WorksheetsSET PKSK 2
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Kamu ternampak pelajar merokok di belakang asrama. Apa tindakan kamu?
Menegurnya secara peribadi
Melaporkan kepada warden
Mengajak dia berhenti sambil beri nasihat
Berdiam diri supaya tak terlibat
Ketika cikgu mengajar subjek sukar, kamu rasa keliru. Apa yang kamu lakukan?
Bertanya selepas cikgu habis mengajar
Angkat tangan untuk bertanya segera
Catat soalan untuk dibincang bersama rakan
Diam saja kerana malu
Cikgu memanggil rakan kamu untuk jawab soalan di papan putih. Apakah yang kamu akan buat?
Menyertai rakan walaupun tidak pasti jawapan
Menunggu cikgu memilih
Memberi sokongan kepada kawan yang maju ke depan
Elak pandang cikgu supaya tak dipilih
Dalam pertandingan larian, kasut kamu terlucut tetapi kamu masih dalam kedudukan kedua. Apa tindakan kamu?
Berhenti pakai semula dan teruskan
Terus berlari tanpa kasut demi tamatkan larian
Menarik diri kerana tak selesa
Minta pertolongan rakan di tepi trek
Dalam perhimpunan, kawan kamu bercakap kuat ketika guru berucap. Apa tindakan kamu?
Meminta dia diam
Menjauhkan diri supaya boleh dengar
Menyuruh dia bercakap perlahan
Turut bercakap
Kamu nampak sampah bertaburan di padang selepas acara sukan. Apa tindakan kamu?
Mengajak kawan pungut bersama
Mengambil sendiri beberapa sampah
Memanggil pengawas bertugas
Biarkan kerana tugas orang lain
Dalam pertandingan kuiz, soalan diberikan kepada kumpulan kamu tetapi kamu tidak pasti jawapan. Apa yang kamu buat?
Cuba jawab dengan yakin
Berbincang pantas dengan ahli kumpulan
Biarkan masa tamat tanpa jawapan
Meneka rawak
Kamu nampak dua rakan bertengkar di kantin. Apa tindakan kamu?
Menenangkan kedua-duanya
Memanggil guru atau pengawas
Memisahkan mereka secara fizikal
Menonton sahaja
Semasa latihan padang yang penting, cuaca mula mendung. Apakah tindakan kamu?
Meminta jurulatih berhenti seketika
Teruskan latihan dengan berhati-hati
Masuk ke tempat teduh bersama pasukan
Abaikan dan bermain seperti biasa
Anda diminta ketua dorm untuk membantu membersihkan bilik, tetapi anda sedang menyiapkan nota.
Menangguhkan nota dan membantu.
Menyuruh orang lain menggantikan.
Menyelesaikan nota dahulu baru membantu.
Menawarkan diri membantu separuh sahaja.
Rakan anda di asrama dan dia tertinggal fail di bilik prep. Anda masih di bilik prep, apakah tindakan anda?
Menyuruhnya pergi ambil sendiri.
Menemani dia mengambil fail.
Menyimpan failnya sehingga dia datang cari.
Mengambilkan dan menghantarnya.
Dalam kelas, guru memuji hasil kerja rakan anda.
Mengucapkan tahniah kepadanya.
Mengabaikan kerana cemburu.
Memuji di hadapan kawan lain.
Mencontohi cara dia belajar.
Rakan karib anda marah dan tidak mahu bercakap dengan anda selepas anda menegur sikapnya secara jujur. Apakah yang akan anda lakukan?
Membiarkan sahaja kerana dia yang mula menjauh
Terus meminta maaf walaupun anda tidak rasa bersalah
Mengadu kepada rakan lain untuk mendapatkan sokongan terhadap anda
Memberi ruang seketika sebelum cuba berkomunikasi semula dengan tenang
Anda menghadapi dua pilihan penting: menyertai pertandingan debat atau menolong keluarga menjaga adik ketika waktu sama. Apa yang anda utamakan?
Memilih debat kerana ia penting untuk masa depan
Mencari jalan tengah seperti berbincang dengan keluarga dan guru
Memilih keluarga walaupun hati berat melepaskan peluang
Menarik diri terus daripada semua perkara untuk elak tekanan
Seorang rakan menyebarkan cerita tidak benar tentang anda. Anda rasa marah dan dikhianati. Bagaimana anda bertindak balas?
