wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DENTUM OTAK SET 4.2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut menunjukkan kitaran ekonomi.

"Tahap ini memberikan kesan negatif terhadap perniagaan. Perniagaan perlu mengubah suai Visi, Misi dan Objektif perniagaan mengikut keperluan perniagaan."

Apakah tahap yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Melambung

b)

Kemelesetan

c)

Pertumbuhan

d)

Perkembangan

2.

Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengawal keadaan ekonomi?

a)

Menggubal Perlembangaan Malaysia

b)

Mengetatkan syarat menjalankan perniagaan

c)

Mengubah kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan

d)

Memberhentikan sesetengah perniagaan di pasaran tempatan

3.

Antara berikut, manakah bukan kesan-kesan yang dialami oleh perniagaan jika gagal mencapai matlamat perniagaan?

a)

Jualan merosot

b)

Imej perniagaan terjejas

c)

Gagal dalam perniagaan

d)

Sukar untuk mendapatkan stok

4.

Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi penyelidikan dan pembangunan.

a)

Menetapkan harga produk

b)

Memasarkan produk di pasaran

c)

Menambahbaikan produk sedia ada

d)

Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelangan

5.

Maklumat berikut menunjukkan peranan suatu bahagian fungsian:

* Melatih pekerja

  • * Memilih pekerja

  • * Merekrut pekerja

    Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Pengagihan

b)

Pengeluaran

c)

Pengurusan sumber manusia

d)

Teknologi maklumat dan telekomunikasi

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Encik Hassan.

"Encik Hassan ialah pemilik Hassan Trading. Baru-baru ini, Hassan Trading telah menerima pesanan sebanyak 500 unit produk A."


Antara berikut, bahagian fungsian yang manakah perlu digerakkan bagi memastikan produk A sampai ke tangan pelanggan.

a)

Pengagihan

b)

Pentadbiran

c)

Khidmat pelanggan

d)

Pengeluaran

7.

Bagaimanakah aktiviti yang dijalankan oleh bahagian fungsian pemasaran dapat meningkatkan keuntungan perniagaan

a)

Mengurangkan kos

b)

Meningkatkan penawaran

c)

Meningkatkan pengeluaran

d)

Meningkatkan permintaan

8.

Pernyataan yang manakah menerangkan maksud pengurusan sumber manusia.

a)

Satu usaha mengenalpasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

b)

Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja secara cekap

c)

Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

d)

Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka masa panjang organisasi

9.

Antara berikut, manakah prosedur mengurus sumber fizikal sebuah kilang tayar?
I Menghasilkan pelbagai tayar berkualiti untuk pasaran

II Membeli teknologi baru untuk tingkatkan kualiti tayar

III Menyelenggara mesin untuk lancarkan operasi pengeluaran

IV Mengambil insurans untuk melindungi perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Antara berikut, yang manakah bukan sumber pembiayaan luaran?

a)

Syer

b)

Rizab keuntungan

c)

Bantuan modal

d)

Geran penyelidikan

11.

Perbualan berikut berkaitan dengan satu sumber pembiayaan luaran.

Ah Guan: Syarikat saya baru dapat kontrak membina jalan raya. Saya perlu memohon pembiayaan untuk membeli beberapa buah jentolak.

Hakimi: Apa kata awak cuba memohon pembiayaan pajakan. Lagi pun awak hanya perlukan jentolak untuk sementara sahaja bagi menyiapkan projek pembinaan jalan raya.

Apakah kelebihan pembiayaan tersebut kepada Ah Guan?

a)

Dapat mengelak daripada risiko keusangan aset

b)

Boleh dicagarkan untuk mendapatkan pembiayaan

c)

Dapat memiliki aset selepas tamat tempoh pajakan

d)

Boleh mendapatkan pembiayaan modal kerja

12.

Razin menjual air pelbagai perisa di pasar malam. Bagaimanakah cara dia mendapatkan modal?

a)

Mencagarkan tanah milik bapanya

b)

Membeli invois daripada syarikat pemfaktoran

c)

Menggunakan wang tabung miliknya

d)

Mendapatkan pinjaman daripada Agrobank

13.

Butiran manakah yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi?

I Kos belian

II Aset semasa

III Ekuiti pemilik

IV Jualan bersih

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Butiran manakah yang terdapat dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Jualan kredit

b)

Hutang lapuk

c)

Ambilan barang niaga oleh pemilik

d)

Penerimaan daripada penghutang

15.

Mengapakan Titik Pulang Modal (TPM) penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Menunjukkan kuantiti keluaran yang tidak memberi sebarang untung atau rugi

b)

Menunjukkan kedudukan ekuiti pemilik sesebuah perniagaan

c)

Menunjukkan tahap maksimum jualan yang diperolehi

d)

Menunjukkan jumlah hasil melebihi jumlah kos perniagaan