WorksheetsEKONOMI T4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?
Membuat pilihan pengeluaran untuk keuntungan maksimum.
Membuat pilihan ke atas barangan dengan kekurangan faktor bagi mencapai kepuasan optimum.
Masalah membuat pilihan atas penggunaan barangan bagi mencapai kepuasan optimum.
Mengurus sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
Ekonomi adalah kajian tentang …
tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang terhad.
tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber.
bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi.
bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas.
Pilihan manakah BUKAN sumber ekonomi.
Tanah
Usahawan
Modal
Air
Apakah maksud kos lepas bagi individu?
Bayaran untuk membeli suatu barang.
Barang kedua terbaik terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik.
Perbelanjaan yang ditanggung untuk mendapatkan suatu barang.
Pilihan barang untuk meminimumkan kepuasan.
Yang manakah BUKAN unit ekonomi?
Isi Rumah
Firma
Usahawan
Kerajaan
Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri buruh dalam gambar tersebut?
Mobiliti buruh adalah tinggi.
Berpendidikan rendah.
Tidak memiliki kemahiran profesional.
Pekerja yang terlatih.
Isi rumah terpaksa membuat pilihan untuk
memaksimumkan kepuasannya.
memaksimumkan keuntungan.
memaksimumkan kebajikan rakyat.
memaksimumkan keupayaan untuk membeli barang.
Rajah yang berikut berkaitan dengan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP). Pernyataan manakah yang BETUL berkaitan dengan KKP di atas?
Titik S menunjukkan berlakunya kos lepas terhadap radio sebanyak 400 unit.
Titik Z menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan radio dan televisyen.
Titik Y menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap.
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada penyelesaian masalah asas ekonomi “BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN”?
Corak agihan pendapatan.
Teknik pengeluaran yang cekap.
Permintaan masyarakat.
Kuantiti barang yang mencukupi.
"Negara menentukan semua jenis barangan yang hendak dikeluarkan bagi memastikan setiap masyarakat mendapat barangan secara adil."
Apakah sistem ekonomi yang tepat dengan maklumat di atas?
Sistem ekonomi campuran.
Sistem ekonomi Islam.
Sistem ekonomi perancangan pusat.
Sistem ekonomi pasaran bebas.
Antara berikut, yang manakah BUKAN konsep sistem ekonomi Islam?
Setiap individu mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas.
Pembangunan insan secara fizikal dan rohani.
Wujud persaingan yang adil untuk mengelakkan penindasan.
Agihan pendapatan menjurus kepada barang ekonomi.
Permintaan merujuk kepada …
kemampuan individu untuk membayar bagi semua jenis barang.
keperluan individu untuk meneruskan kehidupan.
keinginan dan kemampuan individu untuk membeli barang.
kehendak individu untuk memaksimumkan kepuasan.
Maksud hukum penawaran ialah …
hubungan antara harga barang dengan kuantiti adalah negatif.
penawaran barang dengan kuantiti yang banyak pada harga yang rendah.
kemampuan pengguna untuk memiliki barang dan perkhidmatan.
semakin tinggi harga barang, semakin banyak kuantiti ditawar.
Rajah menunjukkan keseimbangan pasaran. Berapakah jumlah lebihan permintaan pada tingkat harga P1?
HF
GI
HI
FE
Jadual menunjukkan kuantiti buku yang diminta oleh 3 individu pada pelbagai tingkat harga. Sekiranya kuantiti penawaran ialah 12 buah buku, berapakah harga keseimbangan pasaran?
RM 20
RM 30
RM 18
RM 24
"Apabila kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta."
Apakah yang akan berlaku?
Permintaan berkurang.
Kekurangan barang.
Harga cenderung untuk meningkat.
Harga cenderung untuk menurun.
Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan harga permintaan?
Ukuran perubahan harga akibat daripada perubahan pendapatan.
Ukuran perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan harga.
Ukuran perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan pendapatan.
Ukuran perubahan harga akibat daripada perubahan kuantiti diminta.
Jadual menunjukkan harga dan kuantiti durian yang diminta. Apakah pekali keanjalan harga permintaan apabila harga durian meningkat daripada RM4 ke RM6?
0.7
0.8
0.9
1.0
Jika nilai pekali keanjalan harga penawaran bagi barang Y adalah 2.0, kenaikan harga sebanyak 40% akan menyebabkan kuantiti ditawar …
naik sebanyak 80%
turun sebanyak 80%
naik sebanyak 20%
turun sebanyak 20%
Kenaikan harga faktor pengeluaran menyebabkan keluk penawaran kereta beralih ke kiri.
Salah
Betul