Membalas dendam dengan menyebarkan cerita buruk tentangnya
Berdiam diri dan menjauhkan diri sepenuhnya daripada semua rakan
Mendekati rakan itu secara peribadi untuk mendapatkan penjelasan
Mengadu kepada guru supaya dia dihukum
Anda sudah berjanji dengan kawan untuk hadir ke acara penting baginya. Namun pada hari yang sama, anda mendapat peluang bertemu tokoh idola anda. Apa yang anda pilih?
Hadir ke acara idola tanpa beritahu rakan
Batalkan kedua-duanya sebab serba salah
Hubungi rakan lebih awal dan berbincang jujur serta cari alternatif untuk menebus janji
Hadir ke acara rakan walaupun hati tidak ikhlas
Anda pernah kecewa kerana kepercayaan anda dikhianati oleh rakan. Kini, rakan itu datang meminta maaf dan mahu berkawan semula. Bagaimana anda respon?
Terima dengan hati terbuka dan bina semula kepercayaan secara perlahan-lahan
Tolak mentah-mentah kerana luka masih ada
Maafkan secara luaran tetapi tidak benar-benar percayakan dia
Biarkan dia cuba dahulu, tetapi anda akan uji dan tengok niat dia
Guru kelas mengkritik kerja sekolah anda di hadapan murid lain, dan anda terasa dipermalukan. Bagaimanakah anda bertindak balas?
Menjawab secara terbuka untuk mempertahankan diri
Menyimpan rasa marah dan menjauhkan diri daripada guru
Terima kritikan dengan tenang dan berbincang dengan guru secara tertutup selepas itu
Menulis di media sosial untuk meluahkan perasaan
Adik kamu sering merungut kamu tidak mahu bermain dengannya kerana sibuk belajar. Apa tindakan paling seimbang?
Biarkan saja kerana belajar lebih penting.
Ajak dia bermain sekejap sebelum sambung belajar.
Marah dia supaya tidak ganggu masa belajar.
Jelaskan kepadanya jadual kamu dan cadangkan masa khas untuk bermain bersama.
Semasa berkumpul bersama saudara-mara, kamu terdengar sepupu kamu mengata kamu secara belakang. Apa reaksi terbaik?
Konfrontasi secara terus depan orang ramai.
Membalas balik dengan mengata dia pula.
Diamkan diri dan menjauhkan diri darinya.
Tegur secara berhemah dalam perbualan peribadi dan nyatakan kesan perbuatannya.
Anda dan rakan karib sering membuat projek sains bersama. Kali ini dia mengubah keputusan akhir tanpa berbincang dengan anda, dan hasilnya kurang memuaskan. Apa tindakan anda?
15Memarahi dia secara terus kerana tidak menghormati pendapat anda.
Membincangkan perkara itu secara tertutup untuk memahami alasannya.
Mengabaikan isu ini demi mengelakkan ketegangan.
Menegur secara halus di hadapan orang lain supaya dia lebih berhati-hati.
Anda dengar khabar angin rakan menipu dalam projek kelas. Tindakan paling betul mengikut prinsip “periksa fakta dahulu”:
Menyoal rakan itu di ruangan WhatsApp kumpulan.
Mengumpul bukti daripada sumber primer sebelum berbual empat mata.
Memberi “silent treatment” sehingga dia mengaku.
Memesan ahli lain supaya tidak percaya rakan itu.
Pertikaian semakin panas melalui mesej panjang. Apakah tindakan paling tepat untuk menyelesaikannya?
Menulis mesej yang lebih panjang dan terperinci.
Menggunakan huruf besar untuk menegaskan poin anda.
Meminta izin beralih ke panggilan/sesi bersemuka dan merumuskan isu dengan ringkas.
Senyap beberapa hari untuk “ajar” dia.
Ibu bapa melarang anda keluar malam untuk projek kumpulan walaupun ia penting. Anda akan…
Mengajak kumpulan untuk buat di rumah anda
Pergi secara senyap-senyap
Beri alasan palsu supaya dapat keluar
Mengabaikan projek tersebut
Rakan anda dipulaukan oleh kawan lain. Apakah tindakan segera anda?
