Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4: PERANG DUNIA PERTAMA

Total questions: 45

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Perang Dunia Pertama berlaku pada

a)

1911-1915

b)

1912-1916

c)

1913-1917

d)

1914-1918

2.

Perang Dunia Pertama berlaku di

a)

Tanah Melayu

b)

Negara Eropah termasuk empayar Uthmaniyah

c)

Jepun

d)

Sabah dan Sarawak

3.

Apakah tiga faktor berlakunya Perang Dunia Pertama?

Pilih tiga jawapan yang betul

a)

Persaingan kuasa imperialis

b)

Penubuhan pakatan ketenteraan

c)

Perebutan kuasa antara Raja-Raja di Eropah

d)

Berlakunya krisis di Rantau Balkan

4.

Apakah maksud imperialis?

a)

Petani

b)

Penjajah

c)

Pakar ekonomi

d)

Pemimpin

5.

Mengapakah berlakunya persaingan antara kuasa imperialis di Eropah?

a)

Kerana berlakunya Perkembangan dalam bidang perubatan di Eropah

b)

Kerana berlakunya perkembangan dalam bidang perkapalan di Eropah

c)

Kerana berlakunya perkembangan Revolusi Industri di Eropah

d)

Kerana berlakunya perkembangan dalam bidang perumahan di Eropah

6.

Perkembangan dalam bidang industri di Eropah menyebabkan negara Eropah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk

Pilih dua jawapan yang betul

a)

Mendapatkan harta karun

b)

Mendapatkan bahan mentah

c)

Dijadikan kawasan penyimpanan senjata

d)

Dijadikan kawasan pasaran baru

7.

Antara bahan mentah yang ingin diperoleh oleh kuasa imperialis Eropah ialah

Pilih tiga jawapan yang betul

a)

Bijih timah

b)

Emas

c)

Petroleum

d)

Arang batu

8.

Persaingan mendapatkan tanah jajahan menyebabkan berlakunya permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah seperti kuasa Perancis dengan

a)

Rusia

b)

Jerman

c)

Jepun

d)

Itali

9.

Permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah telah membawa kepada penubuhan pakatan ketenteraan. Antara pakatan ketenteraan yang ditubuhkan ialah

Pilih dua jawapan yang betul

a)

Pakatan kuasa tengah

b)

Pakatan kuasa tepi

c)

Pakatan Bertiga

d)

Pakatan Berempat

10.

Negara manakah yang merupakan pakatan kuasa tengah?

Pilih empat jawapan yang betul.

a)

Jerman

b)

Rusia

c)

Austria Hungary

d)

Bulgaria

e)

Empayar Uthmaniyah

11.

Pakatan Bertiga terdiri daripada tiga negara Eropah iaitu

a)

Rusia

b)

Austria Hungary

c)

Perancis

d)

Britain

12.

Apakah tiga kesan daripada penubuhan pakatan ketenteraan tersebut?

a)

Berlaku ketidakstabilan politik

b)

Negara Eropah bersaing mencipta senjata moden

c)

Negara Eropah risau untuk berperang

d)

Negara Eropah bersedia untuk berperang

13.

Faktor ketiga Perang Dunia Pertama ialah krisis di Rantau Balkan. Apakah maksud krisis?

a)

Kerjasama

b)

Hubungan

c)

Masalah

d)

Perjanjian

14.

Apakah punca berlakunya krisis di Rantau Balkan?

a)

Kerana permusuhan antara Austria Hungary dengan Perancis

b)

Kerana permusuhan antara Austria Hungary dengan Rusia

c)

Kerana permusuhan antara Austria Hungary dengan Serbia

d)

Kerana permusuhan antara Austria Hungary dengan Itali

15.

Apakah tuduhan yang dilontarkan oleh Austria Hungary kepada Serbia?

a)

Austria Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria Hungary berketurunan Serb untuk mencuri hasil negara

b)

Austria Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria Hungary berketurunan Serb untuk membunuh Raja

c)

Austria Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria Hungary berketurunan Serb untuk menculik puteri raja

d)

Austria Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria Hungary berketurunan Serb untuk bebaskan diri daripada pemerintahan Austria-Hungary

16.

Apakah peristiwa yang berlaku daripada krisis Rantau Balkan yang telah menyebabkan meletusnya Perang Dunia Pertama?

a)

Pembunuhan rakyat Austria Hungary dengan isterinya oleh pemuda Serbia

b)

Pembunuhan Menteri Austria Hungary dengan isterinya oleh pemuda Serbia

c)

Pembunuhan tentera Austria Hungary dengan isterinya oleh pemuda Serbia

d)

Pembunuhan Putera Mahkota Austria Hungary dengan isterinya oleh pemuda Serbia

17.

Apakah nama Putera Mahkota Austria Hungary dengan isterinya?

a)

Archduke Ferdinand dan Sarah

b)

Archduke Ferdinand dan Sofie

c)

Archduke Fernando dan Sarah

d)

Archduke Fernando dan Sofie

18.

