wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATATERTIB STAF DAN PELAJAR

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib menurut Kaedah Tatatertib Pelajar (KTP)?

a)

Naib Canselor

b)

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)

c)

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

d)

Penasihat Undang-Undang (PUU)

2.

Jawatankuasa Rayuan  Tatatertib Pelajar hendaklah memutuskan rayuan dalam masa _______ hari dari tarikh penerimaan rayuan

a)

60 hari

b)

45 hari

c)

21 hari

d)

90 hari

3.

Siapakah Canselor USIM sekarang?

a)

DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud 

b)

YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz

c)

DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

d)

YB Tun Dato’ Seri (Dr.) Zaki Tun Azmi

4.

Nyatakan jawatan pegawai universiti yang dilantik oleh Lembaga atas nasihat Jawatankuasa Pemilih?

i. Penasihat Undang-Undang

ii. Pendaftar

iii. Bursar

iv. Ketua Pustakawan

a)

i, iii dan iv

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

kesemua di atas

5.

Berikut merupakan peranan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), kecuali

a)

Badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti.

b)

Mengadakan perancangan pengawasan yang strategik yang bercirikan pendidikan dan misi Universiti.

c)

Membangunkan hubungan dengan masyarakat, sektor korporat dan industri.

d)

Menasihati Naib Canselor berhubung dengan fungsi pentadbiran dan pengurusannya.

6.

Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional boleh mengambil bahagian di dalam politik / memakai apa-apa lambang parti politik sekiranya mendapat kebenaran daripada pengurusan Universiti.

a)

Benar

b)

Salah

7.

Berikut merupakan hukuman tatatertib terus di bawah KTP yang boleh dikenakan oleh Pegawai Yang Diwakilkan Kuasa oleh Naib Canselor ke atas pelajar:

i. Amaran

ii. Denda tidak melebihi RM100.00

iii. Rayuan dalam tempoh 14 hari dari disabitkan kesalahan

iv. Dilarang dari memasuki mana-mana bahagian kampus.

a)

i dan ii

b)

i, ii, dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

Kesemua di atas

8.

Berikut merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tatatertib terus di bawah KTP, kecuali:

a)

Tidak menjaga kebersihan kampus

b)

Melanggar had laju lalu lintas

c)

Melakukan plagiarism

d)

Tidak berpakaian sebagaimana yang ditetapkan

9.

Individu berikut boleh berada di dalam sesuatu prosiding tatatertib pelajar, kecuali:

a)

Anggota pihak berkuasa tatatertib

b)

Pelajar yang mana tindakan tatatertibnya diambil

c)

Ibu bapa atau penjaga pelajar

d)

Peguam yang mewakili pelajar

10.

Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan sesuatu Pihak Berkuasa Tatatertib, beliau boleh membuat rayuan dengan mengemukakan representasi bertulis dalam masa ___________ selepas tarikh keputusan disampaikan kepadanya.

a)

5 hari

b)

7 hari

c)

14 hari

d)

21 hari