Menasihati kumpulan lain supaya berbaik.
Mengabaikan kerana tidak mahu terlibat.
Mengajak dia duduk bersama anda.
Mengajak dia sertai aktiviti bersama.
Rakan anda tidak hadir ke prep malam kerana tidak sihat.
Membantu memberitahu warden.
Mengabaikan kerana bukan urusan anda.
Membawa air minum kepadanya.
Meminjamkan buku nota untuk dia salin pelajaran.
Anda melihat lampu dorm masih menyala selepas waktu tidur.
Mematikan lampu.
Membiarkan kerana bukan giliran anda.
Meminta rakan giliran bertugas untuk matikan.
Mengingatkan semua sebelum matikan lampu.
Anda terlihat kunci almari warden terjatuh
Memulangkannya segera.
Menyimpannya untuk diberi kemudian.
Memberitahu warden tetapi tidak memulangkan.
Membiarkannya di tempat asal.
Ibu bapa anda menolak permintaan anda untuk menyertai kem motivasi di luar negeri kerana kosnya mahal, walaupun anda sanggup membiayai sendiri. Apakah tindakan terbaik?
Akur dan tidak sertai
Menyembunyikan kos sebenar supaya dibenarkan
Menunjukkan sumber pembiayaan anda dan manfaat kem tersebut
Meminjam wang dari rakan tanpa pengetahuan mereka
Rakan anda dibuli kerana latar belakangnya dari keluarga yang miskin. Apakah langkah yang menunjukkan empati tinggi?
Menyertai kumpulan yang mempertahankannya walaupun berisiko dibuli
Menenangkan rakan itu secara peribadi tanpa melibatkan pihak sekolah
Membuat kempen kesedaran anti-buli di kelas
Melaporkan kepada pihak sekolah secara anonim
Apakah maksud frasa "Merafak sembah ke bawah duli Tuanku"?
Menyampaikan titah perintah kepada rakyat jelata
Memberi hormat dan menyembah kepada raja dengan penuh takzim
Menyampaikan hadiah kepada pembesar negeri
Memohon izin untuk meninggalkan majlis rasmi
Bagai menatang minyak yang penuh.
Apakah maksud 'menatang' dalam peribahasa di atas;
Mengulit
Menjaga
Memelihara
Mengawasi
Pilih situasi yang sesuai untuk menggunakan frasa “menjunjung titah”.
Menjawab soalan guru di dalam kelas
Mematuhi arahan raja dalam majlis rasmi negeri
Menghantar mesej dalam kumpulan WhatsApp keluarga
Membaca puisi sempena hari kebangsaan
Seulas, Segugus, Setangkai, Sepohon
Penjodoh bilangan ini lazimnya digunakan untuk?
Bunga raya
Daun pandan
Buah anggur
Buah durian
Perkataan manakah yang sesuai menggantikan kata “makan” dalam konteks bahasa istana?
Menikmati
Menjamah
Bersantap
Memakan
BUNGA
Manakah antara berikut yang tidak secara langsung dikaitkan dengan perkataan ini?
Wang
Pokok
Air
Kaca
Hukum. Tumpul ke atas, tajam ke bawah.
Apakah maksud di sebalik kata kata ini?
Pisau hukuman yang berbeza arah dan ketajaman
Hukuman yang panjang kepada orang muda, dan pendek kepada orang tua
Keadilan yang berbeza kepada individu mengikut kasta, pangkat dan kuasa
Hukuman yang berubah arah setelah dilaksanakan
Gajah mati kerana gadingnya
Maksudnya ialah…
Orang kaya yang musnah kerana hartanya
Orang berkuasa yang jatuh kerana tamak
Orang menjadi mangsa kerana kelebihan yang dimiliki
Pemimpin yang dihukum kerana melakukan kezaliman
Mamak mendeliar
Maksudnya ialah…
Orang yang sanggup mati mempertahankan negeri
Pemimpin yang mengkhianati negeri atau tuannya kerana tamak kuasa
Orang yang membantu Sultan menentang musuh
Panglima yang mempertahankan rakyat
Seperti Tun Perak menegakkan negeri
Maksudnya ialah…
Orang yang memperkukuh kekuasaan dengan diplomasi
Pahlawan yang mempertahankan kota daripada serangan
Pemimpin yang membina negeri daripada tiada apa-apa
Tokoh yang menegakkan agama Islam di negeri
Sultan Mahmud berdarah putih
Maksudnya ialah…
Raja yang gagah berani
Raja yang dianggap mempunyai keturunan suci dan mulia
Raja yang memerintah dengan zalim
Raja yang tidak suka berperang
Sarah had 'to face the music' after skipping her group project meetings. What likely happened next?