Peperangan telah bermula pada 28 Julai 1914 apabila Austria Hungary dengan sokongan .................. telah mengistiharkan perang terhadap Serbia

a)

Empayar Uthmaniyah

b)

Bulgaria

c)

Amerika Syarikat

d)

Jerman

19.

Serbia pula telah mendapat bantuan ketenteraan awal daripada ......................

a)

Perancis

b)

Itali

c)

Rusia

d)

Romania

20.

KRONOLOGI PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)

Pembunuhan Putera Mahkota Austria Hungary dan isterinya Sofie

⬇️

Austria Hungary dengan sokongan Jerman isytihar perang terhadap Serbia

⬇️

Rusia memberi bantuan ketenteraan kepada Serbia

⬇️

Jerman isytihar perang terhadap Rusia

⬇️

Perancis memihak kepada Rusia

⬇️

Jerman isytihar perang terhadap Perancis

⬇️

Jerman ceroboh Belgium untuk menyerang Perancis.

⬇️

Britain menyertai Rusia dan Perancis

⬇️

Empayar Uthmaniyah sertai pakatan kuasa tengah

⬇️

Itali sertai pakatan Bertiga

⬇️

............................................sertai pakatan Bertiga

⬇️

Pakatan Bertiga memenangi Perang Dunia Pertama

Soalan: Siapakah yg telah menyertai pakatan Bertiga sehingga menyebabkan mereka menang dalam Perang Dunia Pertama?

a)

England

b)

United kingdom

c)

Amerika Syarikat

d)

Jepun

21.

Setelah Pakatan Bertiga menang dalam Perang Dunia Pertama apakah tiga peristiwa yang berlaku?

Pilih tiga jawapan yang betul

a)

Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata

b)

Jerman dipaksa keluar daripada negara Eropah

c)

Persidangan Damai Paris telah diadakan

d)

Perjanjian Versailles ditandatangani

22.

Apakah maksud gencatan senjata?

a)

Gencatan senjata ialah melupuskan baki senjata yang ada

b)

Gencatan senjata ialah menghentikan tembak menembak (peperangan)

c)

Gencatan senjata ialah membeli senjata dengan lebih banyak

d)

Gencatan senjata ialah menjual senjata kepada negara yang menang dalam perang

23.

Negara manakah yang telah diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama?

a)

Jerman

b)

Rusia

c)

Perancis

d)

Amerika Syarikat

24.

Persidangan Damai Paris telah diadakan untuk membincangkan syarat perdamaian selepas perang. Apakah tujuan syarat perdamaian tersebut?

a)

Supaya Perancis tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah

b)

Supaya Rusia tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah

c)

Supaya Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah

d)

Supaya Austria Hungary tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah

25.

Persidangan Damai Paris telah melahirkan satu deklarasi yang dinamakan sebagai

a)

Deklarasi 11 Perkara Woodrow Wilson

b)

Deklarasi 12 Perkara Woodrow Wilson

c)

Deklarasi 13 Perkara Woodrow Wilson

d)

Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson

26.

Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson adalah cadangan daripada ........................... sebagai asas perdamaian.

a)

Presiden Jerman

b)

Presiden Rusia

c)

Presiden Amerika Syarikat

d)

Presiden Perancis

27.

Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson menetapkan dua prinsip utama ke arah perdamaian negara di Eropah iaitu..

Pilih dua jawapan yang betul

a)

Penentuan nasib negara oleh raja

b)

Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

c)

Sempadan negara berasaskan kedaulatan raja

d)

Sempadan negara berasaskan bangsa

28.

Perjanjian Versailles ditandatangani pada 28 Jun 1919 oleh Pakatan Bertiga dengan .................

a)

Bulgaria

b)

Jerman

c)

Empayar Uthmaniyah

d)

Austria Hungary

29.

Pilih empat syarat perjanjian Versailles yang telah dikenakan terhadap Jerman.

a)

Jerman perlu bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang

b)

Jerman perlu bayar pampasan kepada semua negara Eropah

c)

Jerman perlu bayar pampasan kepada Pakatan Bertiga

d)

Jerman perlu kecilkan saiz tenteranya

e)

Jerman perlu serah wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga

30.

Perjanjian Versailles telah menubuhkan Liga Bangsa-Bangsa. Apakah tujuan penubuhan Liga Bangsa-Bangsa?

Pilih dua jawapan yang betul

a)

Untuk menggalakkan persaingan kuasa

b)

Untuk menggalakkan keamanan

c)

Untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa

d)

Untuk menggalakkan penjualan senjata canggih

31.

Perang Dunia Pertama telah memberi kesan besar kepada negara Eropah dan juga negara kita. Apakah kesan-kesan tersebut?

Pilih tiga jawapan yang betul

a)

Keruntuhan pemerintahan beraja

b)

Kehilangan nyawa dan kemusnahan infrastruktur

c)

Kemunculan negara-negara baharu

d)

Kesan terhadap negara kita

32.

Perang Dunia Pertama telah menyebabkan keruntuhan pemerintahan beraja di empat buah negara iaitu...

Pilih empat jawapan yang betul.

a)

Jerman

b)

Rusia

c)

Empayar Rom

d)

Empayar Uthmaniyah

e)

Austria Hungary

33.

