wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2025

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah tokoh awal di sebalik kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

       i. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

       ii. Tun Sir Henry H. S. Lee

       iii. Tun V.T. Sambanthan

a)

i

b)

i dan ii

c)

i, ii dan iii

d)

ii dan iii

2.

Siapakah wakil British Malayan Union yang dilantik untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu?

a)

Frank Swettenham

b)

Sir Harold Mac Michael

c)

R.O Windstedt

d)

George Maxwell

3.

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Namakan 3 buah Wilayah Persekutuan tersebut.

a)

Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor

b)

Sarawak, Labuan, Putrajaya

c)

Sabah, Sarawak, Labuan

d)

Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

4.

Apakah warna Jalur Gemilang yang melambangkan kedaulatan Raja Berpelembagaan?

a)

Kuning

b)

Biru

c)

Putih

d)

Merah

5.

Sebuah suruhanjaya bebas yang ditubuhkan untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

a)

Suruhanjaya Red

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Suruhanjaya Raid

d)

Suruhanjaya Read

6.

Satu dokumen telah dimeterai sebagai tanda negara tidak lagi dijajah dan bebas menentukan hala tuju kita sendiri. Apakah nama dokumen tersebut?

a)

Malaysia Merdeka 1957

b)

Pemasyhuran Kemerdekaan

c)

Tanah Melayu Bebas Merdeka

d)

Pemasyhuran Malaysia

7.

Empat jalur warna merah, hitam putih dan kuning pada Jata Negara melambangkan...

a)

Warna pada bendera setiap negeri di Malaysia

b)

Lambang keberanian dan kekuatan

c)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

8.

Sejak mencapai kemerdekaan, apakah perundangan yang menjadi asas kepada peraturan negara kita?

a)

Raja berpelembagaan

b)

Perlembagaan Persekutuan

c)

Hukum adat

d)

Undang-undang syariah

9.

Namakan pencipta lagu Negaraku

a)

Pak Ngah Suhaimi

b)

Shanon Shah

c)

Saiful Bahri

d)

Mohamed bin Hamzah

10.

Pada 31 Ogos 2025, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke ...

a)

66

b)

67

c)

68

d)

69

11.

Apakah tema Hari Kebangsaan tahun 2025?

a)

Malaysia Madani: Berjiwa Rakyat

b)

Malaysia Madani: Rakyat Merdeka

c)

Malaysia Madani: Rakyat Disantuni

d)

Malaysia Madani: Rakyat Didahului

12.

Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada...

a)

17 April 1964

b)

17 Mac 1963

c)

18 Februari 1961

d)

17 Januari 1962

13.

Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 adalah gabungan antara...

a)

Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu

b)

Sabah, Sarawak, Brunei dan Tanah Melayu

c)

Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu

d)

Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Tanah Melayu

14.

16 September 2025 adalah sambutan Hari Malaysia yg ke-...

a)

64

b)

62

c)

61

d)

60

15.

Bilakah tarikh Singapura keluar dari gabungan Persekutuan Malaysia?

a)

08 Ogos 1966

b)

09 Ogos 1967

c)

09 Ogos 1965

d)

09 Ogos 1966

16.

Apakah maksud bulatan (2) berwarna biru?

a)

Kekuatan nasional, keterangkuman dan persaudaraan

b)

Simbolik kepada Rukun Negara

c)

Melambangkan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat

d)

Perpaduan negara yang utuh

17.

Lengkapkan Rukun Negara di bawah

          Kepercayaan kepada Tuhan

          Kesetiaan kepada Raja dan Negara

          Keluhuran Perlembagaan

a)

Kesopanan dan Kesusilaan & Kedaulatan kepada Raja dan Negara

b)

Keselamatan dan Kesejahteraan & Kesopanan dan Kesusilaan

c)

Kedaulatan Undang-Undang & Kesopanan dan Kesusilaan

d)

Ketaatan kepada Agama, Bangsa dan Negara

18.

Berapakah ketinggian Menara Merdeka 118?

a)

118m

b)

418.9m

c)

678.9m

d)

789m

19.

Dengan ketinggian tersebut ia menjadikan Merdeka 118 sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.

a)

BETUL

b)

SALAH

20.

Berapa kalikah laungan 'MERDEKA' dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam peristiwa bersejarah 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?

a)

3

b)

5

c)

7

d)

4