She received praise for working independently
She was rewarded for her honesty
She was confronted by her teammates for her actions
She joined another group for a new project
“Spill the beans” is often used in friendly conversations. What does it mean?
A. To ruin a plan
To clean up a mess
To reveal a secret
To lie to protect someone
Though the exam was tough, Lisa managed to “scrape through.”
What does “scrape through” mean?
Failed completely
Passed with great difficulty
Passed with flying colours
Copied from a friend
Idiom: Cry over spilled milk
Situasi:
Selepas keputusan peperiksaan diumumkan, Hafiz sangat kecewa. Rakannya menasihatinya, “There’s no use crying over spilled milk.”
Apa yang cuba disampaikan oleh rakannya?
Hafiz patut meminta semula penilaian markah.
Hafiz patut belajar daripada kesilapan dan terus maju.
Hafiz perlu berbincang dengan guru besar.
Hafiz perlu sedar bahawa dia mungkin ditipu.
Choose the synonym for "Obsolete":
Modern
Outdated
Current
Contemporary
Which spelling is correct?
Magnificient
Magnificent
Magneficent
Magnifiscent
Which spelling is correct?
Omnipresent
Omnepresent
Omnipresant
Omnepresant
She would have arrived on time if she __________ the train earlier.
had caught
would catch
catches
caught
The teacher demanded that every student __________ present at the assembly.
is
are
be
was
Neither the boys nor the coach __________ aware of the change in schedule.
is
are
were
have
He will not pass the test unless he __________ harder.
study
will study
studies
studied
We need to leave now __________ we miss the last bus.
or
so
and
but
Despite __________ the rules, the boy was not punished.
broke
breaking
break
broken
Dalam eksperimen menguji kelajuan larutan gula larut dalam air panas dan air sejuk, pemboleh ubah bergerak balas ialah…
Jenis gula
Suhu air
Masa larut
Jumlah air
Sekumpulan murid ingin menentukan jenis tanah yang paling sesuai untuk menanam pokok tomato. Mereka menggunakan pasu yang sama saiz, jumlah air sama, dan meletakkan semua pasu di bawah cahaya matahari. Mereka menggunakan tanah liat, tanah berpasir, dan tanah campuran. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat jika pokok tomato di tanah campuran tumbuh paling tinggi?
Tanah campuran paling sesuai untuk pokok tomato
Tanah liat paling sesuai untuk pokok tomato
Tanah berpasir menyerap air paling baik
Semua jenis tanah sesuai untuk pokok tomato
Sebuah kilang menggunakan kaedah pembekuan segera untuk menyimpan ikan. Bagaimanakah kaedah ini menghalang kerosakan makanan?
Membunuh semua mikroorganisma
Melambatkan aktiviti mikroorganisma
Mengeringkan makanan
Mengekalkan rasa ikan
Mengapa susu UHT boleh disimpan lama tanpa peti sejuk sebelum dibuka? Apakah proses yang terlibat untuk memanjangkan jangka hayat susu UHT ?
Pengeringan
Pembekuan
Pendidihan
Pempasteuran
Dalam satu pertandingan inovasi, murid menghasilkan penapis air menggunakan arang aktif. Selepas ujian, air kelihatan jernih tetapi masih mengandungi mikroorganisma. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
Penapis arang aktif hanya membunuh bakteria
Penapis arang aktif hanya menapis kotoran fizikal
Penapis arang aktif menambah mineral dalam air
Penapis arang aktif mengubah rasa air
Mengapakah haiwan hidup berkumpulan seperti serigala mempunyai kelebihan dalam memburu?
Mereka lebih cepat membiak
Mereka dapat bekerjasama menangkap mangsa
Mereka berkongsi makanan yang diburu
Mereka tidak memerlukan makanan yang banyak
Seekor ikan badut hidup dalam anemon laut yang mempunyai sesungut beracun. Ikan badut mendapat perlindungan manakala anemon mendapat sisa makanan ikan badut. Apakah jenis interaksi ini?