Peristiwa keruntuhan pemerintahan beraja di Jerman ialah ...

Pilih jawapan yang betul.

a)

Empayar negara di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir apabila berlakunya pemberontakan.

b)

Pemerintahan beraja Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis pertama dunia ditubuhkan.

c)

Sultan Mehmed IV digulingkan dan kerajaan Republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk ditubuhkan

d)

Kaiser Wilhelm II terpaksa turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda.

34.

Peristiwa keruntuhan pemerintahan beraja di Austria Hungary ialah ...

Pilih jawapan yang betul.

a)

Empayar negara di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir apabila berlakunya pemberontakan.

b)

Pemerintahan beraja Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis pertama dunia ditubuhkan.

c)

Sultan Mehmed IV digulingkan dan kerajaan Republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk ditubuhkan

d)

Kaiser Wilhelm II terpaksa turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda.

35.

Peristiwa keruntuhan pemerintahan beraja di Rusia ialah ...

Pilih jawapan yang betul.

a)

Empayar negara di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir apabila berlakunya pemberontakan.

b)

Pemerintahan beraja Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis pertama dunia ditubuhkan.

c)

Sultan Mehmed IV digulingkan dan kerajaan Republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk ditubuhkan

d)

Kaiser Wilhelm II terpaksa turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda.

36.

Peristiwa keruntuhan pemerintahan beraja di empayar Uthmaniyah ialah ...

Pilih jawapan yang betul.

a)

Empayar negara di bawah pemerintahan Dinasti Habsburg berakhir apabila berlakunya pemberontakan.

b)

Pemerintahan beraja Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis pertama dunia ditubuhkan.

c)

Sultan Mehmed IV digulingkan dan kerajaan Republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk ditubuhkan

d)

Kaiser Wilhelm II terpaksa turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda.

37.

Perang Dunia Pertama juga telah menyebabkan perpecahan negara sehingga munculnya negara-negara baharu. Negara manakah yang terlibat dengan perpecahan ini?

Pilih tiga jawapan yang betul

a)

Austria Hungary

b)

Jerman

c)

Rusia

d)

Empayar Uthmaniyah

38.

Pilih empat negara baharu yang muncul selepas perpecahan negara Austria Hungary.

a)

Austria

b)

Hungary

c)

Poland

d)

Yugoslavia

e)

Czechoslovakia

39.

Pilih empat negara baharu yang muncul selepas perpecahan negara Rusia.

a)

Poland

b)

Estonia

c)

Latvia

d)

Yugoslavia

e)

Lithuania

40.

Pilih tiga negara baharu yang muncul selepas perpecahan empayar Uthmaniyah

a)

Palestin

b)

Lebanon

c)

Syria

d)

Iraq

41.

Kesan daripada Perang Dunia Pertama terhadap negara kita ialah

Pilih empat jawapan yang betul

a)

Raja Melayu diminta menandatangani pengisytiharan perang untuk menyokong dan taat setiap kepada British

b)

Undang-undang berkaitan perang diluluskan

c)

Kuasa pentadbiran diserahkan kembali kepada raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi British berkuasa meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera sekiranya perlu

e)

British mengeksploitasi hasil bijih timah dan getah untuk perbelanjaan Bristish dalam perang Dunia Pertama

42.

Apakah iktibar yang anda peroleh daripada peristiwa Perang Dunia Pertama?

Tiada had pilihan jawapan.

a)

Kita hendaklah mengelakkan sebarang konflik bersenjata untuk memelihara keamanan negara

b)

Kita hendaklah bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara.

c)

Kita hendaklah menggunakan kepandaian dalam teknologi ke arah kebaikan.

d)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara.

e)

Kerjasama antarabangsa dan promosi ke arah perdamaian adalah penting untuk memastikan keamanan dunia.

43.

Apakah cara yang boleh dilakukan untuk memelihara keamanan dunia?

Pilih tiga jawapan yang betul.

a)

Mengadakan rundingan untuk mencari penyelesaian terbaik dalam sesuatu konflik.

b)

Mengadakan kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang supaya dapat menjaga kepentingan semua pihak.

c)

Memberi kebebasan untuk mana-mana negara untuk menggunakan senjata yang dimiliki

d)

Menghadkan penggunaan senjata yang boleh membawa kemusnahan besar kepada dunia

44.

Apakah tiga kepentingan keamanan dunia kepada masyarakat dan negara kita?

a)

Mengelakkan berlakunya konflik dan peperangan

b)

Memastikan negara kita menjadi negara terkaya dunia

c)

Menjamin kestabilan ekonomi

d)

Memastikan rakyat dapat hidup selamat dan sejahtera

45.

Apakah kepentingan pembetukan pakatan ketenteraan terhadap sesebuah negara?

a)

Dapat memastikan pertahanan negara terjaga

b)

Dapat menunjukkan kehebatan kepada negara lain

c)

Dapat mengelakkan pencerobohan daripada kuasa luar

d)

Dapat membantu negara dalam penyediaan tenaga kerja dalam pelbagai aspek seperti membanteras penjenayah dan bencana alam