wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bahasa asing yang tidak meninggalkan pengaruh kosa kata dalam bahasa Melayu?

a)

Arab

b)

Yunani

c)

Portugis

d)

Sanskrit

2.

Yang manakah BUKAN faktor berlakunya penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu?

a)

Penjajahan

b)

Perniagaan

c)

Pendidikan

d)

Kesukanan

3.

Faktor utama bahasa Melayu meminjam perkataan daripada bahasa asing ialah

a)

keperluan kepada istilah baharu

b)

keperluan untuk menandingi bahasa lain

c)

keperluan digunakan orang yang berpendidikan asing

d)

keperluan memudahkan orang asing memahami bahasa Melayu

4.

Perkataan yang manakah yang mengandungi konsonan pinjaman daripada bahasa Arab?

a)

Menyelinap

b)

Mengemudi

c)

Kekhuatiran

d)

Kebimbangan

5.

Awalan yang manakah yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit?

a)

eka-

b)

poli-

c)

anti-

d)

supra-

6.

Perkataan yang manakah mengandungi imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab?

a)

Budiman

b)

Sultanah

c)

Sosialisme

d)

Mahasiswa

7.

Yang manakah perkataan yang berasal daripada bahasa Belanda?

a)

Bomba

b)

Mentega

c)

Samseng

d)

Senapang

8.

Perkataan daripada bahasa yang manakah yang paling awal terserap ke dalam bahasa Melayu?

a)

Cina

b)

Arab

c)

Sanskrit

d)

Portugis

9.

Perkataan yang berasal daripada bahasa Jawa dan Sunda ialah


I- enak

II- tulen

III- semenda

IV- saudagar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Yang manakah bentuk majmuk yang diterjemah daripada bahasa Inggeris?

a)

Jawatankuasa

b)

Kepala surat

c)

Angkat kaki

d)

Kaki judi

11.

Perkataan yang manakah yang diambil daripada bahasa Tamil?

a)

Penjara

b)

Baiduri

c)

Kedai

d)

Isteri

12.
  • Cat
  • Gincu
  • Tocang


Perkataan-perkataan di atas diambil daripada bahasa

a)

Sanskrit

b)

Belanda

c)

Parsi

d)

Cina

13.

Konsonan yang manakah yang digunakan pada perkataan daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris?

a)

z

b)

kh

c)

gh

d)

ng

14.

14. Kesemua perkataan di bawah dipinjam daripada bahasa


- bandar

- lawak

- pinggan

a)

Parsi

b)

Jawa

c)

Sundar

d)

Minangkabau

15.

- baldi

- bangku

- jendela


15. Kesemua perkataan di atas dipinjam daripada bahasa

a)

Sanskrit

b)

Portugis

c)

Belanda

d)

Inggeris

16.

Pengambilan istilah tertentu daripada bahasa asing berdasarkan ciri-ciri yang berikut, kecuali istilah yang...

a)

lebih singkat

b)

indah bunyinya

c)

memudahkan kesepakatan

d)

lebih sesuai dengan konsep

17.

Antara yang berikut, yang manakah bukan punca utama bahasa Jawa meresap ke dalam bahasa Melayu?

a)

Orang Jawa mempunyai tamadun yang lebih tinggi daripada orang Melayu.

b)

Kerajaan Majapahit dan Mataram menjadikan bahasa Jawa sebagai teras pemerintahan.

c)

Kesusteraan Jawa, terutamanya dalam bentuk cerita-cerita panji, tersebar luas di kawasan bahasa Melayu.

d)

Kerjasama kebahasaan antara Malaysia dengan Indonesia, terutamanya dari aspek pembinaan bahasa Melayu sebagai bahasa moden.

18.

Yang berikut ialah aspek bahasa Melayu yang banyak dipenggaruhi oleh bahasa Sanskrit, kecuali...

a)

imbuhan

b)

kosa kata

c)

sistem bunyi

d)

struktur ayat

19.

Yang manakah susunan bahasa asing yang betul mengikut urutan kemasukan pengaruhnya ke dalam bahasa Melayu?

a)

Arab, Sanskrit, Indonesia, Inggeris

b)

Sanskrit, Indonesia, Arab, Inggeris

c)

Sanskrit, Arab, Indonesia, Inggeris

d)

Arab, Sanskrit, Inggeris, Indonesia

20.

Kata-kata dalam bahasa Melayu seperti gereja, armada, kapitan, baldi, dan beranda merupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa...

a)

Arab

b)

Parsi

c)

Sanskrit

d)

Portugis

21.

Penggunaan kata-kata seperti matang, calon, pamer, lakon dan tulen dalam bahasa Melayu menunjukkan bahawa bahasa itu dipengaruhi oleh...

a)

bahasa Arab

b)

bahasa Jawa

c)

bahasa Portugis

d)

bahasa Inggeris

22.

Imbuhan awalan bi- merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa...

a)

Arab

b)

Parsi

c)

Inggeris

d)

Sanskrit

23.

Antara yang berikut, yang manakah bukan menjadi sebab utama bahasa Melayu perlu meminjam bahasa asing?

a)

Untuk mengatasi masalah sinonim

b)

sikap suka mengagung-agungkan bahasa asing

c)

Pembinaan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa moden

d)

Kerana tiada perkataan bahasa Melayu untuk menamakan fenomena baharu

24.

Pengaruh bahasa asing yang paling ketara terhadap bahasa Melayu adalah dari aspek...

a)

nahu

b)

imbuhan

c)

kosa kata

d)

bunyi bahasa

25.

Antara yang berikut, yang manakah kumpulan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab?

a)

Ilmu, Nafsu, Sedekah, Tafsir

b)

Abadi, Rupawan, Hadirin, Syarat

c)

Dewan, Seniman, Islamiah, Ghaib

d)

Tatabahasa, Mahaguru, Meriam, Akhirat