wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 4 TINGKATAN 5

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

pemerintahan secara demokrasi

b)

penyatuan beberapa buah negeri

c)

pembentukan sistem jemaah menteri

d)

pentadbiran oleh YDPA

2.

Apakah unsur penting dalam sebuah negara persekutuan?

i. pilihan raya

ii. kerajaan pusat

iii. kerajaan negeri

iv. Majlis Raja-Raja

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

3.

Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan pada tahun 1948?

a)

residen

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Sultan

4.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa yang khusus antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Apakah kuasa tersebut?

i. pendidikan

ii. kebudayaan

iii. perundangan

iv. pemerintahan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

5.

Rajah berikut berkaitan dengan peringkat pentadbiran kerajaan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan > kerajaan negeri > X

Apakah X?

a)

kerajaan pusat

b)

kerajaan wilayah

c)

kerajaan tempatan

d)

kerajaan bersekutu

6.

Apakah bidang kuasa bagi kerajaan Persekutuan?

a)

Tanah

b)

Pertanian

c)

Pertahanan

d)

Undang-undang Islam

7.

Bagaimanakah tindakan untuk mengatasi perkara yang bercanggah dalam Senarai Bersama?

a)

menukar anggota Jemah menteri yang baharu

b)

mendapatkan nasihat daripada YDPA

c)

mematuhi undang-undang yang diluluskan Parlimen

d)

melakukan pembatalan terhadap perkara yang ditolak

8.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga.

Apakah kawasan yang menjadi tanggungjaab kerajaan tersebut?

a)

negeri

b)

kampung

c)

daerah kecil

d)

perbandaran

9.

Bagaimanakah kerjasama diwujudkan antara kerajaan dalam pemuliharaan khazanah negara?

a)

memperluaskan pasaran

b)

meluluskan perundangan

c)

membangunkan koperasi

d)

menjalankan penyelidikan

10.

Apakah kementerian yang berperanan untuk menjamin ketenteraman awam di negara kita?

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Pertahanan Negara

c)

Kementerian Penerangan Negara

d)

Kementerian Percancangan Bandar

11.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi ketidakselarasan antara undang-undang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

merujuk perlembagaan persekutuan

b)

melakukan pindaan perlembagaan

c)

menerima pentafsiran mahkamah

d)

menggubal perlembagaan baharu

12.

Mengapakah Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri dilaksanakan?

a)

menjamin keselarasan pentadbiran negeri

b)

mengukuhkan keselamatan dalam negara

c)

memutuskan pembangunan sosioekonomi

d)

membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar

13.

Apakah program untuk mengatasi pencerobohan pengganas Kepulauan Sulu di Lahad Datu?

a)

Ops Daulat

b)

Perang Gerila

c)

Ops Benteng

d)

Serangan kilat

14.

Apakah agensi pembangunan negeri yang ditubuhkan untuk membina rumah bagi rakyat berpendapatan rendah?

a)

Jabatan Perumahan Negara

b)

Syarikat Perbadanan Nasional Berhad

c)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

d)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

15.

Manakah merupakan agensi pembangunan wilayah di Sarawak?

a)

DARA

b)

SALCRA

c)

PERDA

d)

KETENGAH