebuah restoran?
I. Beras
II. Minyak Masak
III. Kerusi dan meja
IV. Peralatan memasak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan pembentukan visi, misi dan objektif (VMO) sesebuah organisasi?
I. Dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi
II. Merupakan asas pembentukan strategi perniagaan
III. Dijadikan asas untuk mendapat pembiayaan luar
IV. Dibentuk untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Maklumat yang berkaitan dengan Puan Halimah.
Puan Halimah menjalankan perniagaan menjual makanan haiwan peliharaan. Pada 1 januari, beliau membeli 20 kampit makanan kucing secara hutang daripada Pembekal Kitten's. Pada 10 Januari, Puan Halimah membawa sekampit makanan kucing ke rumah untuk kucing peliharaan anaknya.
Apakah dokumen perniagaan yang terlibat?
I. Memo
II. Invois
III. Resit Rasmi
IV. Slip daftar tunai
I dan II
I dan III
I dan IV
III dan IV
Maklumat yang berikut berkaitan dengan rancangan perniagaan.
Menyediakan spesifikasi tugas mengikut jawatan
Apakah bahagian dalam rancangan perniagaan yang melibatkan perkara di atas?
Ringkasan eksekutif
Rancangan pentadbiran
Rancangan kewangan
Rancangan pemasaran