Komensalisme
Mutualisme
Parasitisme
Persaingan
Dalam ekosistem sawah padi, katak memakan serangga perosak. Apakah kesan kepada petani jika populasi katak berkurangan?
Serangga perosak bertambah, tanaman rosak
Serangga perosak berkurangan
Hasil padi bertambah
Tiada kesan
Dalam satu eksperimen, pelajar menggunakan spring balance untuk menarik blok kayu di atas permukaan licin dan kasar. Bacaan daya pada permukaan kasar lebih tinggi. Mengapa?
Geseran lebih besar pada permukaan kasar
Blok menjadi lebih berat
Tarikan graviti bertambah
Spring balance tidak tepat
Apakah bahan yang digunakan dalam proses penjerukan untuk menghalang pertumbuhan bakteria?
Minyak masak
Cuka
Gula merah
Tepung gandum
Sebuah kilang buah ingin mengekalkan rasa dan bentuk strawberi segar untuk tempoh yang lama. Apakah kaedah terbaik?
Penjerukan
Pembekuan cepat
Pengeringan
Pengetinan
Dalam satu tahun, mengapa negara di hemisfera utara mengalami musim sejuk pada Disember?
Matahari lebih dekat dengan hemisfera utara
Hemisfera utara condong menjauhi Matahari
Bulan menutupi Matahari
Hemisfera utara tidak berputar
Mengapa gerhana matahari penuh hanya dapat dilihat di kawasan tertentu di Bumi?
Bayang Bulan hanya meliputi kawasan kecil
Matahari bergerak terlalu cepat
Bumi tidak berputar
Bayang Bumi terlalu besar
Apakah nama buruj yang digunakan untuk mencari arah utara di hemisfera utara?
Ursa Minor
Orion
Crux
Leo
Mengapa buruj yang dilihat di Malaysia berbeza daripada buruj yang dilihat di Amerika Syarikat?
Kerana masa siang dan malam berbeza
Kerana lokasi di hemisfera berbeza
Kerana bintang bergerak lebih laju di Amerika
Kerana langit di Malaysia lebih cerah
Seorang murid menggunakan pembuka tin yang mempunyai gabungan tuas dan gear. Apakah kelebihan gabungan ini?
Memerlukan daya lebih kecil
Menambah berat tin
Mengurangkan berat tin
Mengurangkan panjang tin
Apakah peranan baji dalam kerja memisahkan objek?
Mengurangkan daya yang diperlukan
Menambah berat objek
Menghasilkan haba
Mengubah arah pergerakan
Apakah fungsi utama sistem operasi (OS) dalam telefon pintar atau komputer?
Menjalankan aplikasi dan mengurus perkakasan
Memudahkan komunikasi dengan pengguna
Mengeluarkan suara daripada pembesar suara
Memaparkan aplikasi kepada skrin sesentuh
Apakah maksud penipuan dalam talian jenis phishing?
Menghantar virus melalui fail yang boleh dimuat turun
Menipu orang untuk memberi maklumat peribadi melalui mesej atau e-mel palsu
Memadam semua fail di komputer mangsa secara kawalan jauh
Menghantar iklan produk secara paksaan pada peranti mangsa
Antara berikut yang manakah susunan penjajahan yang berlaku di negara kita mengikut yang paling awal kepada yang paling akhir.
Belanda, Portugis, British, Jepun, British
Portugis, Belanda, British, Jepun, British
Belanda, Portugis, Jepun, British, Jepun
Portugis, Belanda, Jepun, British, Jepun
. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu berada di bawah pengaruh British melalui:
Residen British secara rasmi
Persetujuan Raja-Raja Melayu untuk bergabung
Penasihat British tanpa ikatan perjanjian bersepadu
Penjajahan langsung seperti Negeri-Negeri Selat
Malaysia berkongsi sempadan darat dengan negara berikut, KECUALI:
Thailand
Indonesia
Brunei
Vietnam
Namakan menara yang tertinggi di Malaysia
Menara KLCC
Menara TRX
Menara Merdeka 118
Menara KL Tower
Apakah nama pusat penyelidikan angkasa lepas kebangsaan di Malaysia?
