WorksheetsSEJARAH KSSM TINGKATAN 3
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Apakah unit yang paling kecil dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu
Daerah
Mukim
Kampung
Bahagian
Siapakah yang terlibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan Buapak dalam hierarki sistem pemerintahan di negeri Sembilan?
Lembaga
Ibu Soko
Undang
Anak buah
Apakah persamaan negara-negara Eropah berikut pada abad ke-16?
Sepanyol
Portugal
Melaksanakan revolusi perindustrian
Menyebarkan tamadun mereka ke Timur
Menekankan usaha penyebaran agama Kristian
Memodenkan sistem pentadbiran
Pernyataan berikut merujuk kepada faktor kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu.
Faktor X
- Arahan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan
- Urusan perdagangan menjadi lebih mudah
Apakah X?
Penciptaan Telegraf
Pembukaan terusan suez
Penyebaran Agama Kristian
Penggunaan Kapal Berkuasa Wap
Mengapakah selepas tahun 1840, permintahan Bijih Timah dari negeri-negeri Melayu bertambah pesat?
Perkembangan perindustrian getah
Perkembangan industri mengetin
Perkembangan industri pembuatan senjata
Perkembangan industri membuat barangan elektrik
Mengapakah Perancis ingin meluaskan kuasanya ke IndoChina?
Pelabuhan persinggahan
Pangkalan tentera
Pusat pengumpulan barangan
Merancang membina terusan di Segenting Kra
Apakah kepentingan penciptaan Kapal Wap kepada kuasa-kuasa Barat?
Menghubungi ejen di Tanah Melayu dengan cepat
Mampu bersaing antara kuasa Barat
Semakin tinggi sanjungan
Menjimatkan kos
Apakah strategi yang digunakan oleh Belanda untuk menguasai Pulau Pangkor?
Serangan fizikal
Perjanjian
Pakatan
Manipulasi
Apakah tujuan British menggunakan strategi berikut untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri Melayu?
Menakut-nakutkan untuk mengenakan sesuatu
Melakukan serangan balas ke atas pihak lawan
Mengambil kesempatan terhadap sesuatu perkara
Mengenakan pengaruh untuk mendapatkan sesuatu
Apakah pelabuhan yang paling awal dibuka di Pulau Pinang?
Pulau Jerajak
Pantai Acheh
Batu Ubun
Muka Head
Apakah kepentingan Pulau Pinang kepada British?
Pusat pengumpulan barang
Pembekal makanan
Pembinaan pusat pentadbiran
Pusat pelancongan
Mengapakah berlakunya pertikaian antara British dan Belanda pada abad ke-18?
Mengalami perang saudara di Eropah
Menyaingi perebutan kawasan jajahan
Menganggap masing-masing lebih hebat
Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya
Apakah kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu?
Tanah Melayu berda di bawah pengaruh Belanda
Indonesia diletakkan di bawah pengaruh British
Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau
Singapura diserahkan kepada Belanda
Apakah keuntungan yang diperoleh British dalam Perjanjian London?
Mendapat pampasan
Menguasai seluruh Melaka
Menubuhkan pangkalan tentera
Mengawal pentadbiran Singapura
Apakah cara yang digunakan oleh Sultan untuk menyerahkan kawasan pegangan mengusahakan perlombongan Bijih Timah kepada pembesar Melayu?
Tanah anugerah
Surat tauliah
Sewaan tahunan
Pemberian konsesi
Mengapakah Raja Abdullah tidak ditabalkan sebagai Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Ali?
Berlaku peperangan di Perak
Raja Abdullah dilarang hadir
Raja Abdullah tidaj hadir dalam upacara pemakaman diraja
Raja Yusuf menghalang kedatangan Raja Abdullah
Berikut merupakan ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu, KECUALI....
Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran
Residen Jeneral sebagai ketua pentaddbiran
Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral kecuali berkaitan agama Islam dan adat Istiadat Melayu
Agama Islam sebagai agama rasmi
Apakah kepentingan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) terhadap British?
Pengembalian kuasa pembesar
Penubuhan kuasa pusat
Pentadbiran dapat diseragamkan
Pengenalan sistem cukai
Apakah tujuan Kerajaan Perlis mengadakan hubungan baik dengan Siam?
Mengelakkan perebutan kuasa
Mengukuhkan kemajuan ekonomi
Menjamin keselamatan kerajaan
Menggalakkan kedatangan pedagang
Apakah strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)?
Perjanjian
Desakan
Manipulasi
Serangan Fizikal
Mengapakah British menandatangani Perjanjian Bangkok dengan Siam pada tahun 1909
Mengakui hak ketuanan kerajaan Siam
Mengatasi masalah persempadanan
Mengelakkan pergolakan dengan Belanda
Meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu
Apakah kesan Perjanjian Bangkok 1909 kepada negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu?
Menerima seorang penasihat British
Menggalakkan kemajuan ekonomi
Memodenkan pentadbiran tempatan
Memperkenalkan perundangan Barat
Mengapakah British gagal menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
Bantahan daripada orang Melayu
Tentangan daripada Raja Melayu
Ketidakseimbangan kuasa mentadbir
Gagal mendapat sokongan pembesar