Agensi AstroLab (AALB)
Agensi Angkasawan Nasional (AWAN)
Pusat Planetarium Negara (PPN)
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
"Takkan Melayu hilang di dunia."
Hang Tuah – menegaskan semangat bangsa Melayu
Tun Perak – memberi nasihat kepada Sultan Melaka
Sultan Alauddin Riayat Shah – dalam pidato kepada rakyat
Megat Seri Rama – semasa peperangan
N ialah nombor dua digit. Petunjuk:
N ialah gandaan 6
N ialah faktor bagi 96
Hasil tambah nombor dua digit N = 6
Apakah N?
12
18
24
48
7, 10, 20, 23, 46, 49, ?
52
92
98
100
Apakah nombor yang menggantikan tanda tanya?
Dozen : 12
Dekad : ?
5
8
10
100
Alia memiliki sebuah buku yang mengandungi 300 muka surat. Dia telah membaca 180 muka surat. Berapakah peratus muka surat yang belum dibaca?
40%
35%
45%
30%
Sebuah perpustakaan mempunyai 4 rak buku. Setiap rak mempunyai 325 buku. 185 buku telah dipinjamkan kepada murid. Berapa buku yang masih ada di perpustakaan?
1095
1100
1115
1125
Tukar 0.05 kepada peratus.
0.5%
5%
50%
500%
Sebuah kilang menghasilkan 2 400 botol jus. 35% daripada botol itu dijual pada hari pertama. Berapakah botol yang terjual pada hari pertama?
820
840
860
880
Sydney berada di zon masa GMT+10. Kuala Lumpur di GMT+8. Jika di Kuala Lumpur pukul 7:30 malam, berapakah waktu di Sydney?
8.30 malam
9.30 malam
10.30 malam
6.30 petang
Antara yang berikut, yang manakah bersamaan dengan 19 kg 7 g?
197 g
1970 g
19007 g
19700 g
Panjang sebatang paip ialah 7.2 m. Ia dipotong menjadi 3 bahagian sama panjang. Kemudian setiap bahagian dipotong lagi kepada 2 bahagian sama panjang. Berapakah panjang setiap bahagian kecil dalam meter?
1.20 m
1.25 m
1.30 m
1.35 m
Sebuah bulatan mempunyai diameter 20 cm. Ahmad menarik satu garisan dari pusat ke tepi bulatan. Berapakah panjang garisan itu?
8 cm
10 cm
18 cm
20 cm
Nisbah gula kepada tepung ialah 2 : 5. Jika jumlah gula dan tepung ialah 21 kg, berapakah kuantiti gula?
5 kg
6 kg
7 kg
8 kg
Lihat urutan nombor berikut:
5, 10, 9, 18, 17, 34, …, …
Apakah dua nombor seterusnya dalam pola ini?
33, 34
32, 64
34, 35
33, 66
Tukar nombor 29 080 kepada perkataan.
Dua ribu sembilan puluh lapan puluh
Dua puluh sembilan ribu lapan puluh
Dua puluh ribu sembilan puluh lapan
Dua ratus sembilan puluh ribu lapan puluh
Farah membeli 5.6 kg gula. Dia mahu membahagikannya sama rata ke dalam bungkusan kecil, setiap satu seberat 800 g. Berapa bungkusan kecil yang boleh dihasilkan?
6
7
8
9
Nurul membeli sebuah televisyen berharga RM1,500 dengan diskaun 12%. Dia juga mendapat diskaun tunai RM40. Berapakah jumlah yang dibayar?
RM 1180
RM 1280
RM 1460
RM 1660
Sebuah segitiga mempunyai satu sudut 73°, manakala sudut kedua 49°. Berapakah ukuran sudut ketiga?
26°
38°
46°
58°
Sebuah paip mengisi tangki 1,200 liter air dalam masa 4 jam. Pada kadar yang sama, berapa minit diperlukan untuk mengisi 450 liter air?
60 minit
80 minit
90 minit
120 minit
Nombor apakah yang harus menggantikan tanda tanya?
5
4
2
0
Nombor apakah yang harus menggantikan tanda tanya?
10
16
14
12
Nombor apakah yang harus menggantikan tanda tanya?
4
3
2
1
